Read & Review "Sehari Selembar Ilmu"

Rahsia Minda Jutawan

03.06.2008 · Posted in Book Review

Buku ini telah ditulis oleh Amar Mahmood, merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang kuasa minda serta bertindak sebagai jurulatih di syarikat beliau sendiri, Mind Empowerment Centre, Melaka. Menariknya, buku ini menerangkan ciri-ciri personaliti, motivasi, kepercayaan, matlamat dan cara berfikir para jutawan. Kebiasaannya pola pemikiran minda jutawan adalah lebih kurang sama, mereka bukan sahaja terlatih dalam bidang kewangan, malah dalam bidang memotivasikan diri serta berfikiran positif dalam mencapai cita-cita. Mereka sebenarnya adalah orang biasa yang berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa turut menggunakan kaedah minda separa sedar dengan cara yang lebih efektif untuk sentiasa berjaya.

Ulasan Saya

Kehadiran buku ini memang telah lama saya nantikan, ia seolah-olah menyuntik semangat saya untuk terus berjaya. Buku ini mengingatkan kita bahawa kita tidak perlu sesuatu yang sempurna untuk menjadi jutawan seperti kata-kata Chef Li. Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu disebabkan oleh beberapa perkara: tiada modal, tiada pengalaman dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya, dengan hanya menggerakkan minda kita, sedikit demi sedikit segala masalah dapat diatasi dengan mudah. Ya, bukan senang untuk untuk senang dan bukan susah untuk susah. Apa kata jika kita gerakkan gergasi yang sedang tidur itu? (sila rujuk buku Anthony Robbins: Awaken the Giant Within). Pada mulanya mungkin agak payah untuk kita melakukannya, tapi kita kena ingat bahawa tiada kejayaan tanpa usaha. Usahalah yang membezakan kita dengan orang lain, apa guna ilmu bertimbun tetapi tidak diamalkan? Membazir pula nanti. Benar, mulakan untuk membuat sesuatu yang mengubah hidup kita merupakan satu perkara yang gagal dilakukan oleh ramai orang. Jika anda sudah nampak jalan, jangan tunggu sehingga esok. 1, 2, 3, MULA!!!

Jalan kekayaan pasti terbuka luas buat anda, semoga berjaya!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 Responses to “Rahsia Minda Jutawan”

  1. Kekayaan tu ada banyak maknanya….
    Kalau dapat RM 1000 pun dah kaya gak kan??Malah kalau RM 1 juta lagi la kaya..Kaya itu terpulang kepada definisi masing-masing…Janji ada usaha bukan?? :)

  2. Thanks dengan review buku ini.
    Buku adalah Ilmu. Membawa buku semacam kita mengali ilmu milik Allah. Bawa buku di mana2, ibarat anda membawa penyuluh cahaya menyusuri perjalanan kehidupan anda.

    Tahniah untuk Anda Kakeru. (unik nama ini)

  3. Ya, Daus.
    Susah sebenarnya nak definisikan maksud kekayaan yg sepatutnya kan? Kaya tu subjektif, depends kpd individu yg menilai. Bg org yang memang dah senang, kaya tu berlainan dengan maksud kekayaan kepada org yg susah. Usaha ke arah kekayaan yg lebih penting.

    Wah…kagumnya saya… Tak sangka penulis buku ini sendiri yang datang ke blog saya yang tak seberapa ni… Betul kata awak, Amar. Buku itu ilmu, maka beruntunglah bagi orang yang menggali ilmu dan mempraktikkannya. Jika kita punya wang, kita yg perlu menjaganya. Berbeza dengan pemilik ilmu, ilmu yg akan menjaganya.

    Syabas buat Amar kerana berjaya melahirkan buku yang hebat sebegini. Saya sentiasa menunggu kelahiran karya hebat dari awak lagi. Semoga sukses selalu!

    p/s: kakeru ni nickname saya, diambil dari satu watak anime yg saya minat suatu ketika dulu. Kakeru means pandai menulis/ melukis (dalam bahasa Jepun).

Leave a Reply