Written by kakeru on March 27, 2008 – 11:59 pm
Ulasan Saya
Buku ini merupakan sebuah buku motivasi diri bagi mereka yang ingin menjadi lebih hebat. Selalunya kita menjadi resah, lemah, tertekan dengan segala takdir hidup yang berlaku. Rasa kesal seperti ini seringkali membunuh anda daripada meneruskan langkah hebat anda. AWAS ya!
Beberapa kisah motivasi yang turut disertakan di dalam setiap topik yang dibentangkan di sini dapat membantu kita memuhasabah diri sendiri. Kadangkala bila kita dihinggapi rasa sedih dan kecewa dengan segala dugaan hidup, selalu kita lupa untuk memikirkan hikmah di sebaliknya.
Lumrah hidup manusia ialah seringkali terlupa. Sehinggakan nikmat yang besar pun kita tidak terlihat kerana terlindung dek sesuatu yang mengecewakan diri.
Sebenarnya keseluruhan buku ini menunjukkan bahawa manusia sebenarnya masih mencari-cari erti hidup. “Why am I here?” ialah soalan yang sering diajukan oleh mereka. Mengapa agaknya?
Jelasnya manusia merasakan bahawa mereka sebenarnya sering memikirkan apakah tujuan hidup mereka di dunia ini. Tapi di dalam buku ini tidak membicarakan mengenai konsep ketuhanan.
Apa yang mereka tekankan di dalamnya ialah mengenai pengajaran yang dapat kita ambil dalam setiap takdir hidup kita. Selalunya perjalanan hidup kita cukup berbeza dengan orang lain.
Means setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berlainan, unik dan lain dari yang lain. Tapi perbezaan tersebut bukanlah sesuatu yang penting. Apa yang penting ialah pelajaran yang dapat kita kutip dari setiap pengalaman hidup kita.
Buku ini banyak mengenengahkan soal hidup. Berbahagialah anda jika anda dilahirkan dengan diiringi oleh kata-kata yang mengingatkan kebesaran-Nya. Yang paling istimewa, anda juga punya petunjuk dalam menjalani hidup ini.
Apa yang pasti, mengapa anda di sini sudah pasti terjawab jauh di lubuk hati. Cuma kita perlukan kesabaran untuk memahaminya. Satu-persatu hikmah itu akan terjawab buat anda nanti.
Jika anda sudah tahu mengapa anda di sini, sediakanlah pula jawapan ke manakah pula anda akan pergi selepas ini… Semoga anda berada dalam lindungan rahmat-Nya selalu. Amin.




































Bukan orang jer berlainan, blog pun berlainan. Bebab itulah walaupun beribu blog telah dihasilkan, setiap satunya mesti ada keistimewaan tersendiri. Dan yg menyebabkn blog itu istimewa tentulah manusia, manusia yg berbeza-beza. huhuhu
Betul tu Wan, setiap manusia tu berbeza. Thus, mereka akan mempunyai pelbagai kelainan dan dapat mencipta keunikan tersendiri. Kalau semuanya sama, tentu bumi ini akan hilang serinya nanti…
nama pun life kan.. every single momont tu bknnyer sia2.. kadang perit utk telan tp itu la penawar sbg bekalan utk kehidupan usia yg akan dtg. xsemua org dpt lalui detik yg sama dlm life kita… itu semua yg telah tertulis dr awal.. so hadapi dgn tabah dgn selalu ingat pada penulis-Nya.