Written by kakeru on October 17, 2008 – 12:14 am

Novel ini telah dikarang oleh Faisal Tehrani, mengisahkan pengembaraan seorang remaja ke alam jin. Bermula dengan permintaan 40 ekor jin yang bertandang ke alam manusia, Sulaiman Hilmi telah terpilih untuk mengikuti sebuah pengembaraan panjang di alam jin yang amat mencabar.
Melalui beberapa detik perjalanan yang jauh, tempat yang mula-mula mereka bertandang ialah negeri Fantasia yang diperintah oleh Maharaja Jin Bertindik Satu. Fantasia merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan remajanya yang linglung dengan budaya hedonisme.
Pelbagai hiburan yang melampau sering disuakan buat remaja-remaja jin merah sehinggakan mereka alpa dengan tujuan hidup mereka sendiri. Setiap bulan pasti ada sahaja pesta-pesta nyanyian yang bertujuan untuk berseronok-seronok, berselindungkan objektif konsert yang kononnya untuk mencari bakat baru di kalangan muda-mudi jin merah.
Bagi membasmi gejala yang tidak sihat ini, Sulaiman bersama 40 ekor jin yang lain mula memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan misi mereka. Mereka menghadap Jin Bertindik Satu (Maharaja Jin Merah) untuk menyampaikan sedikit ilmu berkaitan dengan seni muzik sebenar yang dilihat sebagai satu cabang ilmu baru (souti sarmad).
Jin Bertindik Satu membenarkan mereka mengajarkan ilmu baru tersebut kepada remaja jin merah dengan satu syarat, mereka mesti membuat satu persembahan ketika konsert nyanyian berlangsung. Jika Maharaja tidak tertarik dengan persembahan tersebut, mereka semua akan dihumbankan ke satu daerah dan akan dibekukan sehingga Kiamat nanti!
Sulaiman bersama 40 ekor jin yang lain sememangnya sudah bersedia dengan cabaran yang bakal dihadapi mengangguk tenang. Berkat kesabaran dan penyerahan diri kepada-Nya, mereka telah berjaya membuatkan Jin Bertindik Satu dan seluruh rakyatnya terpaku menatap sebuah persembahan yang berkonsepkan cinta Tuhan.
Malah mereka turut menjadi idola baru rakyat negeri Fantasia. Jin Bertindik Satu juga tidak ragu-ragu untuk mengambil Sulaiman sebagai seorang guru muzik buat puteri baginda yang cantik jelita, Puteri Simone Sidharra.
Ulasan Saya
Novel ini merupakan karangan yang berkisarkan sebuah pengambaraan panjang seorang remaja yang dikenali sebagai Sulaiman Hilmi, seorang peniup Ney (sejenis alat muzik). Kisah ini banyak membongkarkan sejarah awal muzik yang telah ditemui oleh orang Islam semasa zaman kegelapan di Barat.
Kajian terhadap makhlus halus yang dikenali sebagai jin juga dapat menarik minat pembaca, pelbagai info mengenai makhluk tersebut telah dihuraikan di sini. Apapun, saya amat tertarik dengan novel ini kerana ia berjaya menggabungkan beberapa elemen penting mengenai kehidupan remaja, alam jin, muzik yang diadun bersama dengan pandangan Islam itu sendiri.
Saya juga telah mempelajari sesuatu mengenai souti sarmad, meskipun masih samar-samar mengenainya. Persembahan muzik yang menarik hati Jin Bertindik Satu itu sebenarnya dikenali sebagai Sema.
Persembahan Sema yang bertujuan untuk menyanjung cinta Illahi itu sebenarnya mempunyai syarat-syarat yang tersendiri. Disebabkan tidak mematuhi beberapa syarat, Ustaz Kamal (ayah Sulaiman Hilmi) dengan tegas telah menegur perbuatan Sulaiman Hilmi agar tidak tersalah perhitungan dalam melaksanakan sesuatu di kemudian hari.
Pertama kali membaca mengenai Sema, pelbagai pertanyaan wujud di minda saya. Kalau boleh, saya juga ingin menontonnya secara live. Mana tahu kita akan turut merasai sedikit bahang aura untuk lebih mencintai-Nya nanti… tapi di mana ya?


































saya memang suka kalau cite faisal tehrani ni. Banyak benda dapat belajar.
Betul kata awak tu tivitune. Saya mmg salah seorg peminat tulisan Faisal Tehrani. Mmg BEST!!
salam.
boleh sy tau sma ade crite ni benar2 wujud?
