Banner
Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2008
This is my site Written by kakeru on April 7, 2008 – 8:19 pm

 

Semalam saya telah pun berjaya menginjakkan kaki ke tapak pameran buku antarabangsa di PWTC. Saya bersama dengan seorang housemate dan juga adiknya bertolak dalam pukul 9 pagi. Kami sampai di sana tepat dalam jam 10 pagi, agak sedikit lewat daripada apa yang telah dirancang.

Di pagi hari seperti ini, lorong masuk adalah lebih lapang berbanding di waktu peak hours. Selalunya jika melewati waktu tengahari, keadaan adalah lebih sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke ruang pameran.

Kami ditegur sapa oleh kakitangan Karangkraf bersama sedikit brochure majalah keluaran mereka di pintu masuk. Sebenarnya, saya juga tidak tahu ke arah mana booth yang hendak di tuju. Hanya berjalan-jalan melewati booth-booth yang terdekat.

Beberapa ketika, saya menjumpai booth Ameen Books. Cepat-cepat saya berlalu ke sana kerana banyak buku dari penulis yang saya minati ada dijual di situ.

Ternyata telahan saya tidak silap. Saya mula memerhati satu persatu buku terbaru dengan penuh minat. Tidak nampak buku lain, mata saya terus menumpu ke arah buku-buku karangan Faisal Tehrani.

Bedar Sukma Bisu, Manikam Kalbu, Cinta Hari-hari Rusuhan, Detektif Indigo Kembali dan Karbala sudah pun berada di tangan. Semuanya saya belek-belek dengan perasaan teruja, apatah lagi dengan tawaran 15% diskaun…tentulah berbaloi.

Setelah puas menimbang kira, saya memutuskan membeli kesemuanya. Harga keseluruhannya pun tidak sampai RM100. Saya senyum, puas hati. Bukan selalu dapat harga murah sebegini. Sekalipun MPH turut memberi diskaun sebanyak 20%, tapi ia tidaklah selalu dan hanya untuk tajuk tertentu sahaja.

Saya turut menambah buku terbaru Chef Li, Aku Tak Nak Miskin sebagai bacaan tambahan. Saya berlalu pergi dan kembali semula dalam jam 12 tengahari untuk menemui penulis buku-buku kesayangan saya, saudara Faisal Tehrani. Niat di hati saya memang dimakbulkan-Nya.

Saya beratur di booth Ameen Books untuk mendapatkan tandatangan dari penulis ulung yang sangat dikagumi – saudara Faisal Tehrani. Entah buat kali yang ke berapa saya bersungguh-sungguh mendapatkan tandatangannya, saya juga tidak pasti.

Setelah bertanyakan khabar saudara Faisal Tehrani, saya meletakkan buku-buku karya tulisannya di hadapan beliau. Setelah mengetahui nama saya, terus sahaja beliau ringkas mencoret sedikit kata-kata dan turut menurunkan tandatangannya.

Sempat juga saya meminta saudara Faisal untuk tersenyum di hadapan lensa LUMIX saya. Beliau cuma menambah “Saya tidak fotogenik”, ujarnya bersahaja. Saya senyum penuh, “Oh, tidak mengapa”. Janji saya puas hati, kata hati saya.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas tandatangan tersebut. “Saya peminat setia Encik”, maklum saya sebelum berlalu. Pandangan saya terarah kepadanya, beliau lantas mengukir seulas senyuman penghargaan. Senyuman saya melebar, tanda terima kasih!

Menuruni escalator, kami dihadapkan dengan barisan karyawan seni di bidang melukis kartun. Bentangan kain putih yang panjang merentang di atas pentas memudahkan kami melihat lukisan kartun tersebut dengan lebih dekat lagi.

Kagum memerhatikannya, sempat juga saya merakamkan kenangan gelagat pelukis komik tersebut. Teguran dengan nada gurauan membuatkan mereka santai memberikan senyuman yang paling ikhlas.

Pun begitu, maafkan saya kerana tidak mengenali nama anda…Harap dimaafkan ya!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

2 Responses »

  1. haa dah beli byk buku tu jgn la lupa updated kan blog nie.. kurang2 nnt ader 6 posting buku terbaru.. anyway just for asking, why dont post picture yg ambik tu.. at least kitaorg pun nk kenal gak ngan penulis2 tu..

  2. Thanx, Lee. Tadi memang nak letak sekali, tapi tak sempat. Nanti saya letak, okey. Anyway, thanx 4 ur comment!

Leave a Reply