Written by kakeru on March 25, 2008 – 11:44 pm

Buku ini merupakan hasil tulisan Tengku Asmadi T.Mohamad, pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah dimulakan sejak tahun 1996. Buku ini telah memuatkan segala pengalaman beliau sejak menceburi bidang motivasi pelajar.
Buku ini mempunyai 26 buah bab yang telah merungkai satu persatu topik yang berkaitan dengan masalah pelajar dan teknik-teknik belajar sendiri. Turut disertakan ialah kisah-kisah contoh pelajar cemerlang yang telah berusaha mengubah diri mereka sungguhpun pada asalnya mereka bukanlah dari kalangan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Topik pertama buku ini menyentuh mengenai apakah masalah pelajar, contoh sebab-sebab ini ditulis dalam satu senarai yang agak panjang sehingga 36 sebab. Melalui cara ini pelajar sebenarnya dapat muhasabah diri mereka sendiri setelah mengetahui apakah penyebab mereka menjadi malas. Ini akan memudahkan mereka untuk merancang strategi yang sepatutnya setelah mengetahui kelemahan mereka.
Menariknya buku ini disusun dengan baik sehingga kita dapat membaca mana-mana topik yang dikehendaki tanpa membaca topik yang sebelumnya dahulu. Ini pasti memudahkan pelajar membacanya sekiranya tiada masa terluang. Jika anda punya masa yang terhad, anda juga boleh membaca buku ini seperti saya juga.
Ulasan Saya
Buku yang merupakan kaya The National Bestseller ini merupakan satu contoh motivasi pelajar yang baikuntuk dimiliki. Dengan bersaiz kecil, anda dapat membawanya ke mana sahaja untuk dibaca.
Sebagai seorang tutor sambilan, buku ini telah pun membantu saya mengetahui sedikit sebanyak masalah pelajar yang ada. Senarai masalah pelajar yang ditulis di dalam buku ini merupakan hasil daripada program motivasi yang telah beliau jalankan untuk para pelajar.
Bila melihat senarai masalah pelajar ini memang kadang-kala kelihatan janggal sahaja. Saya pun tidak pernah rasa ini sebenarnya masalah pelajar. Kadang-kadang masalah mereka adalah akibat daripada mempunyai adik angkat, kakak angkat dan apa-apa yang kena angkatlah, heheā¦gurau sahaja. Aneh bukan?
Usah tekejut jika anda tahu masalah sebenar pelajar. Zaman sekarang ini, 1001 macam perkara yang boleh berlaku. Jika anda seorang cikgu atau tutor sambilan, saya amat mencadangkan agar anda membaca buku ini. Sekurang-kurangnya ia membantu anda memberikan sedikit tips dan startegi belajar buat anak murid anda nanti.




































Salam Ir. Kakeru,
Terimakasih kerana memberikan ulasan yang baik terhadap buku Motivasi Alihan Pelajar. Saya percaya, komen-komen ikhlas dari mereka yang pernah membacanya seperti ini akan lebih meyakinkan mereka yang masih ragu-ragu akan kebaikan buku tersebut. Semoga Allah berikan anda rahmat.
Sekian.
Terima kasih kembali buat Tuan Dr. Asmadi. Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari buku ini. Selalunya pengalaman memang sesuatu yang sangat berharga. Alangkah beruntungnya bagi mereka yang tahu menghargainya dan menggunakannya untuk kebaikan pula.
Terima kasih sekali lagi buat Dr. Asmadi. Jika ada karya terbaru, jangan lupa untuk memaklumkannya kepada saya nanti ya!
greating to have congratulation by own writer.. keep going your effort.