Salam Shinshi,
Kisah ni lebih kurang macam cerita di alam fantasi, bukan kisah benar pun. Ia hanyalah khayalan penulis shj, tp seronok bila membacanya. Tapi, novel ni memang wujud tau
Tertarik ngan apa yang diketengahkan oleh FT dalam novel ‘Advencer Si Peniup Ney’ nih. bagi hamba cukup sinis, imformatif, n Islamik. Bila sampai plot Sulaiman Hilmi menyampaikan ’sema’ nya, terngiang - ngiang sema’ yg pernah hamba dgr. Untuk pengetahuan, sema’ ( sebutan nya dalam bahasa arab : si;mak; ) adalah satu nyanyian kerohanian yang padanya diselitkan dengan zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah. kadang2 diiringi alat2 muzik. dinyanyikan dengan senilagu yang mengasyikkan dan liriknya pula membayangkan seorang yang tenggelam dalam cintanya pada Tuhan. Selain Sima’, Majlis yg seumpama ngn sima’ ialah hadrah, majlis maulid, marhaban dan barzanji.
Biasanya lirik yang dilagukan dlm sima’ diambil dari syair Jalaluddin Ar Rumi, seorang ahli sufi yang agung dan hebat dalam mengubah syair yg berunsurkan ketuhanan.
Suka hamba nak kongsikan ( suka2 je ) salah serangkap syair yang dinyanyikan dalam sema’ (yg hamba terjemah dari bahasa arab) :
Berdiri aku dipintuMu sambil menyanyi-nyanyi memujiMu.
Asyikku dgn laguku hingga tidak peduli lagi apa yg aku nyanyikan.
Maka hilanglah kegentaranku dan bertambahlah kerinduanku.
Bertukarlah ketakutanku kepada kedamaian.
Lebih-lebih lagi bila melihat (dari pintuMu) kejelitaan Salma ( Slh sorg bidadari syurga).
Oh…Terimalah aku masuk ke dalam pintuMu….”
Begitulah antara syair yang dimainkan dalam sema’(sekadar yg dpt hamba terjemah ). Klu Tau bahasa arab n dgr dlm versi bhs Arab cukup asyik.
Pada hamba dalam ‘Advencer Si Peniup Ney’, FT bukan saja ingin mengetengahkan tentang wabak ‘hedonisme’(cinta hiburan) yg sedang merobek pemikiran masyarakat kita, bahkan menyediakan ubatnya sekali. ini hamba amati , bila plot sulaiman hilmi dan sahabat jinnya memainkan sima’, maka luluh lantaklah sekalian jin di negeri fantasia itu. maka disini hamba dapat satu pengajaran, ‘Kadang2, yg boleh menawarkan bisa adalah bisa tu sendiri’. mengatasi wabak hedonisme ini dengan hiburan juga. Tp hiburan yg macam mana? Hiburan yg boleh mencabar satah kewarasan manusia. Hiburan dalam pengertian yg lain dari terjemahan kebanyakkan manusia. Hiburan membangkitkan ruh Islam. Dinyanyikan pula dgn hati yg ikhlas. Tapi….tu yg susah tu. kan?kan?kan?.
Setakat ni dulu komen hamba. sebenarnya hamba boring n tak tau pe nak buat. tu datang merepek kt blog org nih. kebetulan ade topik nih. Novel Advencer Si Peniup Ney ni memang best. bermakna FT pun secara automatiknya,adalah seorang yg best. n peminatnya mesti la sorang yg best gak.(”,)
ok,, wassalam, adios.
P/S : er.. takkan Faisal Tehrani je, Habiburrahman Shirazi, Naquib Mahfuz,Pak Nora, chairil anwar tak minat ke?
Thanks for ur comment, En. Darwishian.
Mengenai hiburan dalam Islam seperti sema ini, memang bagus. Sekurang2nya kita ada alternatif sendiri dalam dunia hiburan. Tak semestinya hiburan ala barat yang diterima pakai. Di sinilah terletaknya hiburan dalam Islam, hiburan yg punya cara yang berbeza untuk melunakkan hati2 yang mati. Harapnya, hati2 yg mati ini akan kembali bangkit dalam ruh Islam yang sebenar. Amin.
Salam,
Kakeru dan kawan-kawan yang rajin membaca,
Kalau masih belum menyertai Goodreads, jemput-jemputlah mendaftarkan diri ke komuniti pencinta buku tanpa sempadan bangsa atau negara.
Terdapat juga sebuah komuniti pembaca Malaysia yang semakin hari semakin bertambah bilangannya. Anda juga boleh mencadangkan buku sebagai bahan bulanan yang akan kita baca sama-sama nanti di samping pelbagai macam dan ragam perbincangan yang berkisar tentang 1001 aspek buku.
Jadi, apa tunggu lagi? Sertai kami di Goodreads.
Untuk melihat diskusi dan aktiviti kami:
http://www.goodreads.com/group/show/465.Malaysians_Goodreads
Thanks Faizah Roslaini,
Saya telah pun menyertainya. Terima kasih di atas jemputan anda
Sema. Tidak pernah dengar muzik ini. Tapi, tak baca lagi buku ni. Sebenarnya, belum pernah baca buku Faisal Tehrani. Selalu baca blog dia saja
Salam Khairi,
Saya suka karya Faisal Tehrani, memang banyak ilmu yang saya dapat di sana. Sema tu pun first time tahu sbb baca novel tu..hoho.. Tapi klu nak lebih adventure dalam pengembaraan di alam Jin, saya suggest buku Yuda awak la. Thumbs UP!!