Hantu Silap Mata

Buku ini telah dikarang dengan baik oleh Alif Firdaus Azis. Kisahnya mengenai kehidupan seorang budak skema yang bernama Rasyid. Dia berkawan baik dengan seorang budak yang ceria bernama Alex.
Kehidupan yang bermula dari zaman kanak-kanak diwarnai ceria, tambah lagi bila berkenalan dengan seorang kakak penjaga ice-skating. Sejak mengenali Kak Suria, mereka sama-sama menjadikan ice-skating sebagai hobi baru mereka.
Suasana bertukar muram apabila mereka mengetahui Kak Suria akan menyambung pelajaran ke luar negara. Bagi membolehkan mereka tidak terus berkeadaan begitu, mereka merancang untuk memulakan sebuah aktiviti baru – rakaman silap mata Rasyid.
Namun begitu, sesuatu yang tidak terduga telah berlaku, menyebabkan mereka putus sahabat. Rasyid kembali menjadi dirinya. Watak skema yang menjadikan dia lebih senang duduk di rumah daripada bersosial dengan orang ramai.
Segala sebegitu sehinggalah dia berkerja di sebuah syarikat guaman. Entah bagaimana dia telah diterima bekerja sambilan, menjadi perisik bagi sebuah kes kematian. Semuanya gara-gara minatnya terhadap bidang paranormal, ilmu magis dan superman. Ah, memang aneh!
Sejak kes penyiasatan kematian di mahkamah, dia telah mendapat satu julukan besar dengan nama Hantu Silap Mata. Walaupun teori kematian itu tidak benar, nama tersebut terus meniti di bibir orang ramai.
Ramai yang seronok dan ingin mengenali Hantu Silap Mata dengan lebih dekat. Ternyata persembahan silap matanya di Restoran kuning amat memikat hati penonton walaupun mukanya dilitupi topeng.
Sejak itu Rasyid menukar kerjayanya ke arah sesuatu yang lebih kreatif. Namun begitu kerjaya menjadi hancur sedikit demi sedikit disebabkan oleh suatu bentuk sabotaj jahat.
Apa yang menyedihkannya ialah bila dia mengetahui perbuatan tersebut adalah hasil perbuatan yang tidak bertanggungjawab dari seseorang yang pernah dianggap sahabat…
Ulasan Saya
Tahniah saya ucapkan buat Alif Firdaus Azis! Ternyata garapan novel ini amat memuaskan hati saya untuk terus membacanya tanpa jemu. Sehari sahaja saya dapat menelaahnya dengan baik. Malah seperti merasai kehadiran Hantu Silap Mata itu sendiri sendiri, memang seronok!
Watak Rasyid, pelajar cemerlang yang punya dunia sendiri turut memikat hati. Tulisannya bersahaja tapi ada sahaja ruang untuk bersenda. Ada juga sedikit pengaruh komik yang agak kelakar, memang menarik!
Buku ini sebenarnya mengingatkan saya akan sebuah komik lama, Detektif Remaja (Kindaichi). Sedikit sebanyak novel ini mengajak kita berfikir bagaimanakah kes pembunuhan dapat dilakukan. Adakah bergantung hanya kepada ilmu magis atau mata kita yang tersilap?
Jika anda ingin mengenali Rasyid dengan lebih lanjut, anda mesti mendapatkan buku ini sekarang. Anda pasti akan lebih teruja apabila mengenali hero dunia silap mata mereka – Arshad, Harry, Alice , En. Daniel, Pairuch, Alex dan juga Hantu Silap Mata.
Apa yang lebih penting, anda akan tahu siapa yang sabotaj siapa. Alex atau Rasyid sendiri? Apakah tujuan di sebaliknya?
Jika anda juga adalah hero silap mata, cabarlah diri anda sendiri nanti. Jika anda gagal menandingi Hantu Silap Mata, anda bukanlah hero silap mata sebenar. Ingat ya!
thanx sbb telah mengingatkan saya tentang “kindaichi”. 4-5 tahun dulu ada baca komik “penyiasat remaja” tapi komik tu dah hilang. saya cuba nak google tapi tak tahu tajuk asal komik tersebut. Nak search nama watak utama, malangnya saya terlupa nama watak tu. Sehinggalah saya baca review ini bersinar biji mata melihat perkataan “Kindaichi”. Pastu saya google, memang ada pun (Kindaichi Shounen no Jikenbo) siap dengan streaming lagi. yess!! tq kakeru
Owh, jagung pun peminat Kindaichi ke? Saya dulu kipas-susah-mati Detective Conan, suka kat stroke lukisan Gosho Aoyama..memang smart!
Komik tu jd mcm cth utk saya lukis komik. Tapi disebabkan citer dia kurang mencabar berbanding Kindaichi, beralih arah la sket.
Saya kira jalan cerita Kindaichi memang mencabar. Might be caused of the idea from 3 superb writer menyebabkan kita tak dapat nak detect helah sebenar dlm siri2 pembunuhan yg ada.
Jagung, awak mesti die-hard-fan Detektif Kindaichi, betul x? Tapi kenapa boleh lupa nama dia…isk3.. Pelik ni…
erk..mana nak dapat buku nih ek. aku nak beli..
Oh, maafkan saya la titan. Masih tak letak description buku ini lagi.
Buku ini terbitan Syarikat PTS, biasa ada jual kat MPH. Tp may be kat bhgn kanak2 coz novel ni utk remaja sebenarnya.
http://www.bookcafe.com.my dan http://www.e-kedai.net pun ada jual. Klu beli kat e-kedai lagi murah, less 10%