Written by kakeru on February 7, 2008 – 6:56 pm

Buku ini telah ditulis oleh Razzi Armansur dan diterbitkan oleh Syarikat PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Buku ini menceritakan akan kepentingan wang dalam hidup kita, tetapi ia bukan bererti kita hidup demi wang. Wang untuk hidup dan hidup bukanlah untuk wang, berbeza bukan? Sekiranya hidup anda adalah demi wang, sudah tentulah anda akan menjadi hamba wang, anda akan menjadi rakus dan tamak haloba dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wang, halal dan haram pun sudah tidak penting lagi. Buku ini turut memperlihatkan anda supaya mempercayai bahawa dunia ini penuh wang. Tanpa kepercayaan sebegini, anda mungkin akan merasakan bahawa mencari wang adalah sesuatu yang sangat sukar. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan wang, tetapi kita perlulah mementingkan kualiti dahulu sebelum menjana wang dengan lebih hebat!
Ulasan Saya
Kerana wang akan datang selari dengan kualiti. Semakin tinggi kualiti yang ada, semakin tinggilah nilai pulangannya nanti. Tidakkah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Sebagai contoh, anda memiliki sebuah syarikat perunding motivasi, syarikat anda mendapat banyak undangan untuk sesi motivasi pelajar di sekolah-sekolah. Disebabkan sifat tamak dan haloba anda yang ingin mengaut keuntungan dengan cepat bagi setiap projek, anda menambah yuran motivasi tersebut sehingga berkali ganda lebih harganya. Akhirnya fokus anda hanyalah kepada jumlah wang yang akan anda dapat dan nilai kualiti yang sepatutnya diberikan untuk sesi motivasi terabai⦠Akhirnya syarikat anda yang baru sahaja hendak mula bertapak telah jatuh MERUDUM. Puncanya? Anda hanya GILAKAN WANG semata-mata tanpa meletakkan kualiti sebagai perkara yang utama. Silap bukan?
Saya amat mempercayai teori kualiti tersebut. Anda pula bagaimana?



































