Tunggu Teduh Dulu

Judul : Tunggu Teduh Dulu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Penerbitan Selain
Genre : Novel dewasa
Mukasurat : 678 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Harga : RM49.90
Penulis buku ini ialah Faisal Tehrani. Sama seperti karya-karya beliau sebelumnya, karya ini sarat dengan ilmu untuk dihadam. Banyak benda yang telah dirungkaikan melalui aspek ketauhidan.
Kisahnya ialah mengenai kehidupan seorang usahawan tani yang sangat tabah, Salsabila Fahim. Menjaga dan membina sebuah lading betik di atas tanah peninggalan arwah ayahnya memang memenatkan.
Namun, keterikatan ukhuwwah antaranya dengan Teh Sofia memungkinkan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak disangka pula, ladang betik yang diusahakan itu bakal menemukannya kembali dengan dua orang rakan lama, Kamil dan Saifullah (Lam Ping Hai).
Kamil, selaku seorang pegawai pertanian selaku penasihat merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memastikan agar Teduh Dulu dapat memberikan hasil betik yang lumayan malah memuaskan.
Saifullah pula orang kanan dari sebuah syarikat farmaseutikal luar Negara, bertanggungjawab untuk mencari syarikat yang dapat membekalkan betik yang dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit.
Kehadiran dua orang rakan lama ini memang menggembirakan, namun ia tidak sedemikian pada pandangan Kamil. Saifullah hanya akan menjadi pencabarnya dalam memikat hati Salsabila.
Mulai hari itu, nyanyian “Dalam Kenangan” seperti sudah tiada makna lagi buat Kamil. Dua sahabat yang bertemu hanya untuk menibulkan salah faham dan kekecohan yang tidak bermanfaat, kelihatan seperti seteru yang tidak berpenghujung.
Salsabila pasrah, munajatnya hanya kepada Allah. Allah Maha Tahu atas segalanya. Seperti kata Teh Sofia, kerja Tuhan siapa tahu?
Segalanya terungkai selepas Dia memberikan jawapan istimewa buat Salsabila,. Bertemu jodoh dengan Sazli, pemuda yang pernah bekerja di ladang betik yang pernah menawarkan impian bukanlah sesuatu yang terduga.
Memang, itulah kerja Tuhan. Meletakkan tempat yang betul dan sebaiknya, siapalah kita untuk merencanakan taqdir?
Ulasan Saya
Hasil tulisan yang bagus dan bermanfaat untuk dibaca. Salsabila Fahim merupakan satu contoh teladan yang baik, muslimah yang berani dan tidak mudah mengalah dengan cabaran yang mendatang.
Watak muslimah ini berjaya ditampilkan dalam keadaan yang berbeza daripada novel-novel biasa yang merata. Munculnya watak muslimah yang begitu menjaga tingkah memang mengkagumkan.
Bagi saya, Salsabila Fahim bukanlah orang yang tidak tahu membuat keputusan. Dia merupakan wanita cekal dan tabah, sentiasa berfikir dengan matang dalam setiap keputusan yang dibuat.
Malah munajat setiap hari dalam mengambil kira keputusan yang terbaik menunjukkan hal kebergantungannya kepada Allah yang amat rapat. Insan yang sangat menitikberatkan pandangan Allah dari pandangan manusia memang sangat tinggi nilaiannya.
Sememangnya buku ini banyak memberi kupasan mengenai Islam sebagai cara hidup yang sempurna dan terbaik. Aspek ketauhidan yang menjadi akar umbi dalam setiap perancangan Salsabila dan Teh
Aspek kefahaman dalam memepercayai kehidupan yang punyai Tuhan akan dapat menjadikan manusia itu seorang pemikir yang tajam. Malah mampu memupuk semangat untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dijadikan manfaat buat semua umat.
