Banner
Facon Education Fair 2008 (15-16 Mar 2008)
This is my site Written by kakeru on March 15, 2008 – 11:45 pm

Pagi tadi saya telah menjejakkan kaki ke Mandarin Oriental Hotel di KLCC, melawati tapak Facon Education Fair 2008 yang kebanyakannya terbuka untuk Postgraduate Studies. Pada mulanya, niat di hati ingin pergi ke tapak Karnival Pendidikan & Kerjaya MARA 2008 yang diadakan di PWTC. Walaubagaimanapun, disebabkan perasaan ingin tahu mengenai program pengajian ke luar negara, saya turutkan juga rasa hati dan terus mengorak langkah ke KLCC.

Pelbagai universiti yang menyertai ekspo ini, masing-masing berlumba-lumba untuk mempromosikan universiti masing-masing. Pertama kali kaki melangkah masuk ke Hall 4 di pintu masuk, satu brochure telah dihulurkan kepada saya dari sebuah kolej swasta. Kemudian, satu demi satu brochure memenuhi tangan yang sedikit kosong. Saya turut melewati setiap satu booth yang berkaitan dengan bidang saya. Kebanyakan booth ini diisi oleh universiti dan kolej yang menyediakan rancangan pengajian ke luar negara termasuklah di US, UK, Australia, German, France dan juga Jepun.

Nampaknya, ramai juga yang berminat untuk menyambung pelajaran ke negara matahari terbit itu berbanding dengan German. Hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan lalu-lalang di hadapan booth yang mempromosikan pengajian di German. Perlahan-lahan kaki saya mengatur langkah ke sana untuk bertanyakan mengenai sistem pendidikan di sana. Secara keseluruhannya, progaram yang ditawarkan di Jepun dan German adalah lebih kurang sama diikuti dengan dua pilihan bahasa, sama ada menggunakan bahasa Inggeris ataupun bahasa ibunda mereka sendiri. Perbezaan yang ada mungkin hanya pada senarai yuran pembelajaran sahaja.

Apapun, Ekspo seperti ini merupakan satu bentuk aktiviti yang bagus kerana dapat memberi sedikit ruang dan peluang kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menyambung pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Bagi mereka yang belum pernah melangkahkan kaki ke negara orang, inilah masa yang terbaik buat anda. Ada baiknya jika anda dapat mengutip pengalaman belajar di negara orang pula yang pasti berlainan dengan suasana kehidupan di Malaysia. Ayuh anak Malaysia, apa lagi yang anda tunggu?

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

2 Responses »

  1. btul tu.. banyak pengalaman y leh dikutip kat luar negara ni. y pastinya, ble kita kat oversea, kita akan melihat malaysia from diff views. boleh melihat kelemahan dan kekurangan negara dan bangsa kita. nanti kita gak yang bakal mencorakkan masa depan negara…

  2. Ya, Kimi. Saya setuju dengan pendapat awak. Semoga Education Fair seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada pelbagai pihak terutamanya golongan muda-mudi zaman sekarang. Daripada melepak di tepi jalan, lebih baik memajukan diri dengan mengikuti aktiviti yang berfaedah seperti ini. Sekurang-kurang kita bukanlah seperti katak di bawah gelas, hanya melihat tanpa ada apa2 perubahan ke arah yang lebih baik. Alangkah malangnya kita jika begitu…

Leave a Reply

Free Recipes