Read & Review "Sehari Selembar Ilmu"

Mandatori

02.14.2008 · Posted in Book Review

Novel ini ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang membesar dengan suasana kehidupan yang kelihatan seperti tidak adil. Membesar dengan segala cemuhan dan hinaan daripada orang ramai mengundang pelbagai rasa di hati Amran. Akhirnya, dia turut turun membanting tulang dengan menjadi nelayan kecil di laut dengan harapan usahanya dapat membantu keluarganya yang baru sahaja kehilangan ayah tempat bergantung hidup. Namun, malang tidak berbau…perahu yang dinaiki Amran dan dua orang kampung yang bersamanya telah dipukul ombak, dia sendiri telah tercampak ke sebuah tempat asing.

Kisah yang bermula dengan dendam ini sedikit demi sedikit bertukar menjadi sebuah kisah panjang tanpa kesudahan – dendam yang berbalas dendam. Bermula dengan kes hukuman di tali gantung ke atas seorang pemandu, dendam yang tersimpan di hati Carlos semakin membarah dari hari ke hari. Seorang demi seorang yang menzalimi akan menerima hukuman di tangannya sendiri, dialah penentu hukuman tanpa perlu perbicaraan. Siapakah pemandu yang telah menerima hukuman gantung tersebut? Apa yang menyebabkan Carlos berdendam sedemikian rupa?

Ulasan Saya

Plot kisah ini ternyata amat menarik, penulis berjaya menghasilkan pelbagai watak yang dapat menyembunyikan kisah sebenar cerita ini. Jalan cerita ini memang bercabang-cabang, begitu mengujakan bagi saya untuk mengetahui siapakah Carlos dalam cerita ini, penjenayah yang baik hati atau seorang hakim di dunianya sendiri? Kisah flashback yang berkaitan dengan kehidupan sekarang ternyata banyak menyembunyikan identiti Carlos sebenar. Sungguhpun begitu, saya tidak mahu kalah untuk meneka-neka kaitan Carlos dengan watak-watak lain. Apa kaitan antara Carlos dan Amran di dalam kisah ini? Siapa pula Norman? Ahli perniagaan yang berjaya atau seorang anak yatim yang mewarisi harta dari seseorang? Siapa pula Bogart yang muncul dalam hidup Norman? Memang, suatu bacaan panjang yang memerlukan penelitian semasa membaca. Bersedialah untuk meneka siapakah mereka sebenarnya!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply