Browsing articles by " kakeru"
May
20

Muhammad S.A.W.: Putera Lembah Bakkah

By kakeru  //  Book Review  //  10 Comments

 

 

 

Sample Image

Buku ini telah ditulis oleh Zuraimi Ismail, kolumnis tetap Majalah Anis. Karya ini mengisahkan kisah sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. sejak baginda masih kecil lagi. Perjalanan kisah hidup baginda ini dikisahkan dalam bentuk novel dengan gaya bahasa yang tersendiri.

Kisah ini menceritakan kehidupan awal baginda, lahir sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang tidak menyusahkan setiap insan di sekelilingnya. Sejak kecil lagi, baginda tidak bersikap kebudak-budakan. Tidak suka menangis atau menjerit, tidak suka mengotorkan pakaian malah tidak pula menyusahkan datuknya untuk melakukan sesuatu perkara.

Sikap baginda yang tidak suka menyusahkan sesiapa sememangnya memikat hati insan-insan di sekeliling baginda. Sebenarnya, kehadiran baginda sering mengundang pelbagai keanehan sejak kecil lagi.

Pada hari kelahiran baginda sahaja, terpadam api sembahan orang Majusi yang tidak pernah padam sejak sekian lama. Malah kejadian tentera Abrahah yang ingin menyerang Mekah tetapi telah dipatahkan oleh serangan burung Ababil yang membawa batuan kecil yang panas juga turut berlaku 50 hari sebelum kelahiran baginda.

Apatah lagi sikap pemurah Abu Lahab yang memerdekakan hambanya semasa kelahiran baginda turut meninggalkan rasa syukur yang mendalam di hati hambanya, Suwaibah. Kehadiran baginda seperti mengundang seribu satu rahmat buat sekalian alam.

Perjalanan hidup baginda yang penuh onak dan duri sedari kecil menjadi asas yang mengajar baginda erti kehidupan. Bermula dengan kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah amatlah menyukarkan. Tambah memilukan lagi setelah kehilangan kasih seorang ibu semasa baginda berumur 6 tahun.

Namun, kehadiran kasih seorang datuk yang bernama Abdul Mutalib berjaya mengubat lara di hati baginda. Kehidupan baginda ditatang bagai minyak yang penuh setiap hari oleh pemimpin Kota Mekah yang memang terkenal ketika itu.

Baginda juga sering menghadiri perjumpaan bersama ketua-ketua kaum dan pembesar Kota Mekah sendiri bersama-sama datuknya. Kehidupan sebegini benar-benar mematangkan baginda sebelum usianya.

Bukan setakat hanya menjadi pemerhati di dalam setiap perjumpaan, malah baginda juga sering memberi pelbagai pendapat bernas dalam setiap siri perjumpaan yang diadakan di kota tersebut.

Disebabkan sifat jujur yang turut menyerlahkan bakat kepimpinan baginda, baginda lebih dikenali dengan panggilan Al-Amin oleh penduduk Mekah sendiri.

Sifat jujur baginda juga berjaya membuatkan Siti Khadijah, seorang saudagar Mekah memberikan sepenuh kepercayaan kepada baginda untuk memimpin perniagaan beliau sehingga ke Syam pada usia yang masih muda.

Berkat kepimpinan baginda yang amanah juga telah melayakkan perniagaan tersebut meraih keuntungan yang berlipat-kali ganda banyaknya.

Ulasan Saya

Karya ini sememangnya sebuah karya yang sangat baik untuk kita hayati bersama-sama. Detik-detik gemilang Rasulullah s.a.w. sejak kecil lagi memang seharusnya dicontohi oleh kita semua.

Saya amat menghayati jalan cerita dalam buku ini. Ketika saya membaca dan menghayati watak Raulullah s.a.w. ini, barulah saya merasakan kenapa kita mesti merindui Rasulullah s.a.w. Barulah dapat saya rasakan, bagaimana saya dapat merasakan kasih seikhlasnnya buat baginda.

Sehingga kini, hati saya ingin menyatakan…”Alangkah baiknya andai saya dapat bertemu baginda, pasti bertambah lagi kasih buatmu, ya Rasulullah s.a.w….”

