Banner
Sibuk ataupun Penyibuk?
This is my site Written by kakeru on February 15, 2009 – 2:28 am

Sinopsis

Anda sibuk sekarang? Jadi, andalah orang yang sepatutnya memiliki buku ini! Ya, kelihatan susah bukan? Tambahan pula jika anda memang sangat sibuk dalam mengurus diri dan kehidupan harian anda. Tapi tak salah sekiranya anda memiliki buku yang sedikit sebanyak bakal mengurangkan kesibukan diri anda nanti.

Biar saya memperkenalkan buku ini kepada anda. Buku ini sebenarnya berkaitan dengan masalah pengurusan masa yang seringkali dialami oleh kebanyakan orang termasuklah saya sendiri. Apa yang saya dapati, buku ini lebih merujuk kepada penggunaan masa yang sepatutnya kita gunakan sebaiknya.

 

Dalam erti kata lain, idea dalam buku ini sebenarnya mahukan kita lebih FOKUS terhadap apa yang perlu kita lakukan sekarang. Jadi, ia bagus sekiranya anda terlalu banyak menggunakan masa anda untuk melakukan beberapa perkara yang sebenarnya tidak perlu ada dalam diari hidup anda.

 

Idea di sini ialah: Utamakan benda yang paling utama dalam urusan seharian anda. Jangan pula membebankan diri anda dengan perkara yang sememangnya tidak perlu dan menyusahkan diri anda sendiri di kemudian hari.

 

Ulasan Saya

 

Kadang-kala kita sering memenuhi ruang waktu yang ada untuk melakukan beberapa perkara yang remeh-temeh. Pernahkah anda perasan perkara sebegini berlaku dalam hidup anda? Sebagai contoh, antara aktiviti bergayut di telefon terlalu lama dengan berjoging di taman setiap petang. Mana satukah daripada aktiviti ini yang lebih berbaloi buat anda?

 

Selalunya aktiviti bergayut di telefonlah yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang. Sebab apa? Jawapannya mudah, untuk relaks sambil sengaja mengisi ruang di waktu lapang. Tahukah anda sebenarnya aktiviti seperti inilah yang sering mencuri masa anda dan merugikan anda? Apa faedah yang bakal anda dapat selain bergosip panas dan menambah bil telefon setiap bulan?

 

Apa pula bezanya jika anda menggantikan aktiviti tersebut dengan berjogging di taman? Apa hasil yang bakal anda dapat? Atau pun jika anda menggantikannya dengan menyelesaikan agenda tesis anda yang hampir terbengkalai selama sebulan? Adakah aktiviti ini lebih bermakna? Apa pula impak aktiviti sebegini dalam hidup anda?

 

Ya. Sebenarnya jika kita memberi lebih tumpuan kepada benda remeh-temeh tersebut, selama-lamanya kita akan sentiasa sibuk. Sibuk kepada benda yang tidak perlu malah tidak penting pun dalam urusan seharian kita.

 

Oleh itu, kita seharusnya lebih mengutamakan aktiviti-aktiviti penting yang sepatutnya kita lakukan bagi memenuhi masa kita yang terlalu terhad. Hidup kita cuma ada 24 jam sahaja dalam sehari. Maka, tak perlulah anda menghabiskan masa yang sesingkat itu untuk aktiviti yang tidak berfaedah yang bakal menambahkan beban dalam diri anda nanti.

 

p/s: Buku ini memberikan saya idea untuk lebih FOKUS terhadap perkara yang utama bagi diri sendiri. Ya, hidup saya terlalu singkat untuk dibazirkan begitu sahaja…!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

22 Responses »

  1. Terima kasih atas kesudian membuat review buku ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dalam memberikan manfaat kepada semua. Salam sukses daripada saya!

    p/s: Nantikan buku Kuasa Sukses pada Pesta Buku AKL 09 nanti! :)

  2. Salam En. Fadzli Yusof,

    Thanks for ur comment! Jumpa di Pesta Buku AKL 09 nanti :)

  3. nak jadi tukang sibuk jugak laa.. nak buat buat sibuk laa…

  4. Nak buat2 sibuk ke abdfatah..? Kalau sibuk yang membawa kejayaan, itu bagus! Teruskan usaha anda ya ;)

  5. nice review! i need this kind of self-help book. huhu, asyik sibuk. tp taktau plak sibuk amenda lah~ thanks for sharing!

