Banner
Ungu Karmila
This is my site Written by kakeru on February 13, 2008 – 12:54 am

Karya ini telah ditulis oleh seorang penulis yang tidak asing lagi di bumi Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid. Kisah ini bermula dengan sebuah vila berwarna ungu yang dinamakan Vila Sunyi, terletak di Puncak Rimba, Cameron Highlands. Dibina oleh seorang bioteknologis muda yang dipanggil sebagai Tuan Arif oleh masyarakat orang asli di sekitarnya. Dia seorang suami yang penyayang hidup bahagia di samping isteri tercinta, Karmila. Kehidupannya yang menyukai kehijauan alam, berjaya menghasilkan pelbagai penemuan termasuklah penemuan sejenis bunga cantik yang menghiasi ruangan rumah kaca di hujung vila. Suami isteri yang turut berkongsikan hobi yang sama ini turut menanam dan menjual bunga di beberapa buah bandar dengan dibantu oleh pembantu rumah mereka, Jainab yang berasal dari Indonesia. Segalanya berubah setelah berlaku suatu kejadian ngeri di vila tersebut, kematian yang melibatkan Tuan Arif, Karmila dan Jainab. Kes kematian yang tidak berjaya dirungkai oleh pihak berkuasa itu akhirnya menjadi bualan oleh masyarakat setempat, menyimpulkan pembunuh kejadian ngeri itu ialah Tuan Arif sendiri. Kenyataan tersebut kelihatan bercanggah, sukar bagi Arafat untuk menerimanya. Apa yang Arafat rasakan ialah adiknya bukanlah seorang pembunuh! Keadaan tersebut memaksanya bertindak lebih jauh, mengupah orang yang sanggup mencari bukti untuk membersihkan nama baik adiknya. Tetapi rancangan tersebut tidaklah semudah seperti yang dirancangkan kerana segala-galanya berakhirnya dengan kejadian yang lebih mengerikan. Dan dia sebagai seorang abang terpaksa menerima takdir yang memilukan itu dan membuat sekadar yang termampu. Ya, ada kisah lain di sebalik Vila Sunyi ini, hanya mereka yang memasukinya akan tahu puaka Vila Ungu. Siapakah pembunuh Tuan Arif? Apakah misteri yang tersimpan di Vila Sunyi? Ada apa dengan Ungu Karmila? Rahsia itu seanggun namanya, Ungu Karmila!

Ulasan Saya

Akhirnya saya telah pun selesai menelaah segala isi buku ini, Ungu Karmila. Benar, nama itu seanggun rahsianya. Karya ini menggabungkan sedikit cerita mengenai alam mistik dari sudut sains. Pelbagai pandangan dari sudut sains dan bidang paranormal juga telah diadun dengan baik sehingga saya berterus-terusan membacanya, tidak bosan. Terkejut dengan kisah permulaan yang berakhir dengan tragedi pembunuhan. Anggapan saya, kisah ini adalah klimaks kepada cerita. Ternyata sanggahan saya silap, masih ada kisah yang mengerikan selepasnya. Sungguh, suatu kepuasan bagi saya setelah membacanya. Bagi anda yang menyukai cerita alam mistik untuk merungkai misteri ini, cubalah membacanya…mungkin ini kisah alam paranormal yang terlalu sukar untuk diuraikan. Selamat mencari siapakah pembunuh mereka yang sebenar!

“Ia makan untuk hidup, tetapi ia tidak pernah minum”

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

Leave a Reply