Written by kakeru on February 8, 2008 – 5:49 am

Buku ini telah ditulis oleh Datuk Dr Haji Rusly Abdollah @ Chef Li. Beliau merupakan seorang bekas pegawai bank yang telah berjaya mebina empayar jutawannya sendiri yang dikenali sebagai Chef Li Training Centre (CLTC) atau dikenali sebagai Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Apa yang menarik di dalam buku ini ialah cerita mengenai kisah-kisah orang yang bergelar jutawan senyap yang ada di bumi
Ulasan Saya
Pada mulanya saya memang berminat hendak membeli buku ini setahun yang lalu, tapi disebabkan sinopsis yang saya baca di belakang buku adalah berkaitan dengan seorang chef dan bidang-bidang masakan, jadi saya pun kurang berminat untuk membeli. Hinggalah suatu hari dalam awal tahun 2008, hati saya terdetik untuk membeli buku ini. Ternyata buku ini mempunyai aura yang sangat dahsyat buat pembacanya, begitu mengujakan! Tidak sampai separuh hari saya telah pun selesai membaca buku ini dengan penuh tekun dan teliti, hairan sungguh…Kebiasaannya, masa paling singkat untuk saya menelaah satu buku adalah lebih kurang sehari. Kenapa agaknya? Apa ada pada buku ini?
Buku ini adalah seperti buku motivasi, tapi sebuah motivasi realiti dari pelbagai kehidupan yang berbeza yang telah diadun dengan begitu baik. Mengenali buku ini seperti membuka satu dimensi baru dalam hidup saya, baru saya faham siapa yang selayaknya bergelar jutawan. Minda saya baru terbuka dan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan berjualan air di tepi jalan sahaja boleh menjadi jutawan, setujukah anda? Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk menerima pendapat sebegitu kerana saya tidak nampak dan lihat sendiri kejayaan orang-orang sebegini. Tapi, bila saya menatap dan menghayati kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini, ternyata ia memang benar dan saya rasa sudah jauh ketinggalan dengan pemikiran orang-orang “business minded” seperti ini. Saya baru berfikir sedemikian semasa menjalani training di bidang Quality Engineering, kami didedahkan dengan pelbagai aspek yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang Entrepreneurship. Matlamat training ini pun untuk membantu siswazah yang menganggur mendapatkan kerja. Di sinilah bermulanya langkah pertama saya mengenali dunia keusahawanan ini setelah diasak dengan pelbagai pemikiran yang mampu mencambahkan idea kreatif dan mematangkan pemikiran.
Percayalah, anda tidak perlu bermimpi menjadi seorang jutawan seperti Donald Trump, Robert Kiyosaki atau Bill Gates yang mungkin terlalu berbeza dengan dunia kita. Ramai lagi jutawan yang tidak diwar-warkan di Malaysia ini hanya kerana mereka bukanlah sesiapa dan itu lebih mudah bagi anda untuk mengikuti jejak mereka. Jika anda mahu mengenali Sutinah, Suzana, Hamidon serta beberapa orang warga




































Wah kakeru! dah ada post baru. Menarik lagi. Betul tu saya pun dah ada buku ni. Ntah berapa kali khatam dah, tapi tak jadi jutawan dgn khatam saja :), buku ini sangat memberi motivasi dan mempunyai aura yang dalam.
Ya,Wan! Buku ni betul2 mengubah pemikiran saya, ada suatu aura yang tak dapat nak digambarkan. Bagus cerita Chef Li tu, sangat mengujakan!
Kali pertama Mek habis baca buku ni dlm masa sehari (sebab terlalu asyik dan tak sabar nak dihabiskan). Seingat Mek, habis keliling kelalang Mek promote terutama kat rakan-rakan usahawan. Cerita tentang orang yang dah berjaya ni sangat mengujakan tapi bagi Mek yang penting kenalah tekun berusaha dan pandai pula menguruskan kewangannya.
Betul. Buku ni memang ada aura yang tersendiri, memang hebat!