Bukankah hidup ini suatu perteduhan sementara? Sememangnya ia takkan kekal selama-lamanya. Oleh itu, belajarlah erti hidup sebaik-baiknya, mudah-mudahan ada bekalan untuk kita bawa ke
p/s: Novel yang begitu mendewasakan, mudah-mudahan kita akan tahu kenapa perlu berteduh dahulu…
assalamualikum,
sempat jugak u baca novel yer. Macamana u ejas masa ha? apa pun good review
waaa…macam best jer buku ni…
insyaAllah akan mendapatkan buku ini dalam masa terdekat.
saya memang telah lama meminati semua hasil tulisan Faisal Tehrani ni…
Salam buat Zaidi dan PakarHowTo,
Zaidi,
Saya baca buku masa tunggu bas semasa hendak pergi kerja. Jadi, taklah terasa lamanya menunggu bas…Mudah kan?
PakarHowTo,
Owh, saya pun peminat buku karya Faisal Tehrani juga. Belilah buku ni satu, memang berbaloi
seronoknya ada masa baca buku…saya terpaksa tidur lewat malam kalau nak baca buku…
Salam Wanwma,
Itu sahaja masa yg saya ada Wan, sambil tunggu bas dan masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Malam dah asyik berdepan dengan laptop je, memang tak sempat.
waah bestnye baca novel tapi bz sangat la x sempat sekarang nak baca2 novel ni….teringin nak baca novel ramlee awang mursyeed,aisyah sofea
http://usahawankekal.wordpress.com
Hi Nizam! Cuba awak curi2 sikit masa awak nanti, saya rasa at least kalau sempat baca satu muka surat sehari pun dah ok. Saya pun sempat baca buku dalam bas, waktu rehat masa bekerja…lain2 masa mesti tak sempat juga
apa khabar kakeru lama tak dengar cerita hehe…semoga terus sukses dan cemerlang!
Buku ni baru sahaja saya beli hari sabtu lepas dan belum sempat membacanya…Jadi, post ni pun saya tak baca habis, baru suspen sikit hehe…
Nanti dah habih baca baru boleh sambung komen..huhu
Salam, ZulYunus. Saya sihat je, macam biasa. Cuma dah lama tak update blog ni…huhu.. Maaf buat anda semua juga ya. Insya-Allah, saya akan terus menulis lagi review buku-buku yang baru saya baca nanti. Sangat sibuk sejak akhir2 ni..huhu…
ZulYunus, jgn lupa komen pasal buku ni pula selepas ini ya! Mana tahu kalau2 komen awak lagi menarik…
. Anyway, thanx a lot! Saya pun dah kembali bersemangat sekarang nih
sudah baca tak sampai separuh lagi pun…baru sampai part teh sofia merajuk…
tapi so far ok la ulasan dia…tentang penyakit-penyakit pokok betik…siap dengan nama-nama saintifik lagi ha….
hehe..kalau ade duit..bleh la aku nak beli
ZulYunus,
Setakat awak baca ni memang best kan? Saya pun banyak belajar pasal betik daripada buku tu. Lagipun, sangat teruja dengan semangat Salsabila Fahim, contoh yang boleh saya ikuti, bagus!
Cuma saya terfikir, kenapa dalam banyak2 buah-buahan, pokok betik yang menjadi kisah..Anehnya, hehe..
Richie,
Sekarang buku ni dah diterbitkan oleh penerbit lain, Ameen Books ke ape namanya. Harganya pun lagi murah, boleh beli di MPH nanti. Selamat membeli dan membaca!
aah boleh le…betik kan buah-buahan tempatan (antaranya ler) huhu…sekarang kan dah ada cerita pepaya man
Owh..ye ke ZulYunus? Tak tau lak bila wujudnya pepaya man tu..hoho.. Macam keluangman lak..
menarik gak buku nih…beli satu lah..
sy blum baca lg… on the way baca… sy nak bc masa sy cuti mid sem nanti… tajuk nya pun memeng cam sgt best ni,,,,,
Embun, buku ni memang sangat best dan menarik. Kalau awak baca, rasanya awak dah boleh buka satu ladang betik suatu hari nanti..hoho… Selamat membaca! XD