Banner
Petunjuk Jalan Kekayaan… (Part 1)
This is my site Written by kakeru on February 28, 2008 – 11:59 pm

Buku ini merupakan buku kedua yang saya baca hasil sentuhan seorang penulis yang amat saya kagumi, Chef Li. Ternyata pengalaman yang telah beliau nukilkan di dalam buku ini membuahkan 1001 rasa buat saya dan memberi pelbagai pengajaran. Benarlah seperti yang dikatakan orang, kita boleh belajar melalui pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain dalam mencari makna hidup. Jika melalui pengalaman orang lain, anda tidak perlu bersusah-susah untuk merasai betapa pahitnya erti kegagalan selama beberapa tahun. Cukup dengan mengaplikasikan apa yang kita pelajari dari pengalaman orang-orang yang berjaya, pasti jalan menuju kejayaan akan lebih luas untuk kita.

Buku ini menceritakan detik-detik permulaan perniagaan penulis sendiri, keadaan pahit getir yang terpaksa ditempuhi semasa mendirikan perusahaan daging burgernya suatu ketika dahulu. Bermula dengan masalah kerosakan mesin pemproses burger akhirnya membawa kepada pelbagai masalah lain termasuklah undangan surat-surat saman yang bertimbun-timbun, keadaan pekerja-pekarja kilang yang salah faham dan pelbagai lagi. Dan yang paling getir ialah keadaan sewaktu rumahnya disita kerana tidak mampu untuk membayar hutang-hutang yang telah tertunggak. Bagaimanakah agaknya jika anda sendiri berada dalam keadaan seperti ini? Seakan-akan nyawa berada di hujung tanduk sahaja di kala itu, bila-bila masa sahaja dia boleh diisytiharkan muflis! Igauan ngeri itu sentiasa berada di mana-mana sehinggalah dia menemui sesuatu ketika mahu mencari jalan keluar daripada masalah yang menghimpit ini.

Ulasan Saya

Kagum membaca buku ini, itulah perkara yang dapat saya rasakan ketika membacanya! Membacanya seakan membaca sebuah diari usang yang padat dengan kisah pahit getir penulis sebelum berjaya di puncak. Pengalaman penulis pasti akan saya simpan kukuh dalam hati agar saya juga berjaya menempuh halangan seperti yang dilaluinya. Mudah-mudahan begitulah hendaknya, doa saya dalam hati. Seawal pembacaan saya, saya seperti melalui sendiri pengalaman hidup beliau. Apa yang saya baca sedikit-sedikit saya relatekan dengan keadaan saya sekarang. Benar kata-kata Imam Shahid ketika bertanyakan penulis mengenai tujuannya berniaga. Imam tersebut terus bertanyakan kembali “Mahu jadi hamba kekayaan atau hamba Allah?” setelah penulis menyatakan bahawa dia berniaga kerana ingin kaya. Terpana saya dengan soalan sebegini, pasti saya akan merenung jauh jika soalan itu diajukan buat saya ketika itu.

Saya juga pernah diajukan soalan yang sama oleh seorang rakan saya.

“Kenapa mahu bekerja sebagai engineer?”

“Sebab saya nak buktikan bahawa seorang wanita juga boleh bekerja sebagai seorang engineer, apatah lagi seorang muslimah. Kerjaya wanita bukanlah terhad untuk menjadi seorang guru sahaja,” yakin sekali saya menjawab soalan tersebut. Tekad itu telah lama saya sematkan di dalam hati.

“Bukan, salah tu…,” balas rakan saya kembali.

“Eh..?” saya kehairanan dengan jawapan tersebut. Salahkah jawapan saya ini?

“Kerja itu kerana Allah,” suatu jawapan ringkas dan padat itu terluah akhirnya. “Kalau sudah berniat kerja kerana Allah, yang lain-lain pasti akan menyusul”. Ketika itu saya bagaikan baru tersedar dari mimpi panjang. Perlahan-lahan hati saya berdetik. “Ya Allah, ampunilah aku. Terlalu jauhnya aku dari sisi-Mu, Ya Tuhan…”.

Seketika selepas membaca beberapa bab dalam buku ini, saya mula menganalisa diri sendiri. Apa yang disentuh kebanyakkannya mengenai Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Walaupun masih belum habis membaca buku ini, ada suatu hikmah teragung yang dapat saya petik: “Jika mahukan kekayaan, mintalah daripada pemilik kekayaan”. Kekayaan juga adalah makhluk Allah yang tunduk kepada-Nya. Justeru itu, carilah Allah si pemilik kekayaan dahulu, sebelum terus mencari kekayaan milik-Nya!

Ya, usah menjadi seperti saya yang sebelumnya. Semoga anda semua mendapat kebaikan, Amin.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

4 Responses »

  1. Saya dah baca sekali buku ni dan insyaAllah akan ulang baca lagi untuk ingat kembali point2 penting. Satu lagi siri buku yg perlu dibaca ialah Orang Kaya Bertaqwa (OKB). Bagi saya tak lengkap kalau tak baca buku tu. Sebab buku2 Chef Li ni dia ada kaitan antara satu sama lain.

    Buku OKB tu buku yg terkini. Ada tanya dia tahun lepas di seminar dia, bila buku yg seterusnya? Dia kata lambat lagi..

    Semoga berjaya. :)

  2. Betul tu, Zul. Bila saya baca buku Chef Li yang terdahulu, terasa ingin mengulang-ulanginya kembali beberapa kali. Bila mengulanginya, saya cuba mengungati point penting yang diceritakan satu persatu. Bila ingat semua tu selalu, terasa bahang auranya - semangat saya terasa berkobar-kobar. Ya, selalu saya ingatkan diri untuk sentiasa self-motivated seperti jutawan dalam kisah tersebut. Jika sentiasa berada dalam mode Alpha, fikiran positif, pasti mudah menjana kejayaan. Insya-Allah…

    p/s: Kalau ada buku Chef Li yang terbaru, tolong beritahu saya ya. Saya nak berkongsi ilmu dengan semua. Thanx, Zul!

  3. eh eh! bertuahnya awak kakeru, dapat kunjungan dr smartzul siap bg komen lagi :) susah tau nak dapat kunjungan dan komen dia pula. perkembangan yg positif..

  4. Hmm..Alhamdulillah, Wan. Tak sangka projek Zul akan datang nanti lebih kurang seperti ini, bolehlah saya berkongsi idea sama. Kalau Wan dan Zul ada cadangan lain untuk improve blog ini, cepat2lah bgtau saya ya. Mungkin lebih menarik nanti, siapa tahu kan? Tq!

Leave a Reply