Secret of the Millionaire Mind

The image “http://www.ebooknetworking.com/books/006/076/big0060763280.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Buku ini ditulis oleh T.Harv Eker, seorang multi-milionaire yang berasal dari dunia Barat. Saya tertarik dengan buku ini bukan kerana penulisnya namun disebabkan oleh penulisan beliau yang agak unik di dalam buku ini.

Beliau telah mengetengahkan beberapa konsep yang berlainan mengenai beberapa perbezaan pemikiran antara golongan kaya dengan golongan miskin. Tambahan pula ia sedikit sebanyak menceritakan kisah pengalaman beliau sendiri suatu ketika dahulu sebeum bergelar seorang jutawan.

Sewaktu bermula, T.Harv Eker merupakan seorang yang kuat bekerja demi mencapai impian untuk menjadi seorang jutawan. Namun, disebabkan oleh beberapa sebab yang beliau sendiri tidak mengetahuinya, beliau sering tergelincir daripada memiliki impian beliau.

Sehinggalah suatu ketika beliau ditegur oleh salah seorang kenalan ayah beliau mengenai hal tersebut. Beliau telah didedahkan kepada beberapa perkara yang menjadi punca beliau sering terjatuh sewaktu bermula buat beberapa ketika.

Rahsia tersebut telah menjadi rahsia kekayaan beliau sehingga beliau mencapai impiannya. Sehingga kini, beliau turut berkongsi rahsia tersebut dengan semua anak murid beliau yang menghadiri seminar yang telah dianjurkan oleh beliau sendiri.

Ulasan Saya

Hasil daripada pembacaan, penelitian dan kefahaman saya sendiri, teori dan sedikit latihan praktikal yang disarankan oleh beliau ada kaitan dengan Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Law of Attraction (LOA).

Konsep utama yang diketengahkan adalah bertujuan untuk membuang segala tanggapan negatif yang telah menjadi sumber kepercayaan kita sejak sekian lama. Kemudian, beberapa data baru perlu ditanamkan ke dalam minda kita bertujuan untuk memprogramkan kembali minda kita dengan sumber-sumber positif.

Sumber positif inilah yang bakal menggerakkan minda separa sedar kita untuk terus fokus mencapai target kita selama ini. Pemikiran positif ini juga dapat membantu kita menarik segala perkara positif yang bakal membantu kita mencapai tahap kebebasan kewangan suatu masa nanti.

Pendapat saya, tiada ruginya untuk anda mendalami sesuatu daripada buku ini. Anda pasti akan menerima pelbagai ilmu baru di samping dapat mempraktikkan sesuatu untuk mencapai impian anda.

Salam Jutawan Buat Anda!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

10 comments

  1. Mohd Ruzaini

    salam, saya pun ada beli buku ni via amazon.
    bagus dari segi teori. and teori ini mungkin berguna untuk orang yang mempunyai displin diri dalam kewangan. by the way, banyakkan pembacaan mengenai pengurusan kewangan, dan cuba sesuaikan method yang dipelajari dengan diri anda sendiri. and jangan lupa menderma and bayar zakat. :)

  2. kakeru

    Salam kembali Zaini,
    Thanks for you comment. Betul gak tu, kena sesuaikan dgn diri sendiri gak. Thanks kerana mengingatkan ;)

  3. razak

    i like it.minda separa nih memang dpt mengerakkan kita tp selalunya kt dpt untuk keburukan aje..hehee.whatever this book is the best..dah baca nih..

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>