Saya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya

Buku ini ditulis oleh Aa Gym, seseorang yang terkenal sebagai ikon penting dalam semangat perubahan
Ulasan Saya
Saya tertarik dengan ulasan dalam buku tersebut. Anda boleh nilaikan sendiri contoh di bawah:
Karakter Baik (contoh: jujur) + Karakter Kuat (contoh: rajin)
= Orang yang jujur dan rajin
Bagaimana jika begini?
Karakter Baik (contoh: jujur) + Karakter Lemah (contoh: malas)
= Orang yang jujur tapi malas
Kalau begini?
Karakter Buruk (contoh: pemarah) + Karakter Kuat (contoh: rajin)
= Orang yang pemarah tapi rajin
Jika begini pula?
Karakter Buruk (contoh: pemarah) + Karakter Lemah (contoh: malas)
= Orang yang pemarah dan malas
Jika dibandingkan dengan diri sendiri, yang mana satukah contoh yang bersesuaian dengan diri anda? Jika Baik + Kuat = HEBAT, Alhamdulillah… Jika yang lain bagaimana agaknya? Kesimpulannya, muhasabahlah diri selalu di tahap mana kita berada dan di tahap mana pula kita mesti/sepatutnya berada. Ya, tiada jalan pantas untuk mencapai kekayaan. Pelik sekiranya seorang pemalas turut bercita-cita untuk menjadi kaya, tanpa usaha tiadalah hasilnya. Apa yang penting kita gigih dan berusaha untuk mendapatkannya di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri. Semoga Berjaya!
Tiada siapa yang tidak mahu kaya…Tetapi kaya sekadar dengan wang bukanlah segalanya..Kebhagian adalah segalanya
Betul kata awak dauz. Cuma kadang2 kita tidak perasaan dengan apa yang kita buat, saya juga begitu dahulu. Jadi kena selalu muhasabah diri, duit hanya suatu alat dan keperluan sahaja, tidak lebih dari itu…