 

 

May
16

Zahrah de Tigris

By kakeru  //  Book Review  //  6 Comments

 

The image “http://www.jemariseni.com/components/com_virtuemart/shop_image/product/87180803117323bf17ef9e33183e0871.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Buku ini ditulis oleh seorang wartawan yang bernama Khairyn Othman yang sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Kewartawanan dan Penulisan Kreatif di sebuah universiti di Glasgow , Scotland .

Kisah bermula dengan sifat degil dan semangat yang berkobar-kobar seorang perempuan yang bernama Khairunnisa (Nisa). Sama sekali dia tidak menyangka bahawa pemergiannya ke bumi bertuah yang punya Sungai Tigris itu menimbulkan pelbagai seribu satu rasa yang bertingkah.

Nisa, seorang insan berjiwa pendidik yang terlalu ingin memanfaatkan segala ilmunya buat membangunkan sahsiah dan peribadi diri anak-anak mangsa peperangan di Iraq .

Kehidupan yang sukar di alam peperangan membuatkan dia tidak dapat meneruskan cita-citanya sebagai guru setelah ledakan bom telah berjaya meletupkan sekolah tempat dia mengajar.

Mahu atau tidak, dia terpaksa menyandang tugas sebagai seorang penterjemah di sebuah hospital di Baghdad . Di sana hidupnya banyak dibentangkan dengan pelbagai sketsa sayu kanak-kanak kecil dan wanita yang tidak bersalah.

Hari-hari mereka dihidangkan dengan tubuh badan yang bermandi darah, jeritan kanak-kanak akibat rawatan tanpa bius yang amat menyayat hati.

Bersama-sama dengan teman serumah, Maura yang juga rakan sekerja yang lain, Dr. Mark, Dr. Patrick Devereux dan kakitangan hospital yang ada membuatkan mereka lebih rapat di bumi terasing ini.

Beberapa ketika kemudian, dia memohon kembali untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar di kota Baghdad . Kehidupan di sini jauh lebih mencabar rupa-rupanya, dengan keadaan bekalan elektrik yang tidak menentu dan bekalan minyak yang semakin berkurang menyebabkan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Terkadang jiwa Nisa terlalu lemah dengan keadaan perang yang menggila ini. Namun, sedikit sebanyak hatinya terubat dengan kata-kata sahabat baiknya Meryam, seorang muallaf yang turut menanam cita-cita yang sama di bumi Tigris.

Kepada Meryamlah tempat dia mengadu, menyemai kasih sayang dalam berukhuwwah sesama Muslim. Sayangnya, kisah kasih-sayang itu tidak lama.

Meryam telah diculik oleh sekumpulan penculik yang sering menangguk di air keruh. Pandangan mereka, orang luar yang bukan rakyat tempatan merupakan orang kaya, apatah lagi Meryam datang dari dunia Barat.

Keadaan yang mencemaskan ini membuatkan mereka bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali Meryam. Gandingan Ahmed Nourdeen, Dr. Patrick dan Taher amat kuat untuk mendapatkan Meryam ke sisi mereka kembali.

Namun, ketentuan taqdir mengatasi segalanya. Meryam telah pun mati di tangan penculik sebelum sempat ditukarkan dengan wang tebusan. Seorang doktor juga telah dijumpai mati di sebuah kereta yang dibawa oleh penculik, dipercayai mayat milik Dr. Patrick dengan bahagian kepala yang sudah pecah.

Tiada apa yang tinggal buat Nisa ketika itu, hanya cebisan kenangan bersama sahabat yang selalu di sisi, Meryam dan alunan lagu Alouette yang menerjah saban waktu.

Alouette, lagu berbahasa Perancis inilah yang sering didendangkan oleh Dr. Patrick buat pesakit ciliknya di hospital. Dendangan ini juga yang sering melagukan irama kasih sayang…agar mereka tahu, kasih sayang ini masih lagi milik mereka.

