Isu Semasa: Pilihan Anda?
Baru hari ini saya dapat berpeluang membaca Majalah Millenia Muslim, edisi Mac 2008. Sudah lama rasanya tidak menguliti bahan bacaan sebegini, sebuah majalah Islam sesuai untuk mengasah minda masyarakat Islam. Pelbagai isu yang diketengahkan di dalam edisi kali ini termasuklah isu Pilihanraya Umum yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Di dalam ruangan fokus, rakyat
Jika sedemikian halnya, maka adalah wajib bagi setiap umat Islam agar tidak meremehkan soal memilih pemimpin. Pemilihan pemimpin merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan menurut landasan syarak. Apa yang penting dalam memilih pemimpin ialah dari segi akidah dan keimanannya terhadap Allah S.W.T kerana hanya mereka yang berimanlah yang paling layak untuk mengambil berat urusan dan hal ehwal umat Islam sendiri. Akan tetapi, perlu diingat bahawa kita hanya mampu melihat dan membuat penilaian berdasarkan apa yang terzahir sahaja kerana kebiasaannya hati yang baik akan melahirkan sifat-sifat yang baik juga. Fikir-fikirkanlah…
wah! pandai bersyarah juga ye.. betullah tu masalah kepimpinan tak boleh diremehkan, dua-dua mesti bijaksana (rakyat@pengundi & pemimpin) biasanya pemimpin baik sblm dipilih, tapi bila dah terpilih mereka gagal dlm ujian kepimpinan, masa itulah gelap mata
Betul…itu masalah yang selalunya berlaku kepada seseorang yang bergelar pemimpin. Politik lah katakan..macam2.. Kadang2 nak menaikkan diri sendiri, maka berlakulah rasuah, pecah amanah etc. Macam mana la rakyat nak aman…
just to quote…”kita hanya mampu melihat dan membuat penilaian berdasarkan apa yang terzahir sahaja kerana kebiasaannya hati yang baik akan melahirkan sifat-sifat yang baik juga..”…