Written by kakeru on February 15, 2008 – 11:26 pm

Buku ini telah ditulis oleh Dr.Spencer Johnson, seorang pemikir yang berpengaruh dan penulis yang amat dikagumi. Buku ini mengisahkan kisah dua ekor tikus, Sniff dab Scurry dan dua orang manusia kerdil, Hem dan Haw yang ingin mencari keju di sebuah tempat. Mula-mula Hem dan Haw telah menemui sedikit keju di Stesyen Keju C, mereka makan dengan lahapnya. Begitu juga dengan hari kedua dan seterusnya. Beberapa hari kemudian, Sniff dab Scurry telah menemui tempat tersebut, mereka makan sisa keju yang tinggal. Kemudian, Sniff dan Scurry meninggalkan tempat tersebut terlebih dahulu sebelum Hem dan Haw tiba.
Beberapa ketika kemudian Hem dan Haw amat terkejut bila mereka berkunjung di Stesyen Keju C, tiada satu pun keju yang tinggal. Mereka puas mencari di sekelilingnya sehingga petang tetapi segalanya hampa. Keesokannya, mereka menuju ke tempat yang sama, tetap tiada perubahan – keju yang dicari memang tidak dijumpai. Mereka kelihatan memikirkan ke manakah menghilangnya keju tersebut sehinggalah Haw berfikir untuk mencari keju di tempat lain. Akhirnya Haw membuat keputusan untuk mencari keju di tempat lain, dia mengajak Hem tetapi Hem tetap berdegil dan berusaha untuk mencari keju yang sama di tempat tersebut. Lalu Haw pun membulatkan tekad untuk mencari keju yang lebih banyak dan sedap daripada Stesyen Keju C. Pada permulaannya, perjalanan Haw memang terasa agak sukar, rasa takut sentiasa ada sehinggalah dia menemui suatu stesyen yang terdapat sedikit keju di dalamnya. Walaupun sedikit, Haw tetap berpuas hati dan memulakan langkah yang lebih jauh untuk mencari keju yang lebih banyak, sehingga dia tidak lagi berasa takut untuk berhadapan dengan pelbagai situasi. Akhirnya, Haw berjaya mendapat keju yang diidam-idamkan selama ini di Stesyen Keju N.
Ulasan Saya
Buku ini merupakan buku motivasi yang paling seronok untuk saya baca. Ya, motivasi melalui suatu cerita dua ekor tikus dan dua orang manusia kerdil yang kita boleh ambil banyak pengajaran daripadanya. Apabila difikirkan kembali, adakalanya juga saya bersikap sama seperti Hem, tidak mahu berubah untuk mencari sesuatu yang lebih baik. Ternyata ia adalah sesuatu yang amat merugikan. Memang saya akui, bukan suatu yang mudah bagi kita untuk berubah. Perasaan takut sentiasa mengiringi fikiran kita, akhirnya satu jalan mudah kita ambil untuk keluar dari masalah tersebut. Ya, kita hindari diri kita dari berhadapan dengan masalah. Kenapa agaknya? Sebab kita nak menjauhkan diri kita daripada sebarang tekanan, kita mahu hidup kita berada di zon tenang. Benarkah begitu?
Sebenarnya, kita hanya sekadar mencipta comfort zone untuk diri kita, tidak lebih dari itu. Itulah kesilapan paling besar yang selalu kita lakukan. Sepatutnya, kita mestilah face to the reality. Mahu atau tidak, kita mesti berhadapan dengan masalah tersebut dan selesaikan dengan cara yang paling baik. Bila masalah tersebut selesai, tiada lagi rasa takut dalam diri kita, kita sentiasa akan menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu yang dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Putuskan untuk berubah, bukankah itu lebih baik?




































kakeru..rajin hang yer baca buku
Yup, Edi. Saya ni mcm kaki buku la kira2nya, taktau la apesal. Klu dalam sebulan tu mesti kena pi MPH, tak lengkap rasanya hidup klu tak membeli dan membaca buku. Klu awak berminat, awak boleh bertukar2 idea di sini untuk tatapan semua. Singgah la selalu, thanx!
Salam Kakeru…akak pun dah baca buku ni. Memang enjoy baca buku ni…sempoi je empat jenis ragam manusia bila berhadapan dengan perubahan digambarkan melalui watak kartun mickey mouse & smurf hehe.
Lagi satu, buku ni sesuai walaupun untuk orang yang kekurangan masa untuk membaca.
Akhir kata, move with the cheese and enjoy it!
Salam kak anamuslimah. Betul tu kak, seronok baca buku cerita ni. Macam baca buku cerita kanak2 jer rasanya…tapi fikir2 balik mmg kena ngan batang hidung ni cerita tikus tu..huhu…