Sungguh, kisah ini kisah kasih sayang yang sukar untuk diungkapkan di bumi kering nan merekah bersimbah darah…

Ulasan Saya

Buku ini banyak mengundang pelbagai rasa di hati saya. Bagi saya, penulis telah menyampaikannya dengan tulisan yang terbaik untuk kita sama-sama menghayati trauma perang di bumi Iraq yang sedang bergolak.

Suasana alam yang penuh dengan bedilan bom-bom pada awal waktu dan di petang hari memang mencemaskan. Apatah lagi apabila melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar mangsa-mangsa yang terkena bedilan, darah penuh bersimbah dengan badan yang sudah hancur luluh bersepai.

Saya seperti menonton sebuah drama perang yang tidak berkesudahan. Keadaan yang tidak stabil di alam perang yang menggila ini turut menimbulkan pelbagai fenomena yang menakutkan semua orang. Kepercayaan pun sudah tiada lagi untuk dihargai.

Harga minyak dan barang keperluan yang naik mendadak, kes rompakan yang berlaku di mana sahaja termasuklah kes-kes penculikan yang berlaku ke atas sesiapa sahaja dari negara luar memang merimaskan.

Itu belum lagi cerita mengenai bekalan elektrik dan api yang sering terputus rentetan daripada siri perang ini. Kes pembunuh berani mati juga turut mendapat liputan di pihak media.

Manakan tidak, kes ini sahaja bisa membunuh ribuan orang, apatah lagi jika terjadi di kawasan-kawasan awam. Tempat yang sering menjadi tumpuan ramai ialah seperti di pasar-pasar.

Dapatkah kita bayangkan jika itu semua terjadi depan mata kita? Sekali bom meletup, raungan penuh pilu pasti akan bersahut-sahutan.

Di sana ada ceraian daging-daging yang sudah hancur lumat, darah bagaikan air hujan yang berhamburan, jalanan itu penuh dengan mayat-mayat yang bergelimpangan.

Sanggupkah kita menghadapi itu semua? Bagaimana pula jika mereka ialah ibu bapa dan ahli keluarga kita?

Kisah pembunuhan berama-ramai di Amiriyah pula merupakan kisah tragis yang amat memilukan. Terasa bagai luluh jantung saya membaca kisah sebegini, benar-benar meruntun jiwa.

Kisah ini adalah kisah pembunuhan beramai-ramai di kawasan perlindungan bawah tanah yang menjadi tapak keraian sesama mereka. Ia bukanlah suatu pesta yang meriah buat golongan wanita dan kanak-kanak.

Sambutan Hari Isra’ Mikraj ini cuma sekadar tempat menjamu selera sambil bertukar-tukar kisah walaupun dalam suasana perang. Walaubagaimanapun, tempat yang dirasakan selamat itu tidaklah seperti yang diharapkan apabila berlaku bedilan yang tepat mengena ke bilik bawah tanah itu.

Bedilan itu telah menyebabkan mereka semua meninggal dunia di tempat kejadian. Semuanya disebabkan akibat tidak dapat menolak pintu ruang bilik bawah tanah itu, lantas mereka seperti terperangkap di ruang tertutup bersama api bedilan yang marak.

Kejadian tersebut telah merenggut nyawa seramai lebih kurang 400 orang dari golongan wanita dan kanak-kanak sekaligus. Ada juga seorang ibu yang terselamat kerana telah pun keluar terlebih dahulu untuk mengambil sehelai pakaian bersih buat si anak di rumahnya.

Namun nasib tidak menyebelahi anak-anaknya yang masih tidur di dalam ruang tersebut. Apa perasaan anda jika anda ialah ibu tersebut?

Apakah pula perasaan anda sekiranya nyawa kesemua 8 orang anak anda turut direnggut di dalam kejadian tersebut? Bagaimana pula jika anda tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalangnya?

