Banner
Ketika Cinta Bertasbih
This is my site Written by kakeru on February 20, 2008 – 11:53 pm

 

Novel yang dikarang oleh Habiburrahman El Shirazy merupakan sebuah novel dakwah Islam yang bertemakan cinta, meluaskan erti cinta ke suatu aspek yang lebih besar. Novel ini mengisahkan kehidupan seorang pelajar, Khairul Azzam yang menuntut ilmu di Cairo. Dia yang juga seorang insan biasa turut tidak terkecuali dalam perangkap lembah cinta dunia. Cintanya pertama kali singgah buat seorang gadis yang dilihat cukup sempurna, Eliana. Anak seorang duta Indonesia itu memang seorang gadis yang jelita dan memiliki darjat ilmu yang tinggi, sayangnya dia bukanlah mukminah yang sejati seperti yang didambakannya. Azzam sendiri hairan dengan dirinya, bagaimana boleh terjerat dengan penampilan luaran seorang gadis yang berjaya menipu pandangannya. Lantaran itu dia berjanji untuk segera menemukan seseorang yang tidak kurang hebatnya dengan Eliana, seorang muslimah yang mukminah yang fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Ternyata doanya dimakbulkan oleh Illahi apabila dia mengetahui akan kewujudan gadis soehah tersebut, namun segalanya menjadi mimpi kerana ternyata ada lagi insan lain yang lebih baik daripadanya untuk si gadis. Azzam kembali memuhasabah dirinya, sendirian dia berfikir untuk meletakkan sesuatu yang lebih penting daripada cinta itu. Perlahan-lahan cintanya pudar dengan mengutamakan keluarganya lebih daripada dirinya sendiri, lebih-lebih lagi dia merupakan anak sulung di dalam keluarga. Berkat doanya saban malam, Azzam kembali kepada keluarganya setelah bertahun-tahun di perantauan. Bekerja sambil belajar di bumi Mesir semata-mata untuk menyara kehidupan keluarganya memang melelahkan, sememangnya suatu pengorbanan yang tidak ternilai harganya.


Ulasan Saya

Novel ini merupakan karya kedua yang telah saya baca hasil tulisan hebat seorang penulis Indonesia yang tidak asing lagi. Topik cinta yang diutarakan ini sememangnya menepati sasaran terutama sekali setelah kedai buku di Malaysia di kala ini hebat dibanjiri dengan kisah cinta picisan. Kisah ini banyak menyentuh mengenai peranan seorang anak yang bertanggungjawab, seorang pelajar yang berdedikasi dan seorang insan yang telah berjaya mengatur kehidupannya sebagai seorang yang berjaya dengan cabaran dan dugaan kehidupan. Segalanya amat menguji kesabaran dan menggugah keimanan, kalau tidak kerana rasa cinta kepada-Nya pasti dia akan kehilangan cinta teragung itu. Membaca surat kasih yang dititip dari adik-adik yang setia di kejauhan memang menenangkan, apatah lagi bila disertakan dengan bait pesanan seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraanya di perantauan. Kala itu dunia Azzam bersinar terang, tenggelam dalam pohonan doa kudus yang tidak pernah putus.

Sebagai penjual tempe dan bakso yang terkenal di bebarapa daerah di Cairo, Azzam sedikitpun tidak merasa janggal dengan kehidupannya yang berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Sekalipun ada kata-kata yang menganggap bahawa dia tidak serius dengan pelajarannya, dia tetap bersabar dan belajar untuk tabah atas segala kesulitan hidup. Apa yang pasti, dia tahu siapa dirinya dan mengapa dia sanggup menjadi seorang tukang masak di bumi Cairo. Buat anda semua, jika anda mempunyai semangat gigih dan cekal seperti Azzam, pastinya anda tahu saat bila cinta-Nya bertasbih!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

4 Responses »

  1. Wah..saudara memang seorang yang suka membaca.Saya pun sama, tapi bukan novel atau pasal cinta..kalo biz,pengurusan,motivasi& marketing yang tu saya suka..

    Kalo p shopping mall, tempat yang saya lepak ialah kedai buku..huhuhu

  2. Wah, En.Sham! Tak sangkanya! Baru beberapa minit sahaja saya menghantar emel kepada anda dan anda telah melawat blog saya… Terima kasih! Saya memang sangat suka membeli buku dan membaca, banyak yang ingin saya kongsikan bersama di sini. Bagi saya, tiada sehari tanpa buku..ok tak? hehe… :)

  3. wah wah kakeru! dah byk buat posting ye :) ketinggalan pulak saya. tentu banyak lagi dlm koleksi yg tak nak diulas ye :D

  4. Ya, Wan! Sekarang ni at least sekali/day saya akan update blog ni. Tp dapat wat malam jer la, weekend pun tak tentu..Busy je la nih.. Blog bolacyber.com awak camne? Tadi baru je pergi melawat,bagus!Teruskan usaha awak selalu.

Leave a Reply