Who Moved My Cheese?

Image:WhoMovedMyCheeseCover.jpg
Buku ini telah ditulis oleh Dr.Spencer Johnson, seorang pemikir yang berpengaruh dan penulis yang amat dikagumi. Buku ini mengisahkan kisah dua ekor tikus, Sniff dab Scurry dan dua orang manusia kerdil, Hem dan Haw yang ingin mencari keju di sebuah tempat. Mula-mula Hem dan Haw telah menemui sedikit keju di Stesyen Keju C, mereka makan dengan lahapnya. Begitu juga dengan hari kedua dan seterusnya. Beberapa hari kemudian,
Sniff dab Scurry telah menemui tempat tersebut, mereka makan sisa keju yang tinggal. Kemudian, Sniff dan Scurry meninggalkan tempat tersebut terlebih dahulu sebelum Hem dan Haw tiba.

Beberapa ketika kemudian Hem dan Haw amat terkejut bila mereka berkunjung di Stesyen Keju C, tiada satu pun keju yang tinggal. Mereka puas mencari di sekelilingnya sehingga petang tetapi segalanya hampa. Keesokannya, mereka menuju ke tempat yang sama, tetap tiada perubahan – keju yang dicari memang tidak dijumpai. Mereka kelihatan memikirkan ke manakah menghilangnya keju tersebut sehinggalah Haw berfikir untuk mencari keju di tempat lain. Akhirnya Haw membuat keputusan untuk mencari keju di tempat lain, dia mengajak Hem tetapi Hem tetap berdegil dan berusaha untuk mencari keju yang sama di tempat tersebut. Lalu Haw pun membulatkan tekad untuk mencari keju yang lebih banyak dan sedap daripada Stesyen Keju C. Pada permulaannya, perjalanan Haw memang terasa agak sukar, rasa takut sentiasa ada sehinggalah dia menemui suatu stesyen yang terdapat sedikit keju di dalamnya. Walaupun sedikit, Haw tetap berpuas hati dan memulakan langkah yang lebih jauh untuk mencari keju yang lebih banyak, sehingga dia tidak lagi berasa takut untuk berhadapan dengan pelbagai situasi. Akhirnya, Haw berjaya mendapat keju yang diidam-idamkan selama ini di Stesyen Keju N. Ada pelbagai jenis keju dan rasanya pun sangat enak. Di situ juga dia menemui Sniff dab Scurry yang telah pergi mencari keju lebih awal daripadanya. Haw berharap Hem akan hadir bersama mereka di tempat tersebut. Bagaimana agaknya nasib Hem di Stesyen Keju C?

Ulasan Saya

Buku ini merupakan buku motivasi yang paling seronok untuk saya baca. Ya, motivasi melalui suatu cerita dua ekor tikus dan dua orang manusia kerdil yang kita boleh ambil banyak pengajaran daripadanya. Apabila difikirkan kembali, adakalanya juga saya bersikap sama seperti Hem, tidak mahu berubah untuk mencari sesuatu yang lebih baik. Ternyata ia adalah sesuatu yang amat merugikan. Memang saya akui, bukan suatu yang mudah bagi kita untuk berubah. Perasaan takut sentiasa mengiringi fikiran kita, akhirnya satu jalan mudah kita ambil untuk keluar dari masalah tersebut. Ya, kita hindari diri kita dari berhadapan dengan masalah. Kenapa agaknya? Sebab kita nak menjauhkan diri kita daripada sebarang tekanan, kita mahu hidup kita berada di zon tenang. Benarkah begitu?

Sebenarnya, kita hanya sekadar mencipta comfort zone untuk diri kita, tidak lebih dari itu. Itulah kesilapan paling besar yang selalu kita lakukan. Sepatutnya, kita mestilah face to the reality. Mahu atau tidak, kita mesti berhadapan dengan masalah tersebut dan selesaikan dengan cara yang paling baik. Bila masalah tersebut selesai, tiada lagi rasa takut dalam diri kita, kita sentiasa akan menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu yang dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Putuskan untuk berubah, bukankah itu lebih baik?

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Hanya satu idea! (Part 1)

Kolum ini saya buka untuk saya kongsikan bersama sedikit idea yang saya peroleh hasil daripada pelbagai bahan bacaan yang telah saya baca dan hadamkan semuanya, seperti yang disarankan oleh Dr. Irfan Khairi dalam buku terbaru beliau. Kadang-kadang bila dah terbanyak baca buku, macam-macam idea boleh timbul hasil daripada apa yang kita lihat, dengar dan baca. Tapi sayang sekali jika kita tidak berkongsi idea tersebut dengan orang lain, idea yang duduk diam dalam minda kita pasti tidak akan ke mana. Digunakan pun tidak, apatah lagi untuk dikongsi bersama…rugi bukan?

