Written by kakeru on May 20, 2008 – 8:00 pm

Buku ini telah ditulis oleh Zuraimi Ismail, kolumnis tetap Majalah Anis. Karya ini mengisahkan kisah sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. sejak baginda masih kecil lagi. Perjalanan kisah hidup baginda ini dikisahkan dalam bentuk novel dengan
Kisah ini menceritakan kehidupan awal baginda, lahir sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang tidak menyusahkan setiap insan di sekelilingnya. Sejak kecil lagi, baginda tidak bersikap kebudak-budakan. Tidak suka menangis atau menjerit, tidak suka mengotorkan pakaian malah tidak pula menyusahkan datuknya untuk melakukan sesuatu perkara.
Sikap baginda yang tidak suka menyusahkan sesiapa sememangnya memikat hati insan-insan di sekeliling baginda. Sebenarnya, kehadiran baginda sering mengundang pelbagai keanehan sejak kecil lagi.
Pada hari kelahiran baginda sahaja, terpadam api sembahan orang Majusi yang tidak pernah padam sejak sekian lama. Malah kejadian tentera Abrahah yang ingin menyerang Mekah tetapi telah dipatahkan oleh serangan burung Ababil yang membawa batuan kecil yang panas juga turut berlaku 50 hari sebelum kelahiran baginda.
Apatah lagi sikap pemurah Abu Lahab yang memerdekakan hambanya semasa kelahiran baginda turut meninggalkan rasa syukur yang mendalam di hati hambanya, Suwaibah. Kehadiran baginda seperti mengundang seribu satu rahmat buat sekalian alam.
Perjalanan hidup baginda yang penuh onak dan duri sedari kecil menjadi asas yang mengajar baginda erti kehidupan. Bermula dengan kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah amatlah menyukarkan. Tambah memilukan lagi setelah kehilangan kasih seorang ibu semasa baginda berumur 6 tahun.
Namun, kehadiran kasih seorang datuk yang bernama Abdul Mutalib berjaya mengubat lara di hati baginda. Kehidupan baginda ditatang bagai minyak yang penuh setiap hari oleh pemimpin Kota Mekah yang memang terkenal ketika itu.
Baginda juga sering menghadiri perjumpaan bersama ketua-ketua kaum dan pembesar Kota Mekah sendiri bersama-sama datuknya. Kehidupan sebegini benar-benar mematangkan baginda sebelum usianya.
Bukan setakat hanya menjadi pemerhati di dalam setiap perjumpaan, malah baginda juga sering memberi pelbagai pendapat bernas dalam setiap siri perjumpaan yang diadakan di
Disebabkan sifat jujur yang turut menyerlahkan bakat kepimpinan baginda, baginda lebih dikenali dengan panggilan Al-Amin oleh penduduk Mekah sendiri.
Sifat jujur baginda juga berjaya membuatkan Siti Khadijah, seorang saudagar Mekah memberikan sepenuh kepercayaan kepada baginda untuk memimpin perniagaan beliau sehingga ke Syam pada usia yang masih muda.
Berkat kepimpinan baginda yang amanah juga telah melayakkan perniagaan tersebut meraih keuntungan yang berlipat-kali ganda banyaknya.
Ulasan Saya
Karya ini sememangnya sebuah karya yang sangat baik untuk kita hayati bersama-sama. Detik-detik gemilang Rasulullah s.a.w. sejak kecil lagi memang seharusnya dicontohi oleh kita semua.
Saya amat menghayati jalan cerita dalam buku ini. Ketika saya membaca dan menghayati watak Raulullah s.a.w. ini, barulah saya merasakan kenapa kita mesti merindui Rasulullah s.a.w. Barulah dapat saya rasakan, bagaimana saya dapat merasakan kasih seikhlasnnya buat baginda.
Sehingga kini, hati saya ingin menyatakan…”Alangkah baiknya andai saya dapat bertemu baginda, pasti bertambah lagi kasih buatmu, ya Rasulullah s.a.w….”




































