Times Higher Education
Written by kakeru on March 16, 2008 – 11:47 pm

Majalah ini banyak memberikan informasi yang berguna mengenai proses pembelajaran di Malaysia dan juga di luar Negara. Pembaca didedahkan dengan pelbagai info yang berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi selepas berjaya menamatkan sesi persekolahan. Info yang berkaitan dengan profesion yang ingin diceburi diterangkan satu persatu melalui jadual pembelajaran yang bakal dilalui oleh setiap pelajar. Pelbagai kolum di dalam majalah ini memaparkan contoh-contoh pelajar yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Kolum-kolum tersebut turut menyenaraikan beberapa buah universiti yang terbaik bagi setiap bidang yang ada. Antaranya ialah bidang kejuruteraan, kedoktoran, perakaunan, undang-undang dan lain-lain. Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran di dalam apa jua bidang, pasti anda tidak rugi jika memiliknya.
Oh ya, bagaimana pula dengan pinjaman atau biasiswa? Jangan risau, terdapat beberapa muka surat di dalam majalah ini yang penuh dengan senarai pelbagai pinjaman dan biasiswa yang boleh dipohon nanti. Apa kata jika anda dapatkannya sekarang? Pasti tak rugi!
Ulasan Saya
Saya telah pun membaca seberapa banyak isi kandungan yang telah dimuatkan dalam majalah ini. Ternyata memang berbaloi bagi anda untuk memilikinya. Banyak info di sini yang membantu saya memahami lebih banyak perkara mengenai sistem pembelajaran di Malaysia dan luar Negara. Senarai rajah mengenai panduan bagi pelajar yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi turut disertakan di sini. Saya telah pun mendapatkan buku ini dengan harga yang murah sempena Facon Education Fair 2008, RM 9 untuk dua buah buku. Erm…memang lumayan!
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.