Hatiku di Harajuku

Buku ini ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Kisah mengenai kehidupan seorang Yakuza yang pernah terlibat dengan pelbagai pertempuran antara beberapa kelompok geng Yakuza di Jepun. Ternyata Ryu-Watanabe merupakan seorang yang tabah sebelum diangkat menjadi seorang Yakuza yang benar-benar disegani oleh kawan mahupun lawan. Tetapi, itu kisah lama suatu waktu dahulu. Dia kembali sedar dan insaf akan kedudukan sebenar dirinya, perlahan-lahan mengatur langkah meninggalkan dunia Yakuza tanpa dapat dihidu oleh sesiapa termasuklah Noriko sendiri. Kehidupannya menjadi seperti biasa setelah pulang ke tempat asalnya. Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan sehinggalah ada suatu hal yang tidak terduga yang mengundangnya kembali ke bumi asing
Ulasan Saya
Sewaktu mula-mula membaca buku ini, saya terasa seperti salah membeli buku mungkin. Membacanya seakan-akan melalui suatu zaman Jepun yang sangat asing. Dunia yang aneh dan penuh dengan kisah pembunuhan, di sini nyawa bagai tiada harga. Tetapi persepsi ini berubah sedikit-sedikit, saya mula mengenali siapa itu Risham, Sabrina, Ryu-Watanabe dan Noriko. Lama-kelamaan saya menjadi seronok membacanya, seolah-olah saya seperti sedang melaui satu pengalaman panjang di Jepun. Saya mula seronok dengan keindahan dan budaya negara tersebut, gambaran negara tersebut tenang sahaja di mata saya. Ditambah pula dengan kisah pilu antara Noriko dan Ryu-Watanabe memaksakan mata saya untuk terus menghayati cerita ini. Buku ini turut menghidangkan kisah kehidupan Yakuza yang masih samar dalam pengetahuan saya. Ternyata penulis suka menyelitkan kisah, sehingga saya kadang-kadang tersilap meneka jalan cerita yang sepatutnya. Pendek kata, karya ini memang sebuah karya yang menyeronokkan. Anda pasti dapat merasakan bahawa andalah pengembara sebenar cerita ini. Selamat Mengembara!
saya setuju walaupun ada beberapa blog yang menghentam karya ini. keseronokannya seperti sedang belajar bahasa jepun cuma sayangnya ia hany sekerat buku. walaubagaimanapun, membaca buku ni memang seronok. detail dengan nama jalan-jalan yang ada di Harajuku.
Salam Aishah,
Saya suka cara RAM mengolah buku-buku tulisan beliau. Walaupun di dalam novel ini terselit kisah cinta, tapi ia bukan jenis novelis yang meleret-leret membawa tema cinta yang tak berkesudahan. Jalan ceritanya membuatkan saya berasa seperti saya sedang menyaksikan cerita ini di depan mata saya. Bagi saya, kehebatan penulis terletak pada bagaimana dia dapat membina imaginasi di dalam otak pembaca. Memang mengkagumkan!
mmg terbaek la cte nie,klau bwt filem mmg gmpak!!!!!!!!!!!!!!!!!!
the bez ramlee awang murshid,i luv all yr nvel.