Written by kakeru on March 23, 2008 – 11:46 pm

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Sumber: http://fadzliyusof.com/?p=230
Sebenarnya, andalah yang lebih mengerti tentang diri anda sendiri. Namun, kami percaya bahawa setiap insan inginkan kejayaan. Anda mahukan hari ini yang lebih baik daripada semalam. Anda mahu esok yang lebih bermakna daripada hari ini. Bukankah begitu?
Buku ini boleh memberi panduan kepada mereka yang ingin menjadi lebih baik. Untuk mereka yang ingin berhijrah dari satu tahap ke suatu tahap yang lebih memuaskan. Buku ini mengandungi Lima Langkah Hijrah yang dirumus daripada kajian terhadap individu-individu yang telah mencapai sesuatu yang mengkagumkan dalam hidup mereka.
Langkah-langkah tersebut ialah:
Langkah Pertama : Membuat Muhasabah
Langkah Kedua : Menetapkan Azam
Langkah Ketiga : Menetapkan Matlamat
Langkah Keempat : Merancang Strategi
Langkah Kelima : Komited dan Konsisten
Selain daripada huraian tentang langkah-langkah tersebut, buku ini juga mengandungi 55 petua menarik yang dipetik daripada individu-individu tertentu. Hampir pasti, perkongsian daripada mereka akan memberikan anda kefahaman yang lebih baik semasa proses pembacaan, dengan izin Allah.
Anda juga boleh menjadi seperti mereka yang telah berada di puncak. Apa yang anda perlukan ialah; tahu apa yang mereka tahu, percaya apa yang mereka percaya, dan buat apa yang mereka buat. Buku ini boleh membantu anda memahami perkara tersebut.
Ingin menjadi lebih baik daripada sebelum ini? Saya dengan rendah hati menyarankan anda membaca buku ini. Bahkan saya berasa sungguh teruja untuk berkongsi dengan anda tentang isi kandungan buku ini. Sekarang, buku ini sudahpun berada di tangan anda. Tepuk dada, tengok minda, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan yang lebih baik!
Selamat Berhijrah!
Ulasan Saya




































Terima kasih kerana sudi mengulas tentang buku ini. Moga ia dapat memberikan manfaat kepada kita semua! Maha suci Tuhan yang menjadikan kejayaan untuk semua…
[…] Untuk pautan asal, KLIK DI SINI […]
Berbanyak terima kasih buat En. Fadzli sendiri kerana sudi meluangkan masa melawat blog saya ini. Buku ini memang sebuah buku yang amat berharga bagi saya. Teruskan menulis dan jangan lupa beritahu kami semua jika ada lagi buku terbitan yg terbaru nanti, pasti saya akan cuba mengulasnya pula. Semoga berjaya!