Written by kakeru on February 22, 2008 – 11:37 pm

Buku yang ditulis oleh Shamsuddin Abdul Kadir ini membincangkan perihal hutang serta selok-belok mengenai dunia perhutangan. Penerangan ini lebih fokus kepada rakyat
Ulasan Saya
Buku ini memang padat dengan pengetahuan mengenai dunia pengurusan kewangan. Sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam membuat hutang yang tidak perlu, adalah amat wajar bagi anda untuk memiliki buku ini. Pernahkah kita merenung kembali bil-bil hutang lapuk kita? Kenapa agaknya hutang tersebut masih tidak habis-habis walaupun kita telah membayarnya setiap bulan? Jadi, ukurlah baju di badan sendiri setiap bulan supaya perbelanjaan kita tidak melebihi pendapatan kita setiap bulan. Selepas ini pasti tiada lagi panggilan hutang dari pihak peminjam kerana anda boleh mengurus kewangan anda dengan bijak. Alangkah tenangnya hidup anda!




































Terima kasih di atas keperihatinan saudara bagi menyampaikan maklumat yang saudara rasakan berguna untuk dikongsi bersama.
Semoga Allah memperbanyakkan lagi kebaikan yang datang mendadak dan melindugi saudara dan semua pelawat blog ini daripada kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Amin
Ya, En. Shamsuddin. Buku ini memang memberi maklumat yang berguna. Setidak-tidaknya saya boleh melihat sendiri keburukan jika terlalu banyak hutang. Permulaan kisah yang dipaparkan di dalam buku ini sedikit sebanyak dapat menjadikan kita berasa takut untuk berhutang. Mungkin bagi orang yang tidak berhutang dia tidak akan berasa apa2, tetapi lebih baik belajar daripada pengalaman orang. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah, buruk padahnya!
Saya memang menantikan kemunculan buku2 tulisan Encik lagi. Tercari2 buku ‘Kaya dengan Rumah’ di MPH, masih tak jumpa lagi. Jika ada, saya pasti akan mengulasnya pula!