Banner
Ekspo Pendidikan UK 2008
This is my site Written by kakeru on March 22, 2008 – 11:46 pm

Salam semua!

Semalam saya kembali melangkahkan kaki ke KLCC untuk melawat pameran pendidikan ini. Memang menarik kerana terdapat banyak booth dari pelbagai universiti serata UK yang ada di sana. Mula memasuki ke Hall 2 saya terlihat booth Universiti Loughborough, terus kaki saya mengarah ke sana kerana ingin mengetahui Postgraduate Studies di sana. Agak kurang menarik bagi saya kerana saya kira penjaga booth tersebut bukanlah seseorang yang mengetahui sedikit sebanyak mengenai bidang yang ingin saya ikuti. Satu lagi universiti yang saya ingin cari ialah Universiti Strathclyde. Ya, penjelasan dari penjaga booth, Gillian yang juga seorang Scottish memang menyeronokkan. Daripada penjelasan yang diberikan, saya dapat tahu keadaan sebenar Scotland. Sebuah negara indah yang seronok untuk didiami ditambah pula dengan kehadiran rakyat Scottish yang friendly. That’s the beauty of Scotland yang saya dengar, maaflah jika keadaan adalah sebaliknya pula…itu di luar pengetahuan saya.

Around jam 4-5 petang, saya turut menghadiri seminar di Room 2 mengenai sistem pendidikan di Scotland. Kami didedahkan mengenai pengetahuan umum tentang Scotland, sebuah negara kecil yang ingin turut membudayakan ilmu dengan sistem pendidikan tersendiri di mata dunia. Pendidikan di sana adalah percuma bagi warganegara Scotland, bahkan rate pendidikan di sana adalah agak murah untuk pelajar-pelajar dari serata dunia. Jika anda adalah pelajar yang bukan warganegara Scotland, kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Terdapat sebanyak 15 buah universiti yang ada di sana. Kami juga mengetahui sedikit sebanyak latar belakang mengenai negara kecil itu di samping budaya-budaya rakyat Scottish sendiri. Jika anda berkeinginan untuk menyambung pelajaran di UK, senaraikanlah juga universiti di Scotland di situ, mungkin kita akan bertemu di sana nanti. Bila agaknya ya…saya pun tak tahu juga…hehe…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

4 Responses »

  1. sis…bz nampak this week??Menunggu la review book terbaru :)

  2. Alamak, ye ke Dauz? Maaflah, agak sibuk dengan pelbagai event sekarang ni… Banyak lagi buku yang tak terbaca, apa kata Dauz tolong saya senaraikan buku-buku yang saya perlu review nanti, bolehlah saya tolong review nanti. How?

  3. Assalamualaikum sis…Takpe2 ….Kalau busy pun tak pe..pelan2 wat post tu…Saya tetap tengok sis punya review nanti..Kalau minat saya p cari kat kedai or library…
    Sis..review je pape book ke e-book motivasi ke(rasanya kurang lerr e-book motivasi kan ?? :) )

  4. Erm…idea yg bagus ni Dauz! Insya Allah, akan diusahakan nanti. Terima kasih di atas cadangan tersebut :)

Leave a Reply