Ketahuilah sahabat sekalian, itulah perasaan ibu tersebut sewaktu kejadian. Sudah ditakdirkan bahawa pintu ruang tersebut tidak dapat dibuka walaupun ibu tersebut telah berusaha menolaknya sepenuh tenaga…

Sahabat-sahabat sekalian, ingin saya bertanyakan soalan buat kalian. Jika anda seperti ibu itu, bisakah anda memaafkan mereka semua? Adakah maaf ini perkataan yang terbaik untuk dihulurkan buat mereka? Ayuh kita fikir-fikirkan…

Buat ingatan semua, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa kisah ini ialah kisah duka. Sukar untuk kita agak bilakah derita ini akan berakhir. Sudah lama rakyat bumi ini berduka, menderita.

Apakah tiada sedikit pun rasa di hati kita untuk menolong mereka? Jika tidak mampu sekali pun, mudah-mudahan sedekah sepotong doa kalian nanti bakal buat mereka tenang di sana . Amin.

May
9

Karbala

By kakeru  //  Book Review  //  6 Comments

 

Karbala

Kisah ini berkisar mengenai kehidupan di zaman pemerintahan para sahabat selepas Rasulullah s.a.w. wafat. Tulisan ini telah menghuraikan serba-sedikit mengenai kehidupan para sahabat di zaman lampau tanpa bias kepada mana-mana pihak.

 

Bermula dengan permintaan Yazid bin Muawiyah yang mengerahkan Saidina Husein (yang dikenali sebagai Imam Husein) agar menyerah diri kepada Ubaidillah bin Ziyad, menyebabkan cucu Rasulullah ini terdampar di suatu tempat yang dikenali sebagai Karbala.

 

Walaupun kisah sebaliknya Saidina Husein berpergian ialah kerana ingin memenuhi permintaan penduduk Kufah yang merasa seperti tidak mempunyai pemimpin dan meminta supaya Saidina Husein dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.

read more

Apr
25

Tag Kedua

By kakeru  //  Tag  //  6 Comments

Bila saya kena tag lagi, saya pun termangu-mangu mencari idea… By the way, thanks to komenebook dan IM Mohd Amirol kerana telah mengetag saya dengan jayanya. Sebagai makluman, tag ini bermula daripada Afzai Afandi.

Untuk mengetag, beberapa syarat wajib dipatuhi:

  • Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
  • Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
  • Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
  • Jawab dengan segera sekiranya anda di‘tag’

read more

Apr
24

Manikam Kalbu

By kakeru  //  Book Review  //  9 Comments

 

Manikam Kalbu

Tajuk buku tulisan Faisal Tehrani ini saya kira agak pelik sedikit. Kulit luarnya bukan sahaja comel malah aneh, ada kucing yang sedang menjahit. Lebih mirip kepada bahan bacaan untuk remaja.

 

Ya, sebenarnya buku ini memang merupakan buku untuk bacaan remaja tetapi baik juga untuk semua. Sama seperti buku-buku beliau sebelum ini, Nama Beta Sultan Alauddin dan Detektif Indigo Kembali.

 

Cuma kulit buku ini tampak lebih comel, memang sesuai untuk mereka yang bergelar remaja. Kelakar juga bila difikirkan sewaktu saya membacanya ketika sedang menunggu bas…

 

Kisahnya adalah mengenai seorang pelajar bernama Ziryab yang amat meminati bidang jahitan. Minatnya juga didorong oleh neneknya sendiri yang juga merupakan salah seorang bekas tukang jahit istana.

read more

Apr
9

Hantu Silap Mata

By kakeru  //  Book Review  //  4 Comments

Buku ini telah dikarang dengan baik oleh Alif Firdaus Azis. Kisahnya mengenai kehidupan seorang budak skema yang bernama Rasyid. Dia berkawan baik dengan seorang budak yang ceria bernama Alex.

 

Kehidupan yang bermula dari zaman kanak-kanak diwarnai ceria, tambah lagi bila berkenalan dengan seorang kakak penjaga ice-skating. Sejak mengenali Kak Suria, mereka sama-sama menjadikan ice-skating sebagai hobi baru mereka.

