Banner
Petunjuk Jalan Kekayaan… (Part 2)
This is my site Written by kakeru on March 1, 2008 – 11:47 pm

 

Di dalam buku ini, Chef Li menceritakan bagaimanakah bermulanya kisah kejayaan beliau. Segalanya bermula dengan kebuntuan fikirannya untuk menghadapi masalah perniagaan yang semakin meruncing akhirnya mempertemukannya dengan seorang pakcik. Pakcik tersebut mencadangkannya supaya dia berguru dengan seorang ahli perniagaan yang alim di Indonesia. Berkat kesungguhannya, dia berjaya menemui Pak Kiai dan mempelajari selok belok dunia perniagaan dan ilmu tentang kekayaan. Berbekalkan ilmu tersebut, dia berusaha sebaik mungkin untuk berdepan dengan segala masalah yang bertimbun dan membina kembali perniagaannnya. Dia segera melancarkan segala strategi yang diperoleh sewaktu sesi brainstorming bersama-sama Pak Kiai dan 2 orang rakan yang lain. Setelah selesai masalah hutangnya, dia usahakan pula membuka sebuah institusi latihan yang dapat mengajar orang ramai mengenai dunia masakan. Sekali lagi dia berjaya dalam perancangannya dan kini wang tidak lagi menjadi tujuan hidupnya kerana dia pernah merasai kesengsaraan hidup kerana wang. Dia terus fokus kepada bidang perniagaannya yang mengajarkan orang bagaimana untuk menjadi kaya melalui perniagaan perusahaan makanan dan turut melancarkan seminar usahawan senyap.

Apakah strategi yang digunakan oleh Chef Li untuk mengatasi segala beban tersebut? Pernahkah anda merasakan anda sentiasa bekerja keras tetapi tetap tidak kaya? Mengapakah perniagaan anda gagal? Jika persoalan tersebut sering melewati hidup anda, cubalah mengkaji buku ini untuk mendapatkan sedikit idea. Saya pasti idea tersebut dapat membantu menghuraikan masalah anda. Selamat Menelaah!

Ulasan Saya

Idea yang diberikan oleh Pak Kiai memang bagus! Ternyata orang yang menjadi mentor Chef Li memang hebat walaupun kelihatan seperti seorang alim yang biasa tapi sarat dengan ilmu perniagaan yang sangat hebat. Bagi saya, Pak Kiai merupakan satu contoh seorang muslim yang boleh dicontohi semua, memiliki kemantapan ilmu dunia dan akhirat yang seimbang. Betul seperti yang ditulis oleh Aa Gym, kalau nak membentuk satu kekayaan, kita kena ada karakter baik dan karakter kuat. Oleh itu, kita perlu mengubah sikap kita dan berusaha dengan gigih untuk mencipta kejayaan. Saya pasti anda semua akan tertarik membaca buku ini setelah mengetahui latar belakang Pak Kiai, seorang yang bukan sahaja boleh disifatkan alim tetapi mempunyai rangkaian perniagaan yang sangat luas di Indonesia. Mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis untuk terus maju. Terdetik di hati saya, mengapa saya tidak dapat menjadi seperti beliau? Ya, mungkin kerana saya tak berfikir sebegitu. Nampaknya saya juga kena berguru dengan seseorang sepertinya, atau setidak-tidaknya saya dapat menjadikan Chef Li sebagai salah seorang mentor saya. Insya-Allah, saya pun akan turut serta dalam Seminar Jutawan Senyap yang dikendalikan oleh Chef Li sendiri suatu hari nanti. Amin.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

Leave a Reply