Manikam Kalbu
Tajuk buku tulisan Faisal Tehrani ini saya kira agak pelik sedikit. Kulit luarnya bukan sahaja comel malah aneh, ada kucing yang sedang menjahit. Lebih mirip kepada bahan bacaan untuk remaja.
Ya, sebenarnya buku ini memang merupakan buku untuk bacaan remaja tetapi baik juga untuk semua. Sama seperti buku-buku beliau sebelum ini, Nama Beta Sultan Alauddin dan Detektif Indigo Kembali.
Cuma kulit buku ini tampak lebih comel, memang sesuai untuk mereka yang bergelar remaja. Kelakar juga bila difikirkan sewaktu saya membacanya ketika sedang menunggu bas…
Kisahnya adalah mengenai seorang pelajar bernama Ziryab yang amat meminati bidang jahitan. Minatnya juga didorong oleh neneknya sendiri yang juga merupakan salah seorang bekas tukang jahit istana.
Ziryab merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dan kreatif di dalam kelas. Meskipun jahitannya agak kurang kemas, namun daya kreatifnya dapat memikat hati guru-guru jahitan yang mengajarnya terutama sekali Cikgu Natasya.
Hubungan antara Ziryab dan Cikgu Natasya memang rapat walaupun tidaklah serapat hubungan Ziryab dan neneknya sendiri. Namun, segalanya berubah apabila beliau dituduh melakukan sesuatu yang jelek terhadap Cikgu Natasya.
Sejak itu, Ziryab seakan sudah mati. Keaktifannya sewaktu di kelas bagai sudah tiada lagi dan segalanya sepi menerbitkan rasa bersalah di hati Cikgu Natasya. Adakah dia penyebab segalanya? Ke manakah perginya Ziryab yang dahulu?
Ulasan Saya
Pertama kali saya ingin mengatakan bahawa saya tidak salah memilih buku ini. Kenapa agaknya?
Memang tidak dinafikan, karya-karya Faisal Tehrani memang banyak menyumbang ilmu pengetahuan yang sangat luas buat pembacanya. Selalunya beliau akan menyelitkan kisah sejarah (terutama sejarah Islam dan Melayu) bagi setiap karya beliau.
Cuma segalanya membuatkan saya terfikir berapakah harga yang sepatutnya saya bayar untuknya setelah beliau berhempas-pulas mengkaji susur-galur sejarah dan ilmu yang berkaitan dengan jahitan Melayu semata-mata untuk menghasilkan buku ini…?
Memang benar buku ini berkaitan dengan tukang jahit. Tapi kisah sebenarnya yang ingin beliau ceritakan di sini adalah berkaitan dengan sejarah penciptaan baju melayu dan baju kurung suatu ketika dahulu.
Orang yang bertanggungjawab dalam melakar sejarah busana melayu ialah Manikam Kalbu. Beliau hanyalah seorang hamba yang tinggal di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Bermula dengan mimpi Sultan Muhammad Syah mengenai keanehan pakaian puterinya yang jelek, baginda sultan pun segera membuat pertandingan mencipta busana melayu yang terbuka buat rakyat jelata.
Ternyata busana melayu hasil tangan Manikam Kalbu mendapat tempat bukan sahaja di hati baginda Sultan, malah turut dipersetujui oleh seluruh rakyat jelata. Dari situ, bermulalah pengembaraan Manikam Kalbu sebagai seorang yang merdeka merangkap pereka busana Kerajaan Melayu Melaka.
Saya seolah-olah membaca sebuah sejarah berkenaan diri sendiri, sejarah melayu yang takkan hilang di dunia. Sejarah banyak mengajar saya mengenali diri sendiri. Aneh rasanya jika seorang Melayu yang tidak hanya membanggakan budaya asing, malah turut merendah-rendahkan kemampuan bangsa sendiri.
Oh ya, lupa juga untuk memperkatakan sebegini. Buku ini bukanlah hanya memperjuangkan bangsa melayu kerana bangsa melayu itu sendiri telah disandarkan oleh Islam untuk mengangkat martabatnya ke arah yang jauh lebih hebat!
Lihat sahaja baju kurung. Penghasilannya yang amat unik bertujuan untuk memartabatkan kaum wanita Melayu itu sendiri di samping mengambil kira tatacara penutupan aurat seperti yang telah digariskan mengikut Al-Quran dan sunnah. Seterusnya, memulakan sejarah busana melayu yang bertepatan dengan kehendak Islam itu sendiri.
Ini jelas menunjukkan Melayu itu merupakan satu bangsa yang hebat, ditambah pula dengan acuan Islam. Lihat kembali sejarah Melayu suatu ketika dahulu, Bahasa Melayu sendiri telah menjadi bahasa lingua franca.
Mana-mana pedagang yang ingin berdagang dan berlabuh di perairan Melaka itu sendiri seharusnya pandai bertutur di dalam bahasa ibunda kita.
