Karbala
Kisah ini berkisar mengenai kehidupan di zaman pemerintahan para sahabat selepas Rasulullah s.a.w. wafat. Tulisan ini telah menghuraikan serba-sedikit mengenai kehidupan para sahabat di zaman lampau tanpa bias kepada mana-mana pihak.
Bermula dengan permintaan Yazid bin Muawiyah yang mengerahkan Saidina Husein (yang dikenali sebagai Imam Husein) agar menyerah diri kepada Ubaidillah bin Ziyad, menyebabkan cucu Rasulullah ini terdampar di suatu tempat yang dikenali sebagai
Walaupun kisah sebaliknya Saidina Husein berpergian ialah kerana ingin memenuhi permintaan penduduk Kufah yang merasa seperti tidak mempunyai pemimpin dan meminta supaya Saidina Husein dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.
Ia sebenarnya ialah satu helah untuk memerangkap cucu Nabi dan kaum Mukmin yang
Takdir Illahi yang telah ditentukan buat Saidina Husein adalah sama seperti apa yang dilihat dalam mimpi Rasulullah. Saidina Husein meninggal dunia di
Kaum kerabat Saidina Husein juga menerima nasib yang sama, sama seperti kaum Mukmin yang turut menyertai pertempuran tersebut. Tragisnya adalah kerana mereka yang bersekongkol dalam pembunuhan ini merasakan adalah tidak perlu bagi mereka untuk menghormati kaum keluarga baginda Rasulullah s.a.w. apatah lagi menyayangi mereka…
Ulasan Saya
Karya ini sebenarnya merupakan sebuah drama pentas rakyat
Jauh bezanya dengan masyarakat kita. Sewaktu kesedihan meliputi saudara se-Islam kita di luar
Inikah tanda cinta kita buat baginda Rasulullah, kaum keluarga dan sahabat baginda?
Buku ini menyingkap kisah tragedi
Kerana harta, manusia sanggup bergolok-gadai lantas meletakkan agama sebagai sekadar ada. Sedar atau tidak, mereka meletakkan agama untuk kepentingan tertentu. Keadaan ini hanya akan menyebabkan mereka mengambil agama setengah-setengah, tidak kesemuanya.
Lihat sahaja majlis perkahwinan ketika ini, proses perkahwinan selalunya berlandaskan agama. Cukup semua syarat nikah-kahwin, di atas alasan untuk mengesahkan perkahwinan, sama seperti apa yang telah digariskan Islam.
Soal yang melibatkan hukum-hakam perkahwinan memang benar-benar berlandaskan syara’, itu bagus. Tapi hal lain pula diringan-ringankan, contohnya tatacara pemakaian semasa majlis perkahwinan.
Pakaian wanita selalu dilihat sebagai tidak memenuhi kehendak syara’, tidak seperti pakaian pihak lelaki yang penuh adab. Keadaan janggal dan terbalik inilah yang selalunya menjadi budaya masyarakat kita sekarang, mengambil agama setengah-setengah.
Yang elok bagi kita, kita amalkan. Yang tak kena atau kita tidak suka, kita tinggalkan… Apakah ini ajaran Islam sebenar? Adakah budaya setengah-setengah ini yang mesti kita amalkan selaku seorang Islam?
Buat semua sahabatku yang juga pembaca blog ini, tepuk dada tanyalah iman…Adakah kita sebegitu?
masyarakat kita suka mengamalkan ajaran agama mengikut akal fikiran mereka, bukan dari tuntan asal Islam. Perkara ini telah menjadi ikutan dan merebak begitu pantas sehingga yang salah dan betul sudah tidak dapat dibezakan lagi…
trima kaseh kakeru sbb pernah singgah di blog saye. jgn lupe untuk tinggalkan komen ye
ini buku faisal tehrani ye ? buku baru atau buku lame ? insya ALLAH akan cari dipasaran.
antara penyebab kematian saidina hussein adalah kerana beliau tidak membaiat yazid bin muawiyah selaku khalifah. ini kerana dlm sejarah Islam, Muawiyah ibn Abu sufyan buat pertama kalinya membaiah anaknya sendiri menjadi khalifah. saidina Hussein antara yang tidak bersetuju dengan pembaiatan tersebut. beliau pergi ke Iraq kerana penduduk Iraq meminta beliau menjadi khalifah.
di pertengahan jalan, gabenor kufah dan basrah, ubaidillah bin Ziyad menahan kumpulan ini dan meminta mereka agar tidak meneruskan perjalanan ke Iraq. Sekiranya mereka berdegil, perang akan tercetus. Saidina Hussein memilih untuk berperang.
Yazid bin Muawiayah menangis bila panglima perangnya membawa kepala saidina Hussein kepadanya.
dari peristiwa ini, permusuhan puak syiah mula membakar. dan mereka menggunakan insiden yang berlaku ini sebagai satu point untuk bermusuh dengan ASWJ.
Mayarakat kita selalu megikut adat turun temurun tanpa memikirkan baik buruk adat tersebut. Lagi sedih tengok kat negeri sembilan. Masih ade orang yang mengadakan joget lambak di malam perkahwinan. Malu jadi org negeri.
Cerita psl sejarah Islam mcm ni mmg sy suka baca.Mana awk dpt buku ni?kt kedai buku tak pernah nampak pun?hehe.
satu review yang best. tapi nak jugak baca baca review pasal hari ibu kan? mesti best agaknya
Betul kata wanwma tu.. Banyak contoh yg menunjukkan kita selalu melebihkan adat budaya tanpa bertunjangkan agama…
Nuar, thanx sertakan sekali kisah pjg mengenai Karbala nih. Betul la tu, akibat salah faham menyebabkan ini semua terjadi. Walaupun begitu, kita hanya sebagai pemerhati ni kena bersikap tengah2…susah nak justify hal ini dari sudut pandangan sendiri coz kita pun tiada pada masa kejadian. Thus, siapalah kita untuk menghukumkan keadaan…
Nasrun, bukan setakat org Nogori je yg macam ni… Banyak lagi tempat serata Malaysia yg mcm tu. Tidak terhad kepada joget lambak sahaja, contoh lain macam2… tak terkira…
AmirulCyber, saya beli buku ni masa Book Fair hari tu. Ada jumpa dengan Faisal Tehrani sekali, buku ni pun ada tandatangan dia gak tau, hehe..
Rohaizad, saya tgh mencari buku yg sesuai utk Hari Ibu, tp mcm takde..huhu… Maaflah, tp kalau saya buat review untuk buku yg sewaktu dgnnya, ok ke? Mengenai insan yg kita sayangi juga, Rasulullah s.a.w.,then buku tu mmg best! How?