Banner
Makan Gaji Tetapi Kaya
This is my site Written by kakeru on February 23, 2008 – 11:41 pm

Buku karangan Shamsuddin Abdul Kadir ini membincangkan mengenai kehidupan setiap orang yang bergelar pekerja. Dilema hidup sebagai seorang pekerja turut dibincangkan di sini supaya anda dapat berwaspada terhadap setiap bom jangka yang pasti akan meletup pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda adalah seorang pekerja makan gaji sepenuh masa. Pelbagai peri keburukan sebagai pekerja kolot juga turut dinyatakan di sini di atas keyakinan mereka bahawa majikan mereka akan menyediakan wang sehingga mereka pencen di akhir waktu. Disebabkan mempunyai pemikiran seperti inilah anda tidak dapat maju ke hadapan kerana sering mengikat diri dengan pelbagai komitmen yang berada di luar kemampuan diri. Bagaimana seseorang itu dapat merasakan dirinya ada pekerjaan apabila mengikat perjanjian selama 30 tahun bagi membeli sebuah rumah? Hairan bukan? Keadaan ini amat jauh berbeza dengan seorang pekerja yang hebat, sentiasa menaruh impian untuk menjadi kaya walaupun makan gaji. Sekiranya anda berasa gaji yang diterima setiap bulan belum mencukupi, ketahuilah rahsianya melalui buku ini.

Ulasan Saya

Buku ini banyak memberi idea kepada pekerja makan gaji supaya berfikir secara kreatif dan kritis. Sebenarnya anda juga boleh menjadi kaya mahupun bergelar jutawan walaupun anda hanya bekerja makan gaji sahaja. Pelbagai pendapatan yang boleh kita janakan setiap hari, bezanya sama ada pendapatan itu aktif atau pasif untuk menjana kekayaan. Anda boleh memilih untuk menjadi siapa sahaja yang anda suka, apa yang penting adalah minda kita. Bagaimana kita memanipulasikan pemikiran kita untuk menjadi lebih baik? Cubalah berfikir di luar kotak, sedikit demi sedikit pasti dilema sebagai seorang pekerja makan gaji pasti akan selesai. Ingatlah, dahan tempat kita bergantung hidup mungkin masih kukuh buat masa sekarang, tetapi bukan untuk masa akan datang. Oleh itu, sediakanlah payung sebelum hujan. Selamat mempraktikkannya!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

2 Responses »

  1. Terima kasih Saudara Kakeru. Ulasan dan penyampaian Saudara berkesan dan menepati apa yang ingin disampaikan oleh saya.

    Tahniah kerana saudara termasuk dalam golongan orang yang suka memandaikan orang lain.

  2. Wah, En. Shamsuddin ke ni? Terima kasih kerana sempat menyinggahi blog ini. Sebenarnya, saya yang patut berterima kasih kepada Encik sendiri kerana telah menulis sebuah buku yang sangat berguna untuk dibaca oleh setiap orang yang bergelar pekerja makan gaji seperti saya. Tepat seperti yang Encik tuliskan di dalam buku ini dan saya telah pun mempraktikkannya. Terima kasih kerana telah menyedarkan saya dari mimpi yang panjang.

    Moga Allah merahmati Encik. Sekali lagi, terima kasih.

Leave a Reply