  6. selama ni saya jumpa blog yg kebanyakan review ebook. so, terima kasih beribu lemon kerana blog ni menjadi sumber nak tau review buku-buku terbaru di pasaran..

  7. Salam bubblewrap,
    Terima kasih. Yup, buku ini membantu kita memikirkan dan mengurus masa dengan lebih baik. Try baca, mesti seronok!

    Salam abgzol,
    Thanks for your comment. Blog ni menjadi tempat saya mengulas buku-buku yang telah saya baca. Harap segala isi blog ini dapat membantu abgzol untuk memilih buku-buku yang bagus untuk dimiliki ;)

  8. Bagus la blog nie… review buku… tahniah buat anda…

  9. Hi imabiz,
    Thanks utk awak juga. Sudi gak melawat sini ;)

  10. Assalamualaikum untuk ir.kakeru.. seronok buka website ni. actually baru jumpa dan saya belajar macam2. saya juga booklovers macam ir.kakeru juga. insya Allah to be ‘reseacher’ mungkin mcm ir.kakeru juga…Doakan ya.. sedang melangkah kearah itu..bagi saya buku n lukisan merupakan teman saya dikala senang dan susah..minta izin ambil link website ini ya.

  11. Salam Aura_Besi,
    Thanks datang melawat blog ni. Harap blog ni dapat memberi maklumat yg berguna buat tetamu macam awak. Buku dan lukisan teman awak masa susah dan senang? Sama la kita..hoho…

    Anyway, selamat membaca!
    p/s: Ambil je link blog ni dan sebarkan jika awak rasa berguna. TQ ;)

  12. terima kasih kakeru! tapi saya perlu mengucapkan selamat tinggal dahulu… jika dipnjangkan umur, dmurahkan rezki, jumpa lg ye.. aslmkum..~

  13. Memang blog yang baik kakeru. Congrats. Jika tak keberatan saya nak link xchange ngan kakeru. Untuk manfaat bersama. :)

  14. Salam Motivasi Kerja,
    Terima kasih kerana melawat blog ini. Klu nak exchange link pun saya tak kisah, janji ia bermanfaat utk semua. TQ ;)

  15. buku tuh ada jual lagi ker?? ?huhu

  16. Salam Zikr,
    Biasa buku2 keluaran PTS ni senang je nak cari.
    Try pi MPH, Insya-Allah ada la tu. ;)

  17. lah ingatkan jual dari blog nie… huhu..nak mencari dekat mph… huh malasnya

  18. Pertama kali saya melawat dan mengomen di blog ini.hoho..Ulasan yang cukup menarik perhatian saya. Sebetulnya, saya juga minat membaca buku terutama buku pembangunan diri, motivasi dan kewangan.

  19. Salam Zikr,
    Harap sihat. Oh, saya tak menjual buku ini secara online lagi, mungkin selepas ini. Tapi, klu awak nak beli juga, try klik banner ads yang ada dekat side bar blog ini. Ada perkataan jom beli buku di atasnya, senang buku nak sampai terus ke rumah awak nanti ;)

    Salam Khairole,
    Terima kasih kerana sudi melawat ke blog yg tak seberapa ini. Saya pun mempunyai minat yg sama macam awak tau! ;)

  20. Aku hari2x menghadap laptop,
    Sampai tak basuh baju. tudia bertimbun2x dah… hehehe
    Mungkin kena urus diri pasni.. Nak kata buzy tak juga.
    Hehehe :D

  21. Blog ni x de team ke? Kalau boleh buat team, cepat sket berkembang blog ni. Bukan senang nak review buku2 ni. Nak review satu buku, kena abiskan 3-4 jam utk habiskan buku tu dulu. Kalau ada team senang sket. :)

  22. salam..
    tak sangka jumpa website ni, peminat buku juga ya..sama la..
    salam kenal

Leave a Reply