Read & Review "Sehari Selembar Ilmu"

Archive for April, 2008

Tag Kedua

04.25.2008 · Posted in Tag

  Bila saya kena tag lagi, saya pun termangu-mangu mencari idea… By the way, thanks to komenebook dan IM Mohd Amirol kerana telah mengetag saya dengan jayanya. Sebagai makluman, tag ini bermula daripada Afzai Afandi.   Untuk mengetag, beberapa syarat wajib dipatuhi: Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain. Perlu mengetag ...

Manikam Kalbu

04.24.2008 · Posted in Book Review

  Tajuk buku tulisan Faisal Tehrani ini saya kira agak pelik sedikit. Kulit luarnya bukan sahaja comel malah aneh, ada kucing yang sedang menjahit. Lebih mirip kepada bahan bacaan untuk remaja.   Ya, sebenarnya buku ini memang merupakan buku untuk bacaan remaja tetapi baik juga untuk semua. Sama seperti buku-buku beliau sebelum ini, Nama Beta ...

Jika readercircle.com penuh sawang…

04.22.2008 · Posted in Uncategorized

Oh…maafkan saya! Sebenarnya saya amat sibuk membaca dan memahami buku-buku yang telah dibeli semasa KLIBF 2008. Tambah pohonan maaf buat mereka yang sering berkunjung dan memberi komen di sini.   Sebenarnya dua minggu sebelum ini saya asyik mengulit buku-buku baru. Lagi-lagi bila bahan bacaan ini kebanyakannya tebal-tebal belaka. Agak sukar untuk menghabiskan pembacaan secepat mungkin. ...

Majalah IM #3

04.16.2008 · Posted in Uncategorized

Majalah IM ini telah pun diterbitkan buat kali ketiga oleh geng-geng IM di Malaysia ini. Siapa tak kenal Team Flarebiz: Adly dan Kaizen serta konco-konconya kan ? Seronok membaca disamping meneliti majalah ini. Sekurang-kurangnya saya dapat menerima pelbagai idea baru dari perspektif yang berbeza.   Skop edisi kali ini adalah berkaitan dengan perniagaan ebook: releven ...

Koleksi Buku April 2008

04.11.2008 · Posted in Uncategorized

    Alhamdulillah… Nampaknya koleksi buku saya semakin bertambah. Buku-buku ini semua dibeli pada hari Ahad lepas semasa KLIBF 2008. Apa yang pasti, bajet buku selalunya meningkat pada waktu-waktu sebegini.   Setakat ini baru menghabiskan pembacaan buku Hantu Silap Mata sahaja. On the way nak menghabiskan pembacaan buku Manikam Kalbu. ...

Hantu Silap Mata

04.09.2008 · Posted in Book Review

  Buku ini telah dikarang dengan baik oleh Alif Firdaus Azis. Kisahnya mengenai kehidupan seorang budak skema yang bernama Rasyid. Dia berkawan baik dengan seorang budak yang ceria bernama Alex.   Kehidupan yang bermula dari zaman kanak-kanak diwarnai ceria, tambah lagi bila berkenalan dengan seorang kakak penjaga ice-skating. Sejak mengenali Kak Suria, mereka sama-sama menjadikan ...

Resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam

04.08.2008 · Posted in Uncategorized

  Entry kali ini saya petik daripada buku masakan Juadah Warisan Nenek. Resepi ini dedikasi buat seorang rakan saya, Tommy Lee yang sedang bertugas di Perth ketika ini. Beliau merupakan seorang Chemical Engineer yang juga pernah memberi sedikit komen di dalam blog ini…juga seorang yang kuat makan. Alamak Tommy, maaflah…hobi awak telah diketahui ramai..hehe.. ...

Sekitar KLIBF 2008

04.08.2008 · Posted in Uncategorized

  Wajah-wajah mereka yang telah saya temui di KLIBF 2008. Seronok mengenali mereka! Foto di bawah ialah penulis yang saya kagumi seperti yang telah diceritakan di dalam entry lepas, saudara Faisal Tehrani. Foto ini telah saya edit sedikit agar kelihatan lebih ceria. Jika bersaiz besar, tentu lebih clear. Tapi maafkan saya. Penggunaan saiz yang besar ...

Wang

04.07.2008 · Posted in Book Review

Buku ini telah ditulis oleh Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP). Satu buku yang saya kira agak bagus sebagai satu langkah untuk melakukan bajet seharian. Pelbagai masalah yang timbul akibat daripada penggunaan wang secara tidak berhemah telah dinyatakan di sini. Beberapa langkah untuk mengatasi masalah kewangan turut dibincangkan di dalam beberapa tajuk yang tertentu. Di antara ...

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2008

04.07.2008 · Posted in Uncategorized

  Semalam saya telah pun berjaya menginjakkan kaki ke tapak pameran buku antarabangsa di PWTC. Saya bersama dengan seorang housemate dan juga adiknya bertolak dalam pukul 9 pagi. Kami sampai di sana tepat dalam jam 10 pagi, agak sedikit lewat daripada apa yang telah dirancang. Di pagi hari seperti ini, lorong masuk adalah lebih lapang ...