Seterusnya fikirkan kembali adakah pahlawan Melayu hanya mempertahankan bangsa Melayu sahaja untuk merdeka? Anda silap jika mereka hanya bermotifkan bangsa sahaja. Tiada Islam, mundurlah Melayu. Tanpa Islam, siapalah Melayu…
Apa buktinya? Orang Melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang mengamalkan adat-istiadat Melayu, mengamalkan budaya Melayu dan beragama Islam.
Oh, senang sahaja untuk menetukan bangsa Melayu bukan? Jika murtad sahaja, anda sudah ditakrifkan sebagai bukan Melayu… Lihat, betapa kuatnya pengaruh Islam dengan bangsa Melayu sendiri.
Realiti sekarang, ramai rupa-rupanya yang tidak menyedari bahawa mereka bukanlah Melayu lagi. Budaya melayu sudah lama tiada, Islam yang dianuti pula entahkan berciciran ke mana malah tiada lagi jati diri Melayu yang pantang dicabar.
Jika dahulu bila orang mengatakan biar mati anak, jangan mati adat berdasarkan kepada fahaman bahawa Islam yang melakar adat. Zaman sekarang adat Melayu ini telah disalahertikan kerana telah bercampu-baur dengan adat yang langsung tiada kaitan dengan Islam.
Anehnya, itulah yang diterima oleh masayarakat kini. Lantas mencacatkan makna peribahasa Melayu yang sebenarnya amat indah jika menuruti kefahaman Islam sebagai cara hidup. Wallahua’lam.
Wah! Kedengarannya sangat menarik la buku ni. Harus masuk dlm senarai buku-buku nak di baca. Tq ya!
benar kakeru.. entah kenapa Islam yang dahulunya memberikan kekuatan kepada “Melayu” kini cuba diceraikan oleh “Melayu” sendiri. hari ini teknik “garam & ragi” yang dilaksanakan musuh Islam menampakkan hasil. seperti ubi yang dikenakan ragi, bentuknya masih kekal tapi ubi sudah bertukar menjadi tapai. Melayu tetap melayu, tapi sudah menjadi layu kerana Islam sudah terabai.
has,
laa…menarik gak crite ni.
masa ari tu baca aku xpham(baca dpn+tgh+blkg je)….thanks sbb ko dh bg detail nati aku beli n baca + bual koleksi mc ko
Eiyra, cepat2 beli tau! buku ni mmg best!
Betul kata Jagung. Klu org Melayu masih tak sedar juga, tentu Melayu akan hilang di dunia kerana tiada lagi gah tanpa acuan Islam..!
Ainun, cepat baca tau. Oh, buku hari tu pun kamu tak habis baca lagi…ingat tu…
hmm.. buku yang sangat2 menarik. membuka minda… tak pernah terpikir sebenarnye yang pakaian tu hakikatnye bukan bertujuan untuk bergaya tetapi memenuhi tuntutan yakni menutup aurat.. sesuai untuk bacaan insan yang masih tak sedar diri..
Betul kata awak tu, Malik. Buku ni memang sangat bagus dan best! Saya memang tak sangka ada gak penulis macam Faisal Tehrani ni nak cerita pasal tukang jahit dan kucing. Memang aneh tapi BEST!!
Sy setuju dengan Malik dan Kekaru….tak sangka ada penulis cam Faizal tehrani yang menulis tentang benda ni. Ni la buku/ novel yang patut sume orang baca. Jangan dah baca novel2 picisan yang xde makne tuh…Lepas baca buku ni saya insaf sesangat. Saya kerja di kalangan bukan Melayu, sekarang ni saya bangga sangat mempamerkan identiti Melayu terutamanye Islam kepada mereke. Ternyata kita akan lebih dihormati
Juga jangan lupa baca Ketupat Cinta……sangat bes tahap gaban. tak sabar nak tunggu musin kedua
nak tanya… sejarah,susur galur baju kurung nie memang fakta ke? atau sekadar satu kesimpulan yang dibuat erdasarkan beberapa bahan bacaan yang berbeza???
Hi Wan Tu Tree,
Thanks utk komen awak. Saya masih tak baca lagi novel Ketupat Cinta. Nampak menarik, ada masa nanti, saya pasti akan sempatkan diri untuk membacanya
Salam Aisyah,
Saya tak berapa pasti sama ada novel ini ditulis berdasarkan fakta atau tidak. Tapi kalau membaca novel-novel daripada Faisal Tehrani, saya memang akan katakan dia telah pun membuat kajian terlebih dahulu berkenaan sesuatu perkara sebelum menulisnya di dalam novel. Sama macam novel ‘Tunggu Teduh Dulu’, bila kita baca rasa-rasanya kita pun boleh menjadi penanam betik yang berjaya mungkin… XD