Read & Review "Sehari Selembar Ilmu"

If Life is a Game, These are the Rules (…Part 1)

03.26.2008 · Posted in Book Review

Buku ini ditulis oleh Pengerusi Motivation Management Service Institute., Cherie Carter-Scott, PhD. Buku ini membicarakan mengenai 10 peraturan hidup sebagai seorang insan (The Ten Rules for Being Human).

Perkara pertama menyentuh menganai kehidupan kita sebagai seorang manusia iaitu You Will Receive a Body. Topik ini merujuk kepada penerimaan kita terhadap tubuh badan kita sendiri.

Diri kita (ruh) kita sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan tubuh badan kita sendiri. Suka atau tidak, buruk baik yang ada pada tubuh badan kita tetap akan kekal hingga ke akhir hayat kita.

Walaupun kita agak kurang suka kepada muka kita yang kurang comel, tubuh kita yang agak besar, kaki kita yang kurang tinggi (ataupun kurang inci), kita tetap akan bersama tubuh kita kerana kita tiada hak untuk menentukan rupa kita seperti yang kita kehendaki.

Ya, segalanya bermula dengan penerimaan ikhlas kita terhadap diri kita sendiri, positif atau tidak. Jika kita terima dengan hati terbuka, kita pasti akan menghargai segala kebaikan dan kelemahan diri kita.

Keadaan sebegini akan meningkatkan keyakinan diri kita sendiri. Seterusnya saya pasti kita dapat menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam. Orang yang hebat ialah orang yang berkeyakinan tinggi dalam setiap perkara yang dilaksanakan.

Sudahkah anda berjaya meningkatkan keyakinan diri anda? Bersediakah anda untuk menjadi seorang yang hebat?

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply