Banner
Orang Kaya Bertaqwa
This is my site Written by kakeru on March 11, 2008 – 11:54 pm

“Buku ini patut dimiliki oleh individu yang mempunyai jiwa usahawan yang ingin berjaya di dunia dan akhirat. Penuh dengan tips dan rahsia kekayaan” - Rohani Mohamad, Perbendaharaan Malaysia.

‘OKB ! Orang Kaya Bertaqwa’ menyelami jiwa manusia yang inginkan kekayaan dan keberkatan dalam usaha bisnesnya.Kisah hidup dan renungan Dr.Rusly dalam buku ini bagaikan cermin untuk kita menilai keadaan, tanggapan dan amalan bisnes orang Melayu dan umat Islam. Berlatarkan kembara Dr. Rusly untuk bertemu dengan Guru Tasawufnya Pak Kiai Muhidin Hamdi di Tanah Jawa, kita dipujuk dan dibimbing untuk bukan sahaja menceburi bisnes tetapi menceburinya melalui pintu kerohanian (spiritual) yang menjanjikan kejayaan yang hakiki.

“Bersahaja dan mengasyikkan… Patut dibaca” - Rahmat Sudin, MD Rahmat Edar Sdn. Bhd.

“Satu penulisan yang sungguh bermanfaat. Kesinambungan cerita dan perjuangan hidup Dr. Rusly yang boleh dijadikan teladan” - Rosli Jamal, Usahawan Siber.

Ulasan Saya

Buku ini menceritakan kisah pengalaman Chef Li sendiri semasa menemui gurunya, Pak Kiai Muhidin Hamdi. Pertemuan ini merupakan sebuah pertemuan yang dirancang sendiri oleh Pak Kiai untuk ketiga-tiga orang anak muridnya, selalunya dia akan mengingatkan hakikat kehidupan apabila bertemu. Apa yang pasti, kita sering gagal dalam memahami erti kehidupan sekiranya kita hilang semangat dan keghairahan kepada kehidupan sekiranya kita bekerja sambil mengingati mati. Bunyinya agak pelik bukan? Di dalam kuliahnya, Pak Kiai mengingatkan kepada semua yang hadir dalam soal menentukan priority (keutamaan - mana yang lebih penting) dalam kehidupan sama ada duniawi dan ukhrawi. Selalunya kita mendengar bahawa kita patut seimbangkan kedua-duanya, tapi ini hanya berlaku secara teori sahaja. Kebanyakan kita gagal mempraktikkannya dalam kehidupan sebenar kita, dan lebih malang lagi kerana majoriti daripada kita lebih cenderung ke arah keduniaan semata-mata. Sebenarnya, jika kita mengejar akhirat, dunia pasti tidak akan meninggalkan kita!

Apa yang menarik, buku ini juga turut mendedahkan rahsia kekayaan seperti yang telah dipraktikkan oleh Pak Kiai sendiri. Ternyata amalan ini memang amat berkesan bagi seorang usahawan yang ingin melipatgandakan lagi kekayaan mereka. Sebanyak 5 Prinsip Perniagaan turut didedahkan di sini bagi membina perniagaan melalui ajaran dari wahyu Allah sendiri.

Cubalah membacanya, anda pasti setuju dengan kata-kata saya nanti!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

2 Responses »

  1. Buku nie memang bagus untuk dibaca.. Dapat meningkatkan motivasi..

  2. Ya, Safuan. Saya amat bersetuju dengan pendapat awak, buku ini sepatutnya dijadikan sebagai bahan bacaan wajib bagi setiap orang yang mahu ataupun telah bergelar usahawan. Kadang-kadang kita terlupa dgn Si Pemilik Kekayaan yang sebenar sehinggakan tiada masa untuk diluangkan buat-Nya…alangkah sombongnya kita sebenarnya…

Leave a Reply