Written by kakeru on April 16, 2008 – 8:07 pm

Majalah IM ini telah pun diterbitkan buat kali ketiga oleh geng-geng IM di Malaysia ini. Siapa tak kenal Team Flarebiz: Adly dan Kaizen serta konco-konconya
Skop edisi kali ini adalah berkaitan dengan perniagaan ebook: releven atau tidak? Kupasan daripada beberapa orang IM ini memang menarik. Dari sini saya dapat melihat dan memahami pelbagai perspektif mengenai ebook dari kacamata IM yang berbeza.
Suatu ketika dulu semasa menghadiri kelas perniagaan internet, rata-ratanya mereka bercerita mengenai web design sebagai salah satu perniagaan internet yang utama. Itu di kalangan bukan bumiputera.
Sekarang ini, apa yang saya nampak perniagaan ebook yang banyak diniagakan di kalangan bumiputera (hasil daripada pemerhatian saya sahaja). Mengapa agaknya?
Perniagaan ebook sebenarnya merupakan satu pernigaan digital yang menguntungkan. Terdapat banyak kelebihan ebook sebenarnya. Selain daripada kos penghasilannya yang agak rendah, kita juga dapat menjana pendapatan berkali-kali daripada satu ebook yang dihasilkan.
Merujuk kepada pernyataan Labanon, kadang-kadang terdapat segilintir masyarakat di kalangan kita yang suka membeli ebook kerana ingin mendapatkan duit, bukan untuk menambah pengetahuan.
Ya, keadaan ini memang tidak dapat dinafikan. Tambah lagi apabila mendapat hak jualan ebook…inilah mentaliti masyarakat kita sekarang. Fikir-fikirkanlah…
Terdapat sedikit pembaharuan Majalah IM edisi April kali ini. Lebih-lebih lagi bagi ruangan wawancara ekslusif yang turut dihasilkan dalam format mp3. Memang mengujakan!
Ya, anda akan berasa seolah-olah anda sedang berhadapan dengan mereka pada ketika itu. Sedikit sebanyak terasa aura yang membara dari IM Gobala Krishnan.
Walaupun anda tidak bertemu mata dengan beliau, aura IM itu pasti akan meresap di dalam hati dan minda anda. Biarpun sekadar motivasi maya, saya kira ia tetap sesuatu yang amat berharga.
Pendapat saya, jika wawancara ini dalam versi video pula, tentu lebih menyeronokkan bukan? Feel untuk sama-sama berjaya seperti mereka pasti akan bertambah ~ ya, motivasi maya menuju kejayaan! Bagaimana dengan idea ini team FlareBiz? Boleh diaplikasikan tak?
Kisah Gobala Krishnan mengenai mentaliti segelintir masyarakat kita pada hari ini juga turut diulas. Antara pemikiran peminta sedekah dan bussines owner – agak-agaknya yang mana satukah anda?
Saya kira pesanan ini memang cukup meninggalkan kesan. Tambah pula dengan kisah beliau mengenai bisnes beliau yang tidak menjadi kerana menganggap diri sudah pandai…
Benar, kadang-kala kita juga begitu. Oleh itu, apa salahnya jika kita berguru dengan mereka yang pakar? Jika benar-benar ingin menjadi IM, paksakan diri anda untuk mendalami bisnes ini.
Jangan lupa juga membaca pesanan saudara SmartZul mengenai Formula Kejayaan Ebiz. Ini pun satu motivasi pembakar semangat juga, formula kejayaan yang terlalu penting buat seseorang yang ingin bergelar IM.
Majalah ini adalah percuma. Apa kata jika anda mendownloadnya sekarang?


































Hehe thanks atas review anda… review terbaik setakat ini.. thanks
Thanx Labanon!
Gulp…review terbaik…setakat ini..? Labanon, adakah anda benar2 tidak tersilap..?
(salam) buat kakeru dan IM labanon.
yup, Majalah IM edisi pertama sampai ketiga memang bagus dan ada “value” nya sendiri. saya rekemen majalah Free ini pada newbie di luar sana..saya pun akan review majalah IM from the other perspetives…hehe
[…] ? - Dinberamboi.com Ebook Panduan Download Rancangan Popular TV3 - PERCUMA - www.panjangakal.com Read & Review » Blog Archive » Majalah IM #3 - Readercircle.com Majalah im #3 - Wangcyber.com Sedikit Review Mengenai MajalahIM edisi ke 3 - […]
assalamualaikum…
memang tidak dapat dinafikan review ini memang terbaik mungkin kerana sis memang banyak dalam pembacaan so pembinaan ayat pun tak tunggang langgang dan senang untuk difahami..hehe
P:S Marilah download beramai-ramai…saya juga dah download dahhh
Waalaikimussalam,
Ye ke Dauz? Thanx a lotz, saya try buat review yang terbaik untuk majalah kesayangan blogger ni, dah berapa kali betul2kan susunan ayat tu
Anyway, hopefully review ni dapat membantu rakan-rakan blogger yang lain yang masih mencari dan ingin mendalami ilmu2 berkaitan perniagaan internet.
Semoga sukses selalu!
kakeru boleh tukar link blog tak?boleh saya berkenaan komputer…..baru belajar buat blog.:)
http://pc-formula.blogspot.com
Sarah,boleh je tukar link tu. Tapi saya belum update utk tambah link. Nanti klu dah update,saya pasti akan letak link awak. Boleh kan?
Wahaha..besarnya ecover majalahIM ni…selalu tgk gobala senyum tu, x terpikat ke Kakeru..hihi.
t.e.r.p.i.k.a.t…? Urm…macam best, haha