Banner
Ada apa dengan theme baru Reader Circle ?
This is my site Written by kakeru on May 28, 2008 – 1:01 am

Saya baru sahaja menukarkan theme lama saya kepada theme yang baru, Corporate Theme. Sebenarnya, saya memang telah lama merancang untuk menukar theme lama kepada theme yang baru ini.

Tetapi disebabkan saya tidak berapa tahu bagaimana hendak menukar gambar asal theme kepada gambar buku, saya terpaksa menangguhkannya dan menggantikannya dengan satu theme yang lain sehinggalah saya mendapat servis setup blog dari saudara Nasrun (admin blog MakmalCyber.com).

Dalam masa lebih kurang sejam sahaja, saya dapat lihat satu kelainan pada readercircle.com. Lihat sahaja pada blog ini, warna latar yang asal berwarna hitam telah pun ditukar kepada warna bening kebiru-biruan.

Gambar asal juga telah pun ditukar kepada beberapa gambar buku yang saya minat. Malah, gambar bagi muka setiap entry pula dihiasi dengan beberapa gambar buku-buku yang telah saya baca dan diedit oleh Nasrun sendiri.

Kini, theme blog readercircle.com menepati ciri-ciri yang saya mahukan. Sekali lagi warna bening kebiru-biruan tetap menjadi pilihan saya…memang dunia saya dikelilingi warna biru laut pun..hoho… So, agak-agak anda, sesuai tak theme ini dengan readercircle.com?

Jadi, buat sesiapa yang ada masalah nak setup blog seperti saya, apa kata jika anda cuba sendiri servis dari MakmalCyber.com ini? Insya-Allah, anda akan dapat theme blog yang menarik seperti yang anda idam-idamkan!

Anda boleh menghubungi terus saudara Nasrun sendiri untuk penerangan lebih lanjut jika ada sebarang masalah. Cuba je sekali, anda pasti puas hati!

 

p/s: Sila klik di sini untuk mendapatkan servis setup blog dari MakmalCyber.com

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

10 Responses »

  1. (salam) buat kakeru..

    tukar themes lagi ke? aiseeh…themes ni cantik jugak, kemas dan simple.

    paling penting, kandungan dalam weblog ini mestilah sesuai dengan matlamat asal

    saudara nasrun memang “geng-geng expert” gak ni. nampak gaye, saya kena reka themes sendiri jugak ni..hohohohohoho

  2. theme ni sesuai untuk mata. font yang diguna pakai lebih besar skit dari blog sy menjanjikan pembacaan yang sempurna. simple dan concise. tahniah kakak kakeru. :) oh… bak kate komenebook tadi. perlu dicipta ni satu theme baru. huhuhu.

  3. betul tu anwar…cantik theme ni, saya suka dan saya rasa agak kagum sebenarnya…seriously. kemas dan tersusun. Moga menyedapkan mata pembaca dan memudahkan mereka untuk absorb..hehe…btw, thanks sebab dah add link

  4. Salam buat Komenebook & Anwar,

    Buat komenebook,
    Thanx atas komen tu. Content utk blog memang penting, kena sesuai dengan matlamat asal blog. Agak2nya, content readercircle.com ni dah mencapai objektif tak..?

    Buat Anwar,
    Hmm…fasal font tu, mmg saya besarkan sendiri - memudahkan pembaca utk membaca setiap entry… Sebelum ni pun, tulisan mmg kecil. Tapi bila ada suggestion dari Cikgu Azleen, better buat tulisan besar, tu yg saya ikut tu… Thanx kembali kat Cikgu Azleen :)

    p/s: Kalau nak minta review blog, try minta tolong kat www.cikguazleen.com

    Buat ZulYunus,
    Thanx kembali atas komen tu. Sebenarnya, saya patut ucap berbanyak terima kasih kat nasrun (blog.makmalcyber.com) coz dah tolong saya untuk setup theme baru ni. Banyak lagi benda yang saya mesti belajar untuk menjadi seorang blogger, betul tak Zul?

    p/s: Kalau nak minta setup blog kat Nasrun, jumpa dia di sini, memang berbaloi :)

  5. kalau nak dibandingkan dengan ‘theme’ yang lepas,
    memang ‘theme’ ini lebih kemas dan ‘reader friendly’.
    tahniah atas pembaikan yang dibuat.

    saya pun bercita-cita utk mengubah ‘theme’ blog saya supaya tampak lebih menarik.
    mungkin saya patut try gunakan khidmat MakmalCyber dalam membuat pembaikan blog saya nanti.

    terima kasih.

  6. ok apa. Simple dan clean. Takde sekat-sekat dan loading pun laju. :)

  7. betul tu…bukan amik masa sehari untuk master benda-benda teknikal ni…huhu, perlukan ketekunan dan ketelitian…tapi yang penting isinya terus relevan dan berkembang. semoga sukses!

  8. Salam buat PakarHowTo, Titan & Zulyunus,

    PakarHowTo,
    Thanx atas komen awak. Sbnrnya, masih banyak lagi item yang perlu saya update dalam blog ini. Tp masa yang agak limited ni agak menyukarkan saya untuk improve beberapa item yang berkaitan… Oh, maaf di atas segalanya…

    Titan,
    Thanx juga buat Titan. Saya memang dah lama mencari theme simple macam ni, Alhamdulillah, berjumpa akhirnya :)

    p/s: Titan, pasal tag tu jangan ingat saya dah lupa. Insya-Allah saya akan jawab, tapi buat masa sekarang memang tak sempat. Pindah rumah, balik kg, tukar address…segalanya menyebabkan saya tak dapat nak access internet sejak Khamis lepas…amat menyedihkan…huhu…

    Zulyunus,
    Betul kata awak tu. Apapun alasannya, saya pun kena belajar sket2 setup blog lebih advance. Bab2 teknikal memang best, tapi takde byk masa yg boleh saya peruntukkan sekarang… tu la masalahnya… Baiklah ada servis blog dari makmalcyber.com, klu tak…tak tau la…

  9. Salam, simple dan cantik theme ni. Aku takde masalah. :) Nasrun buatkan ye… ada pape ke? heheh

  10. Salam Emme. Hehe..thanx a lot, saya suka theme yang simple sahaja. Yup, mmg Nasrun yg buatkan, tolong rakan cyber nih…:)

Leave a Reply

Web 2.0