Read & Review "Sehari Selembar Ilmu"

Ekspo Pendidikan UK 2008

03.22.2008 · Posted in Uncategorized

Salam semua! Semalam saya kembali melangkahkan kaki ke KLCC untuk melawat pameran pendidikan ini. Memang menarik kerana terdapat banyak booth dari pelbagai universiti serata UK yang ada di sana. Mula memasuki ke Hall 2 saya terlihat booth Universiti Loughborough, terus kaki saya mengarah ke sana kerana ingin mengetahui Postgraduate Studies di sana. Agak kurang menarik ...

The Common Denominator of Success (…Part 2)

03.20.2008 · Posted in Book Review

Nota tambahan untuk dikongsikan bersama yang dipetik daripada buku ini: 5 P’s of Success Planning: Proper Planning Prevents Poor Performance Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang performance yang kurang bagus, kita mestilah merancang strategi yang terbaik untuk kita lakukan. Mulakanlah rancangan anda daripada sekarang, itu yang terbaik buat anda. Usah berlengah-lengah lagi!   “The road to ...

Rahsia Buat Duit Dengan Ebay

03.19.2008 · Posted in Book Review

Buku hasil tulisan Azahar Abdul Rahman ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin cuba memulakan perniagaan di internet tanpa mempunyai laman web sendiri. Segala tunjuk ajar mengenai proses penjualan, pembayaran, feedback dan segala yang berkaitan dengan perniagaan di Ebay diterangkan satu persatu di dalam buku ini. Sebenarnya anda boleh juga menjual barangan terpakai atau juga ...

The Common Denominator of Success (…Part 1)

03.17.2008 · Posted in Book Review

Buku ini telah ditulis oleh Imran Peter, seorang jurucakap professional yang cukup terlatih dalam bidang kepimpinan, komunikasi efektif dan motivasi. Beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan memiliki pengalaman selama 30 tahun di dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Segala ilmu beliau telah dicurahkan di dalam buku ini. Walaupun buku ini hanya mengandungi 65 ...

Times Higher Education

03.16.2008 · Posted in Uncategorized

Majalah ini banyak memberikan informasi yang berguna mengenai proses pembelajaran di Malaysia dan juga di luar Negara. Pembaca didedahkan dengan pelbagai info yang berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi selepas berjaya menamatkan sesi persekolahan. Info yang berkaitan dengan profesion yang ingin diceburi diterangkan satu persatu melalui jadual pembelajaran yang bakal dilalui oleh setiap pelajar. Pelbagai ...

Facon Education Fair 2008 (15-16 Mar 2008)

03.15.2008 · Posted in Uncategorized

Pagi tadi saya telah menjejakkan kaki ke Mandarin Oriental Hotel di KLCC, melawati tapak Facon Education Fair 2008 yang kebanyakannya terbuka untuk Postgraduate Studies. Pada mulanya, niat di hati ingin pergi ke tapak Karnival Pendidikan & Kerjaya MARA 2008 yang diadakan di PWTC. Walaubagaimanapun, disebabkan perasaan ingin tahu mengenai program pengajian ke luar negara, saya ...

Ada Apa Dengan Zakat Pendapatan? (…Part 1)

03.13.2008 · Posted in Uncategorized

Saya terpanggil untuk menulis cerita mengenai zakat di sini. Segalanya bermula setelah seorang housemate saya, seorang guru bercerita mengenainya, membuatkan saya berfikir mengenainya. Beberapa hari kemudian, saya pun menjejakkan kaki ke Pusat Zakat Selangor yang berdekatan dengan tempat kerja saya. Daripada jadual zakat yang diberikan saya dapat mengetahui secara jelas berapakah jumlah wang yang saya ...

Mengapa Bisnes Gulung Tikar?

03.12.2008 · Posted in Book Review

    Buku ini telah ditulis oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad. Buku ini telah berjaya mengupas 44 kesilapan lazim yang biasa dilakukan dalam urusan bisnes harian. Kesilapan-kesilapan seperti ini kebiasaannya terhasil akibat daripada kesilapan diri sendiri, kesilapan merancang dan juga kesilapan dalam perancangan. Kesilapan seperti ini memang memberikan impak yang sangat besar ...

Orang Kaya Bertaqwa

03.11.2008 · Posted in Book Review

“Buku ini patut dimiliki oleh individu yang mempunyai jiwa usahawan yang ingin berjaya di dunia dan akhirat. Penuh dengan tips dan rahsia kekayaan” – Rohani Mohamad, Perbendaharaan Malaysia. ‘OKB ! Orang Kaya Bertaqwa’ menyelami jiwa manusia yang inginkan kekayaan dan keberkatan dalam usaha bisnesnya.Kisah hidup dan renungan Dr.Rusly dalam buku ini bagaikan cermin untuk kita ...

Biar kecil Asalkan Berhasil

03.10.2008 · Posted in Book Review

    Bermulalah dengan apa yang ada, berniagalah tanpa perlu berhutang. Berjiwa besarlah bukan berhati besar… tidak perlu kesempurnaan sebelum mula berniaga. Dekatkanlah diri dengan Tuhan dan fahamilah jiwa sendiri. Tingkatkan ilmu dalam bisnes yang diceburi. Ambillah iktibar daripada mereka yang telah berjaya. “Buku ini memaparkan betapa unggulnya jiwa manusia. Apabila dirangsang dengan semangat perjuangan, ...