 

Suasana bertukar muram apabila mereka mengetahui Kak Suria akan menyambung pelajaran ke luar negara. Bagi membolehkan mereka tidak terus berkeadaan begitu, mereka merancang untuk memulakan sebuah aktiviti baru – rakaman silap mata Rasyid.

read more

Apr
7

Wang

By kakeru  //  Book Review  //  No Comments

Buku ini telah ditulis oleh Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP). Satu buku yang saya kira agak bagus sebagai satu langkah untuk melakukan bajet seharian.

Pelbagai masalah yang timbul akibat daripada penggunaan wang secara tidak berhemah telah dinyatakan di sini. Beberapa langkah untuk mengatasi masalah kewangan turut dibincangkan di dalam beberapa tajuk yang tertentu.

Di antara masalah kewangan yang selalu dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia berlaku hasil daripada pengurusan wang yang tidak betul.

Penggunaan kad kredit, pembayaran melalui sistem ansuran yang kebanyakannya menyebabkan kita tidak sedar bahawa kita telah pun mencuri wang kita sedikit demi sedikit di masa akan datang.

read more

Apr
3

Tag Pertama

By kakeru  //  Tag  //  17 Comments

Salam buat semua,

Entry kali ini sebenarnya dedicated to Beduz dan Dauz kerana dua bro ini telah menge‘tag’ saya rupa-rupanya. Seperti yang dikatakan oleh Beduz, saya juga kurang memahami apa itu ‘tag’, dan ini permulaan bagi saya mengenalinya.

Setahu saya tag untuk blog, tapi cari ini macam viral marketing strategi pula. Permainan tag ini telah dimulakan oleh saudara Afzai Afandi. Tajuknya ialah 5 perkara pertama dalam hidup anda.Syarat tag ini adalah seperti berikut:

1) Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.

2) Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.

3) Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

4) Jawab dengan segera sekiranya anda di‘tag’

Okey, di sini saya kisahkan 5 perkara pertama dalam hidup saya sebagai memenuhi undangan dari Beduz dan Dauz. Semuanya berkisar mengenai the journey of my life to be one of the great internet marketer. Selamat Membaca!

read more

Mar
27

If Life is a Game, These Are the Rules (…Part 2)

By kakeru  //  Book Review  //  3 Comments

Ulasan Saya

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi diri bagi mereka yang ingin menjadi lebih hebat. Selalunya kita menjadi resah, lemah, tertekan dengan segala takdir hidup yang berlaku. Rasa kesal seperti ini seringkali membunuh anda daripada meneruskan langkah hebat anda. AWAS ya!

Beberapa kisah motivasi yang turut disertakan di dalam setiap topik yang dibentangkan di sini dapat membantu kita memuhasabah diri sendiri. Kadangkala bila kita dihinggapi rasa sedih dan kecewa dengan segala dugaan hidup, selalu kita lupa untuk memikirkan hikmah di sebaliknya.

Lumrah hidup manusia ialah seringkali terlupa. Sehinggakan nikmat yang besar pun kita tidak terlihat kerana terlindung dek sesuatu yang mengecewakan diri.

Sebenarnya keseluruhan buku ini menunjukkan bahawa manusia sebenarnya masih mencari-cari erti hidup. “Why am I here?” ialah soalan yang sering diajukan oleh mereka. Mengapa agaknya?

read more

Mar
26

If Life is a Game, These are the Rules (…Part 1)

By kakeru  //  Book Review  //  No Comments

Buku ini ditulis oleh Pengerusi Motivation Management Service Institute., Cherie Carter-Scott, PhD. Buku ini membicarakan mengenai 10 peraturan hidup sebagai seorang insan (The Ten Rules for Being Human).

Perkara pertama menyentuh menganai kehidupan kita sebagai seorang manusia iaitu You Will Receive a Body. Topik ini merujuk kepada penerimaan kita terhadap tubuh badan kita sendiri.

Diri kita (ruh) kita sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan tubuh badan kita sendiri. Suka atau tidak, buruk baik yang ada pada tubuh badan kita tetap akan kekal hingga ke akhir hayat kita.

read more

RUJUKAN

Apa maksud perkataan W, P, S & U ya? Sila rujuk http://readercircle.com/reference untuk rujukan kategori. Terima kasih! ^____^

Calendar 2014

September 2014
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930