Rahsia Buat Duit Dengan Ebay

Buku hasil tulisan Azahar Abdul Rahman ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin
Ulasan Saya
Buku ini memang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang ingin memulakan perniagaan dengan modal yang agak kecil. Secara keseluruhannya, buku ini adalah sebuah buku panduan yang mencakupi segala pengetahuan yang diperlukan oleh seorang peniaga di Ebay. Penulis sendiri merupakan salah seorang peniaga yang berjaya di Ebay yang telah mempunyai beberapa tahun pengalaman berkecimpung di dalam dunia ini. Kelahiran buku seperti ini amatlah saya alu-alukan. Sebelum ini saya memang buta pengetahuan mengenai Ebay, sekarang baru saya agak memahami segala konsep yang berkaitan dengan dunia perniagaan di Ebay. Saya pun ada sedikit barang-barang yang ingin dilelong, jadi inilah langkah yang terbaik bagi saya untuk menjualnya kepada sesiapa yang berminat. Itu lebih baik bukan? Sekurang-kurangnya saya dapat memperolehi sedikit wang hasil daripada penjualan barang-barang tersebut, menarik
waaa..kakeru nak jual barang pe tu…
Mula2 tak terfikir nak jual apepun. Tp fikir balik, ade brg yg saya belum guna dan masih di dalam keadaan baik. Apa bendanya ya, Beduz..? Hmm…ada 3 jenis brg yg dapat memberi keselesaan di dalam rumah. Kenapa saya tidak pernah menggunakannya agaknya? Ya, kerana saya rasa tertipu oleh si penjual sebenarnya…huhu… Sakit hati rasanya, tapi apa boleh buat. Then, disebabkan taknak menambah rasa sakit hati, saya pun tidak mahu menggunakannya. Jika ada sesiapa yg berminat utk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya terus ya. Saya pasti akan memberi sedikit diskaun sebagai tanda terima kasih buat anda! Andalah org yg dapat menghilangkan rasa sakit hati saya tu!