Banner
Buku: Apakah aspek yang paling anda utamakan?
This is my site Written by kakeru on June 8, 2008 – 10:57 pm

Semasa membeli buku, saya sering berfikir apakah benefit yang akan saya dapat apabila saya membeli sesuatu buku. Ini merupakan suatu elemen yang penting bagi saya untuk mengelakkan pembaziran dan menggunakan wang untuk membeli buku yang cukup berfaedah sahaja.

Sebab itulah saya suka untuk berjalan ke kedai buku berseorangan, masa inilah saya dapat berfikir dan menimbang kira buku yang terbaik untuk saya miliki (selalu termenung masa nak beli buku, berfikir sampai tak sedar MPH dah nak tutup…haha…).

Terdapat pelbagai aspek yang amat saya titik beratkan semasa membeli buku. Antaranya ialah:

  1. Penulis

Saya sering meneliti siapakah penulis buku tersebut, apakah taraf pendidikan beliau, apakah bidang yang beliau ceburi dan kalau boleh apa-apa lagi maklumat tambahan supaya saya dapat mengenali penulis dengan lebih dekat. Selalunya saya akan merujuk biodata penulis di muka surat belakang sesuatu buku.

Melalui info sebegini, sedikit sebanyak saya akan dapat gambaran mengenai hasil karya beliau, berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman yang dimiliki atau sebaliknya.

  1. Isi Kandungan

Saya akan membaca senarai isi kandungan atau pembahagian bab pada muka surat terawal. Ini penting sebab dengan cara ini saya akan tahu apakah isi kandungan buku tersebut secara kasar.

Walaubagaimanapun, isi kandungan bagi bahan bacaan seperti novel sukar untuk diagak. Oleh itu, saya sering membeli novel–novel dari penulis yang benar-benar berkualiti dan yang telah saya kenali sahaja.

Jika saya tidak mengenali penulis tersebut, saya akan membaca sedikit isi di dalam buku tersebut terlebih dahulu secara percuma di MPH. Selepas itu, barulah saya dapat memutuskan sama ada untuk membelinya atau tidak.

  1. Cover buku dan layout

Di antara ciri-ciri buku yang saya saya suka termasuklah rekabentuk cover buku, biar kemas dan tidak berserabut.

Layout dalaman buku yang saya suka meliputi penggunaan font yang kemas dan tersusun. Penggunaan font yang terlalu berseni kurang saya gemari kerana menyukarkan pembacaan saya.

Kadangkala, terdapat juga buku-buku yang menggunakan font yang kecil, ditambah pula dengan masalah pencetakan menyebabkan pembaca sukar untuk memahami input yang cuba disampaikan oleh penulis.

  1. Bentuk dan saiz

Biasanya saya suka memilih buku yang bersaiz kecil jika buku tersebut tebal, saiz yang besar sedikit untuk buku yang agak nipis. Ini memudahkan saya untuk membacanya di mana-mana sekali pun. Apa yang penting ia cukup mudah dan santai untuk dipegang.

  1. Harga 

Saya kurang meneliti harga buku terlebih dahulu as long as penulis tersebut dapat menyampaikan isi buku dengan bagus serta menepati ciri-ciri bahan bacaan yang saya inginkan. Janji ia tidak lari dari bajet bulanan saya!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

7 Responses »

  1. Faktor membeli aku senang jerk..Mmg aku tempat 1st singgah kalau kemana2 shopping complex pun mesti MPH, Borders, Kinokuniyo, etc…Faktor aku ialah latest ebook pasal niche yg aku minat..Im not ulat buku so membaca buku adalah satu “paksaan” utk aku..Erm aku ada 20-30 magazines oversea yg aku tak baca lagi..but to be honest..aku mmg suke beli buku/magazine yg selari ngan niche aku even aku takde masa nak baca..Faktor seterusnya, isi kandungan..kalau byk rambling bukan2 even buku penulis kegemaran akupun aku tak kan beli..I need quality bukan brand name penulis..So penulis buku2 baru beruntung ada pembeli buku spt aku.hihihihi

  2. Saya lihat kepada keutamaan dan keperluan, saya tak akan beli buku yang tiada kaitan dengan motivasi, perniagaan, psikology dsbgnya. Namun, saya tetap akan beli buku yang boleh memberi kepuasan kepada saya (cam novel yg feymes) untuk belajar cara menulis dan mengetahui kenapa buku itu feymes.

