Teknik Melukis Kartun & Komik


Buku ini telah dihasilkan oleh dua orang kartunis yang cukup berpengalaman dan telah berkecimpung dalam bidang ini iaitu Umbut dan Junuh. Terdapat pelbagai teknik boleh dipelajari oleh anda jika anda memang seorang yang amat berminat untuk menjadi seorang kartunis.

 

Buku ini telah memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai dunia kartun dan komik sehinggalah kepada pengenalan dalam selok-belok dunia ini dalam melakar diri menjadi seorang pelukis komik. Jika anda seorang yang berbakat dalam melukis kartun, apa salahnya jika mengambil buku ini sebagai salah satu buku panduan untuk berjaya.

 

Tentu lebih luas pandangan anda bila anda dapat mengutip pelbagai panduan dan teknik di dalam buku ini di samping mencanai idea yang lebih hebat. Apa kata jika anda dapatkannya hari ini? Semoga buku ini benar-benar membantu!

 

Ulasan Saya

 

Saya memang seronok dapat mempelajari cara-cara melukis kartun dengan lebih baik di sini. Wah, rupa-rupanya orang lidi pun dapat menjadi kartun! Sebenarnya, saya memang suka melukis kartun sejak di bangku sekolah lagi.

 

Mula-mula dengan meniru dan menekap kartun Doraemon yang menjadi kegilaan ramai pada masa itu, lama-lama ia telah sebati dengan saya. Ya, saya juga bukan seorang yang gifted seperti orang lain, bakat itu timbul melalui minat yang mendalam. Jadi, apabila membaca dan mempraktikkan teknik-teknik dalam buku ini, lukisan kartun saya menjadi bertambah baik (pada pendapat saya sahaja..hehe..).

 

Suatu hari nanti saya akan paparkan lukisan kartun saya di sini hasil daripada teknik-teknik yang telah diajarkan oleh Umbut dan junuh di dalam buku ini. Buat masa ini, saya masih tidak berkesempatan untuk melakukannya, sabar dulu ya!

p/s: Sila klik di sini dan rujuk di bahagian kategori komik untuk mendapatkan buku tersebut. Terima kasih.

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

39 comments

  1. Pingback: Read & Review » Blog Archive » Lukis Kartun
  2. kakeru

    Abd Fatah, awak ni minat melukis ke? Wah, bagusnya! Samalah dengan saya, bolehlah kita berkongsi kartun nanti ya!

  3. Qila

    Sy memg mint dgn seni lksn,tp sy krg ykin dgn kbolehan sy,kekwn xbri support lgsg,mskpun sy bdk kels sains tp sy minat,ini dia cre sy nk tnjolkn bkat.dr mane nk dpt bk ni,sush sy da crk merata….

  4. kakeru

    Salam Qila,

    Ok la tu, awak dah ade bakat utk melukis kan? Saya pun pelajar aliran sains juga dahulu, saya tetap suka melukis. Lukis apa ye…macam2… Tapi selalunya kartun2 yang ala2 kartun Jepun gitu, macam Detektif Conan pun ade…hehe

    Buku ini boleh didaati di kedai buku MPH, senang cari kat situ. buku2 PTS memang banyak dijual di sana. Teruskan usaha anda, jangan pendam bakat ug ada ya :)

  5. samdaddycool

    wah … masing2 suka melukis… saya sepatutnya kena keje melukis (pelan rumah!!!)… tapi lukis katun plak, memang tak pernah siap utk siri 4 muka surat.. semua simpan dalam fail… (malas nak sambung… :P )

  6. wantz

    umm..melukis mmg enjoyful…
    even my drawing not really good,tp ble tgk hasil rase puas ati…
    teringin nak buat komik n published kat mana2 mjalah,tp rase mmg cam xlayak jer…huhu…

  7. kakeru

    Betul kata Wantz nih, melukis mmg enjoy…lepas tension sikit kan?
    Haha..drawing saya pun biasa jer, langsung tak pernah kuar paper ke mana pun. Syok sendiri je la saya nih..hoho…

  8. huhuhu.....

    cam bgos je buku ni…nak gak lor try buy for my boyfriend yg pndai drawing n mmg mnat drawing…hehehehe…..:)

  9. kakeru

    Buku ni memang bagus bagi orang yang minat dan pandai melukis. Awak mesti puas hati kalau dapat satu, nak bagi orang pun ok gak :)

  10. razak

    i memang suka melukis ni,bakat ada tp tak diasahnya.dah berusia nih lg la keras tangan.kecik2 dulu pandai lak..harap dapat turunkan minat kt anak ler…

  11. kakeru

    Salam Razak,
    Buku ni antara koleksi yang saya ada. At least, dapat menambahkan lagi minat kita utk terus melukis. Best!! ;)

  12. Deito Takazumi

    sy juga sgt berminat dlm melukis komik.. tp lebih kpd manga lah.. skrg sy dah hasilkan 5 page utk komik sy sendiri… masih dlm proses penyambungan… sehari sy kena melukis 1 page komik dan edit terus guna adobe photoshop.. then tpaksa bahagi masa utk sekolah pulak..

    • chinhonam

      aku ni mmg mnt sgt dgn lukisan ni,,tapi tu lah msalahnye,thu care2 nk mulekn cmne kn..cita2 aku ni mmg n jadi plukis trkenal..tapi xthu carenye,adu..malunye…hhehehehe~~~~

      • kakeru

        Chinhonam, awak try lukis benda-benda asas dulu sebelum menjadi lukisan sebenar. Sebagai contoh,lukis orang lidi dulu ke, then try lakar membentuk satu karakter. Hari2 buat, mesti ada improvement dalam lukisan awak nanti. Selamat mencuba!

  13. Kaitou_Shinichi

    saya pun suka lukis.saya baru 11 tahun.pernah jugak saya menang pertandingan melukis dulu.tapi sekarang saya lagi minat lukis komik dari lukis biasa2. nanti saya akan terbitkan komik.Insya’allah.hope korang beli komik tu kalau saya ada harapan.doakan saya . :)

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>