Read & Review "Sehari Selembar Ilmu"

Lukis Kartun

03.07.2008 · Posted in Uncategorized

Salam sejahtera buat semua! Sebenarnya saya ingin mempraktikkan ilmu yang telah saya pelajari di dalam buku Teknik Melukis Kartun dan Komik seperti yang telah saya ulas sebelum ini. Tetapi jadi benda lain pula kerana saya tidak berkesempatan untuk melukis dan memaparkannya di sini step by step. Hanya selakar kartun yang mampu saya coretkan untuk tatapan ...

Rahsia Minda Jutawan

03.06.2008 · Posted in Book Review

Buku ini telah ditulis oleh Amar Mahmood, merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang kuasa minda serta bertindak sebagai jurulatih di syarikat beliau sendiri, Mind Empowerment Centre, Melaka. Menariknya, buku ini menerangkan ciri-ciri personaliti, motivasi, kepercayaan, matlamat dan cara berfikir para jutawan. Kebiasaannya pola pemikiran minda jutawan adalah lebih kurang sama, mereka bukan sahaja terlatih dalam ...

Teknik Melukis Kartun & Komik

03.05.2008 · Posted in Book Review

Buku ini telah dihasilkan oleh dua orang kartunis yang cukup berpengalaman dan telah berkecimpung dalam bidang ini iaitu Umbut dan Junuh. Terdapat pelbagai teknik boleh dipelajari oleh anda jika anda memang seorang yang amat berminat untuk menjadi seorang kartunis.   Buku ini telah memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai dunia kartun dan komik sehinggalah kepada pengenalan dalam ...

aA + bB

03.04.2008 · Posted in Book Review

Buku ini telah ditulis oleh Hlovate, kembali mengasah penanya dengan trademark gaya basah dan santai. Kisah mengenai seorang pelajar perubatan yang menimba ilmu di luar Negara. Setelah beberapa tahun merantau di Negara orang, Addin kembali ke bumi Malaysia dan mencurahkan baktinya sebagai seorang doktor. Kisah bermula dengan pertemuan kembali seorang rakan lama yang mengundang pelbagai ...

Nama Beta Sultan Alauddin

03.03.2008 · Posted in Book Review

Karya tulisan Faisal Tehrani ini merupakan sebuah novel karya sejarah yang disampaikan dengan gaya bersahaja tetapi penuh dengan isi pengajaran dan nasihat. Membaca kisah ini seperti membuka kembali sejarah silam zaman Kesultanan Melayu Melaka yang sangat gah suatu ketika dulu. Ketokohan Sultan Alauddin Riayat Syah amatlah mengagumkan, watak seorang pemimpin yang berkaliber itu memang telah ...

Saya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya

03.02.2008 · Posted in Book Review

Buku ini ditulis oleh Aa Gym, seseorang yang terkenal sebagai ikon penting dalam semangat perubahan Indonesia. Buku ini menyingkap pemahaman mengenai definisi kaya di kalangan umat Islam. Idea yang timbul bermula dengan keperihatinan beliau mengenai masyarakat Islam seluruh dunia, mengapakah kehidupan masyarakat Islam sendiri kurang makmur walaupun mereka memiliki sumber alam yang melimpah ruah? Buku ...

Petunjuk Jalan Kekayaan… (Part 2)

03.01.2008 · Posted in Book Review

  Di dalam buku ini, Chef Li menceritakan bagaimanakah bermulanya kisah kejayaan beliau. Segalanya bermula dengan kebuntuan fikirannya untuk menghadapi masalah perniagaan yang semakin meruncing akhirnya mempertemukannya dengan seorang pakcik. Pakcik tersebut mencadangkannya supaya dia berguru dengan seorang ahli perniagaan yang alim di Indonesia. Berkat kesungguhannya, dia berjaya menemui Pak Kiai dan mempelajari selok belok ...

Nasib Seorang Perantau

02.29.2008 · Posted in Uncategorized

Ketika dalam perantauan, dia terlihat seorang wanita yang amat cantik. Untuk menarik dan mendapatkan perhatian wanita itu,pemuda itu bertekad untuk memenuhi apa juga kehendak. Apa juga yang diinginkan wanita itu, pemuda itu tangkas mengisi keinginan itu. Lalu, berjayalah pemuda itu memikat wanita itu lantas menikahlah kedua-dua pasangan itu. Maka berhiburanlah pemuda itu dalam dakapan wanita ...

Petunjuk Jalan Kekayaan… (Part 1)

02.28.2008 · Posted in Book Review

Buku ini merupakan buku kedua yang saya baca hasil sentuhan seorang penulis yang amat saya kagumi, Chef Li. Ternyata pengalaman yang telah beliau nukilkan di dalam buku ini membuahkan 1001 rasa buat saya dan memberi pelbagai pengajaran. Benarlah seperti yang dikatakan orang, kita boleh belajar melalui pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain dalam mencari ...

Isu Semasa: Pilihan Anda?

02.27.2008 · Posted in Uncategorized

  nuffnang_bid = "81abb0b9d8959815e0d73b413ab3c734"; Baru hari ini saya dapat berpeluang membaca Majalah Millenia Muslim, edisi Mac 2008. Sudah lama rasanya tidak menguliti bahan bacaan sebegini, sebuah majalah Islam sesuai untuk mengasah minda masyarakat Islam. Pelbagai isu yang diketengahkan di dalam edisi kali ini termasuklah isu Pilihanraya Umum yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Di dalam ruangan ...