Saya akan beli buku ni! Mesti!
Wan wma,
Buku ni memang bagus. Belilah satu, pastikan yang original, hehe..
boleh tahu berapa harga buku ni kakeru ? Bakkah tu maksud dier mekah ke ?
assalamualaikum…
Waahh…baru terjumpa blog ni…best best
Salam perkenalan dari saya.
Nama saya syukri.
Saya juga salah seorang ‘kaki buku’.
Genre buku yang diminati ialah non-fiction (agama, motivasi, ’self-help’ etc)
Novel saya tak minat.
Buku paling bagus pernah saya baca ialah “How to win friends & Influence People” tulisan Dale Carnegie.
Semua buku tulisan Dale Carnegie ni memang bagus.
Kepada sesiapa yang belum pernah baca buku tulisan dia, boleh try baca.
Sekarang saya tengah baca buku tulisan Dr NurAtikah Ayuni bertajuk “Betul ke ayang ni? Apa yang wanita ingin lelaki tahu ”
Haaa buku ni pun mantap.
Saya dapati 90% apa yang dituliskannya memang betul2 kena pada saya. hihi
pasal buku MUHAMMAD SAW…Putera Lembah Bakkah ni…
saya belum memilikinya.
insyaAllah, akan membelinya dalam masa terdekat.
terim kasih banyak atas ulasan yang diberikan tentang buku ini.
sekian dulu komen pertama saya.
Salam buat Anwar & PakarHowTo,
Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog ini. Mudah-mudahan readercircle bertambah meriah lagi dengan kehadiran awak berdua
Anwar,
Maaf ya, saya terkurang info mengenai harga, penulis dll yg sewaktu dengannya untuk setiap buku yang saya ulas. Insya-Allah saya akan update selepas ini. Maaf sekali lagi
Harga buku ini hanya RM15.90 sahaja (Semenanjung), cuma tambah RM2 untuk harga di Sabah dan Sarawak. Ya, betul kata awak. Bakkah tu nama asal Mekah sebenarnya.
PakarHowTo,
Thanx di atas kunjungan awak juga
Dale Carnegie memang seorang penulis yang hebat, tapi saya masih belum memilikinya lagi, hehe… Sekarang sedang asyik membaca buku pembangunan minda. kalau pernah membaca buku tulisan Tony Buzan, itulah pakar minda yang saya kagumi!
Beliau suka menulis tentang kehebatan minda manusia dan cara-cara untuk menggunakan minda semaksima mungkin. Dia juga pelopor mind-mapping yang sering kita guna sekarang. Memang hebat! Kena tabik sengkuang la kat Tony Buzan ni…marvellous!!
kakeru.. he he.. kat mph online xde buku ni? try la usya2.. kot ada link kat sana.. boleh lepas ni setiap buku kakeru sertakan link utk pembaca beli.. =) kalo kakeru dapat komisyen, lagi best.. he he
http://www.mph.com.my/welcome/welcome.cfm
Mohd Ismail,
Hmm..macam best cadangan awak tu. Akan saya usahakan, tadi baru je usya2 kat link tu, tapi takde la perkataa affiliate ke, ape ke… Tapi kalau saya hantarkan sendiri camne agaknye? Best x? Sekadar bertanyakan pendapat..hehe…
salam perjuangan…
terima kasih atas bedah buku yang dilakukan…insya allah ana akan cari buku tersebut…
Semestinya buku yg perlu dimiliki bagi setiap insan yg mahu tambah mengenal Baginda. Moga kan kental Iman di dada, kan mantap kasih padanya jua. Paling utama, bertambah utuhlah cinta kepadaNYA, tujuan utama….
Ambil ibrah dari tulisannya, beroleh ilmu tentang Baginda. =)
Badrul,
Salam perjuangan kembali! Percayalah, buku ini memang tidak menghampakan awak. Selamat membaca!
Wnawh,
Semoga kita sama2 dapat mengambil pengajaran dan mencontohi akhlaq Baginda. Selawat dan salam ke atas Baginda kembali…