aA + bB

Buku ini telah ditulis oleh Hlovate, kembali mengasah penanya dengan trademark gaya basah dan santai. Kisah mengenai seorang pelajar perubatan yang menimba ilmu di luar Negara. Setelah beberapa tahun merantau di Negara orang, Addin kembali ke bumi Malaysia dan mencurahkan baktinya sebagai seorang doktor. Kisah bermula dengan pertemuan kembali seorang rakan lama yang mengundang pelbagai rasa dan segalanya menjadi lebih tragis bila terpaksa berkahwin dengan Benz. Disebabkan janji yang telah diungkap dengan abang kembarnya, dia pun memaksakan diri untuk melalui sebuah ikatan perkahwinan yang tidak pernah diharapkan. Segalanya hambar, kaku, kehidupan yang kelihatan seperti seorang roommate dan tidak lebih dari itu. Apa akan terjadi jika seorang doktor terpaksa berkahwin dengan seorang jurutera yang bukan pilihan hatinya? Apa akan terjadi sekiranya sang kepala batu dan si keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Ulasan Saya

Sudah lama saya tidak membaca bacaan santai seperti ini, selalunya mata saya dipaksakan menghadap satu-persatu tulisan ilmiah untuk difahami. Ternyata membaca buku ini seperti sedang bersantai di tepian pantai. Tambah pula dengan gaya bahasa yang bernada selamba membuatkan saya berasa lebih tenang dan relaks. Meluangkan masa menatap buku seperti ini mengingatkan saya akan kehidupan di zaman persekolahan, memang indah untuk dikenang. Saya berasa lebih teruja bila membaca tentang kehidupan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara, seronok rasanya. Otak saya mula berfikir, bila agaknya saya boleh menimba ilmu di rantau orang? Mendengar cerita dari mulut rakan-rakan di sana sudah cukup seronok, apatah lagi bila menimba pengalaman mereka. Malah, sekarang saya sudah pun bertimbang-timbang untuk meneruskan pengajian di sana. Tapi, keputusan masih belum muktamad…saya akan luangkan sedikit masa untuk mengkaji peluang belajar di sana. Kalau ia berbaloi, apa salahnya…

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

6 comments

  1. kakeru

    Wah,tak sangka beduz pun baca buku mcm tu..touching plak tu, hehe…:) Takpe, janji kita dapat something bila membaca buku. Ada juga manfaat daripada membuat kerja yang langsung tiada faedahnya. Betul tak?

  2. fie

    interesting story…..
    memg puas hati kalau baca…
    have a fun when read it….
    for those who do not read it yet, cuba le bce kalu x cye….heeeeeeee

  3. kakeru

    Yup, saya setuju dengan statement awak tu Fie! Memang seronok baca novel macam ni, lawak selamba je.. Macam cerita 5Tahun 5 Bulan je kan? :)

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>