Written by kakeru on February 18, 2008 – 11:36 pm

Cerita ini dinukilkan oleh Habiburrahman El-Shirazy. Kisah mengenai kehidupan seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan bernama Raihana. Perkahwinan yang diaturkan oleh kedua ibubapanya menyebabkan tiada rasa cinta yang tumbuh di hati. Walaupun telah lama mengahwini Raihana dan berusaha untuk menyintainya, hatinya tetap tidak dapat menerima Raihana sepenuh hati. Di dalam fikirannya hanya ada keinginan untuk mengahwini gadis Mesir yang cantik, secantik Ratu Cleopatra. Keadaan berubah setelah dia bertemu dengan Pak Qalyubi, kisah-kisah yang diceritakan melalui pengalaman Pak Qalyubi amat menyedihkan. Kisah itu mengenai kisah perkahwinan Pak Qalyubi dengan seorang gadis Mesir yang amat didambakan tetapi berakhir dengan kesudahan yang memeritkan. Di situlah dia baru mengenal erti cinta dan kasih Raihana. Tapi semuanya telah terlambat, Raihana terlebih dahulu kembali menghadap Illahi tanpa sempat dia menuturkan maaf di atas segalanya.
Ulasan Saya
Cerita ini ialah sebuah kisah seorang isteri yang amat mendambakan belaian seorang suami. Merujuk kepada perasaan seorang isteri yang luluh kerana tiada rasa cinta di hati suaminya. Ya, kadang-kala kita hanya menyintai sesuatu kerana kita hanya menilai kecantikan luarannya sahaja sehingga terlalu mengagungkannya. Tapi selalunya kita tersilap kerana tidak tahu menilai intan berharga di celahan kaca.




































Salam. Pada pandangan Mek, penulis juga cuba untuk menyedarkan para suami agar PANDAI MENGHARGAI isteri masing-masing. Isteri ialah makhluk EMOSI yang tingkah laku dan percakapannya BERLAPIS-LAPIS. Bagaimana untuk menghargai isteri? Usahalah menambah ilmu psikologi rumahtangga.
Yup, betul tu Mek Kelate. Sebagai suami, mereka sepatutnya memahami perasaan si isteri sebab pemikiran antara lelaki dengan perempuan memang berbeza macam yang telah dibincangkan di dalam buku ‘Man from Mars, Woman from Venus’. Nanti ada masa kita ulas isi kandungan buku tu pulak yer…
Suatu ketika dulu…di kawasan setinggan seorang kanak2 perempuan 5 tahun ditakdirkan ujian di cabul oleh seorang lelaki dewasa sudah berkeluarga. lelaki itu juga kenalan keluarga kanak2. DEmi menjaga maruah keluarga kanak2 itu tak sanggup menceritakan pada keluarganya . Namun sejak itu dua personaliti muncul dalam jiwa anak itu dendam dan pejuang…..
Kini kanak itu sudah dewasa dan mempunyai anak .. Jiwa Islamik menjadi pegangan hidupnya. Suaminya tidak berpendapatan tetap dan selepas berkahwin baru diketahui ber’penyakit’ ..Demi menjaga maruah dan perkahwinan, wanita itu redha sudah ditakdirkan..Namun….mereka tidak sefahaman dan suami tidak menghargainya….membiarkan wanita itu…keliru..sepi….
Secara semulajadi jiwa dendam dan pejuang semasa peristiwa berusia 5 tahun kembali bertambah kuat ..bertenaga…memberi inspirasi positif InsyaAllah ….
Kini.. wanita itu bercita2 BEBAS dari diperlekeh oleh pasangan yang tidak memahami, tidak menghargai ….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Wanita itu kini cipta dunianya sendiri
shurganya sendiri
Dunia di’luar’ ternyata tidak menjaminkan…
Kini wanita itu sedar Itulah KEKUATANnya!
Inilah hikmah perkahwinan dalam hidupnya…..
Wanita itu juga sedar ia tidak keseorangan….
Malah ada insan yang lebih…
Hanya Allah maha adil maha kaya
Nabi Muhamad saw sebagai contoh tauladan
Kini wanita itu mampu berdikari
Allah Hu Akbar!
Terima kasih atas cerita awak ni mudah. Hopefully wanita itu would become stonger ang stronger! Saya doakan begitu, Amin.
Assalamualaikum kakeru,
Saya teringat kan keliru Kakeru apa2 pun awak ada response la. tima kacih. sukanya saya…
usia 0 -10 tak tahu apa2 putih bersih,………….
Salam buat awak juga mudah. Tu kisah awak ke..?