Written by kakeru on March 10, 2008 – 11:38 pm
Bermulalah dengan apa yang ada, berniagalah tanpa perlu berhutang. Berjiwa besarlah bukan berhati besar… tidak perlu kesempurnaan sebelum mula berniaga. Dekatkanlah diri dengan Tuhan dan fahamilah jiwa sendiri. Tingkatkan ilmu dalam bisnes yang diceburi. Ambillah iktibar daripada mereka yang telah berjaya.
“Buku ini memaparkan betapa unggulnya jiwa manusia. Apabila dirangsang dengan semangat perjuangan, manusia itu akan mengecapi kebebasan. Bebas untuk berusaha dan berjaya. Jiwa bisnes yang murni, merupakan jiwa perjuangan” - ulasan buku oleh Megat Nordin Megat Yunus J.S.M.
Ulasan Saya
Buku ini merupakan buku Trilogi Jutawan Senyap yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu Chef Li sendiri. Buku ini banyak menyelitkan kisah-kisah benar yang telah dialami oleh penulis sendiri berkaitan dengan bidang perniagaan. Kebanyakan kisah ini menyeru kita agar memulakan perniagaan dengan apa yang kita ada tanpa perlu berhutang. Benar, selalu kita disogokkan dengan kisah perniagaan untuk mendapatkan untung besar hasil daripada pembinaan perniagaan yang besar. Tapi, disebabkan ketiadaan modal, kita pun mulalah membuat pinjaman semata-mata untuk menjalankan perniagaan yang tidak diketahui hasilnya. Tanpa membuat test market bagi sesuatu perniagaan yang hendak dijalankan, kita terus menggadaikan modal kita atas nama untuk bersaing setara dengan perniagaan yang telah lama established daripada kita. Kesudahannya, untung entah ke mana, hanya hutang sahaja yang jelas masih berbaki dan tertunggak lama. Di manakah keuntungan perniagaan kita sebenarnya? Berbaloikah jika anda meneruskan perniagaan sebegini?
Sebenarnya buku ini banyak mengajak kita memulakan dengan apa yang kita ada. Kita sebenarnya tidak perlu berhutang untuk menjalankan perniagaan, yang penting kita ada bahan-bahan asas dan sedikit ilmu perniagaan, lama-kelamaan perniagaan yang kecil tadi pasti akan berkembang-biak. Dalam masa yang sama kita hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok perniagaan yang kita ceburi. Dengan cara ini, bolehlah kita meluaskan lagi perniagaan kita dengan wang hasil daripada keuntungan perniagaan yang awal. Tidak akan ada pihak bank yang mengganggu perniagaan kita untuk menagih hutang lama, tiada Along yang akan bertindak kejam ke atas kita…kerana kita hanya mulakan perniagaan ini dengan modal sendiri secara kecil-kecilan tanpa pinjaman. Bukankah itu lebih baik?


































Betul tu kakeru….
Perniagaan paling mudah dengan modal yang paling minimum adalah perniagaan Internet tetapi bukan PELABURAN internet…
Apa yang pasti kita perlu mulakan langkah perniagaan Internet tanpa perlu mendengar andaian orang lain…Yang perlu mestilah fokus
Betul tu, Dauz! Biar bermula dengan langkah kecil, asalkan berhasil. Kalau tidak memulakan perniagaan internet dengan yang kecil, macam mana boleh jadi JUTAWAN INTERNET pula kan? Kita pun boleh jadi JUTAWAN SENYAP…hehe…