  3. (salam) kakeru dan komentars.

    bagi saya, dari 5 aspek tersebut, paling utama, saya akan nilai dari segi isi kandungan dan harga dulu (baru saya nilai dari segi lain).

    buku paling best bagi saya, yang bentuk programming dan teknikal. tahun lepas ada beli, harga boley tahan “murahnya”..tak khatam lagi..huhuhu

    novel memang masalah nak beli. coz, tak dapat nak agak, ape ending dia…tapi novel saya kureng sikit..kalo ada sape2 nak bagi baca, saya orait je…sesekali kene layan blues jugak untuk mengisi kesunyian hati yang single mingle ni..hihi

    yang tebal nipis tu, saya akan nilai laaast sekali.. :-)

  4. Salam kakeru. Bagi saya, saya fokuskan pada isi kandungan. Harga merupakan perkara kedua.:-) Janji isi kandingan buku berkualiti dan bermanfaat saya akan membelinya. Harga pula tidak melbih RM100. Kalau tidak lari bajet nanti.

  5. Saya memilih buku berdasarkan isi kandungannya. Sebab itu rajin membaca blog yang membuat ulasan buku. Lebih senang hendak memilih. Sebaliknya jika menemui buku yang ditulis oleh penulis yang saya tidak kenali (kadang-kala baca buku tanpa mengambil peduli siapa penulis), saya akan membelek bab pertama, bab terakhir dan bab tengah. Terutamanya jika membeli novel. Saya belek bab pertama dan saya menjangka penghujungnya. Jika penghujungnya berlainan daripada apa yang saya jangka, potensi buku tersebut dibeli sangat tinggi!

    Oh.. ada juga buku yang saya beli sebab covernya terlalu cantik dan memikat hati. Contohnya buku Keledang karya A Samad Said yang diterbitkan semula. Saya rasa seperti hendak beli semua buku dalam siri tersebut, kerana covernya yang cantik! I’m do judge a book by it’s cover..heheheh

  6. Salam semua,

    Respon yang amat baik untuk entry ini, dan nampaknya idea kalian juga berbeza daripada saya. Amat menarik!

    Catzer,
    Bagus juga kalau membeli ikut niche yang kita minat - lebih fokus (macam niche market pula..hoho..). Kadangkala penulis kegemaran orang ramai pun susah nak melekat di hati…oh!

    Wan wma,
    Beli mengikut keutamaan dan keperluan..? Betul, ada masanya saya juga berbuat sedemikian, ikut niche yg kita minat (macam Catzer). Buku motivasi dan perniagaan pun saya memang suka beli, cuma genre yg bersifat psikologi je baru beli. Best juga :)

    Komenebook,
    Nilaian kandungan dan harga - ini memang satu aspek yg penting untuk kita nilai. Kalau kandungan tak berbaloi dengan harga, memang menyedihkan bukan? Cuma bagi saya, penetapan harga saya anji tak lari bajet untuk membeli buku RM150/ bulan. Kalau dapat sebuah buku sahaja under bajet ni pun tak kisah. Cuma kalau ada senarai buku yang masih tak khatam lagi, saya mungkin tidak membeli yang lain lagi… :)

    DrInspirasi,
    Fokus isi kandungan dan harga pula di tempat kedua. Sama macam komenebook nampaknya. Tapi sedih gak klu buku yg ada isi kandungan yg bagus tapi lari dari bajet kita kan?

    Xara,
    Awak pun memilih isi kandungan juga? Ya, memang bagus! Tapi, pemilihan berdasarkan cover tu pun kadang kala cenderung menyebabkan kita kurang melihat isi kandungannya pula… Hmmm..nampaknya kita pun sama, I’ve judge the book by it’s cover too…hoho… :)

  7. Hohoh.. selalu juga tertipu dengan cover yang cantik, tetapi isi tidak seberapa. Sukar juga menjadi penuntut ilmu media. Sangat mudah tertarik kepada paras rupa yang menawan. Covernya tidak perlu serabut, tetapi rekaan yang simple dan senang mata memandang tu membuatkan tangan tertarik-tarik untuk membeli. Mujurlah belum berminat pada jenis buku coffee-table..erm..betul ke istilahnya? Ia adalah buku yang dipenuhi dengan gambar-gambar yang menarik dan menawan beserta harga yang *ehem*.

Leave a Reply