Memang benar, mungkin kita takut sekiranya idea kita diambil orang. Tapi bagi saya, itu tidak jadi masalah kerana otak kita memang diciptakan untuk berfikir. Jika ada satu idea yang muncul dari otak kita, means that otak kita memang cukup kreatif untuk memikirkan pelbagai lagi idea baru setiap kali kita berfikir. Jika satu idea kita diculik orang, apa kita kita janakan lagi minda kita untuk menghasilkan idea yang lebih banyak dan cukup bernas daripada idea yang pertama tadi. Jika tidak percaya, kita boleh flashback idea orang lama dulu-dulu. Cuba ingat-ingat kembali bagaimanakah rupa bentuk motorsikal yang terhasil suatu ketika dahulu? Mula-mula bentuk macam basikal, lepas tu ada enjin kecil, lepas tu bertambah accessories sedikit demi sedikit dan jadilah macam motorsikal di zaman moden ini. Lihat, itu adalah satu contoh perkembangan idea yang benar-benar wujud. Jadi, usah risau jika idea anda diculik orang, masih ada lagi idea kedua, ketiga sehingga ke-n yang bakal muncul!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Mandatori

Novel ini ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang membesar dengan suasana kehidupan yang kelihatan seperti tidak adil. Membesar dengan segala cemuhan dan hinaan daripada orang ramai mengundang pelbagai rasa di hati Amran. Akhirnya, dia turut turun membanting tulang dengan menjadi nelayan kecil di laut dengan harapan usahanya dapat membantu keluarganya yang baru sahaja kehilangan ayah tempat bergantung hidup. Namun, malang tidak berbau…perahu yang dinaiki Amran dan dua orang kampung yang bersamanya telah dipukul ombak, dia sendiri telah tercampak ke sebuah tempat asing.

Kisah yang bermula dengan dendam ini sedikit demi sedikit bertukar menjadi sebuah kisah panjang tanpa kesudahan – dendam yang berbalas dendam. Bermula dengan kes hukuman di tali gantung ke atas seorang pemandu, dendam yang tersimpan di hati Carlos semakin membarah dari hari ke hari. Seorang demi seorang yang menzalimi akan menerima hukuman di tangannya sendiri, dialah penentu hukuman tanpa perlu perbicaraan. Siapakah pemandu yang telah menerima hukuman gantung tersebut? Apa yang menyebabkan Carlos berdendam sedemikian rupa?

Ulasan Saya

Plot kisah ini ternyata amat menarik, penulis berjaya menghasilkan pelbagai watak yang dapat menyembunyikan kisah sebenar cerita ini. Jalan cerita ini memang bercabang-cabang, begitu mengujakan bagi saya untuk mengetahui siapakah Carlos dalam cerita ini, penjenayah yang baik hati atau seorang hakim di dunianya sendiri? Kisah flashback yang berkaitan dengan kehidupan sekarang ternyata banyak menyembunyikan identiti Carlos sebenar. Sungguhpun begitu, saya tidak mahu kalah untuk meneka-neka kaitan Carlos dengan watak-watak lain. Apa kaitan antara Carlos dan Amran di dalam kisah ini? Siapa pula Norman? Ahli perniagaan yang berjaya atau seorang anak yatim yang mewarisi harta dari seseorang? Siapa pula Bogart yang muncul dalam hidup Norman? Memang, suatu bacaan panjang yang memerlukan penelitian semasa membaca. Bersedialah untuk meneka siapakah mereka sebenarnya!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Ungu Karmila

Karya ini telah ditulis oleh seorang penulis yang tidak asing lagi di bumi Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid. Kisah ini bermula dengan sebuah vila berwarna ungu yang dinamakan Vila Sunyi, terletak di Puncak Rimba, Cameron Highlands. Dibina oleh seorang bioteknologis muda yang dipanggil sebagai Tuan Arif oleh masyarakat orang asli di sekitarnya. Dia seorang suami yang penyayang hidup bahagia di samping isteri tercinta, Karmila. Kehidupannya yang menyukai kehijauan alam, berjaya menghasilkan pelbagai penemuan termasuklah penemuan sejenis bunga cantik yang menghiasi ruangan rumah kaca di hujung vila. Suami isteri yang turut berkongsikan hobi yang sama ini turut menanam dan menjual bunga di beberapa buah bandar dengan dibantu oleh pembantu rumah mereka, Jainab yang berasal dari Indonesia. Segalanya berubah setelah berlaku suatu kejadian ngeri di vila tersebut, kematian yang melibatkan Tuan Arif, Karmila dan Jainab. Kes kematian yang tidak berjaya dirungkai oleh pihak berkuasa itu akhirnya menjadi bualan oleh masyarakat setempat, menyimpulkan pembunuh kejadian ngeri itu ialah Tuan Arif sendiri. Kenyataan tersebut kelihatan bercanggah, sukar bagi Arafat untuk menerimanya. Apa yang Arafat rasakan ialah adiknya bukanlah seorang pembunuh! Keadaan tersebut memaksanya bertindak lebih jauh, mengupah orang yang sanggup mencari bukti untuk membersihkan nama baik adiknya. Tetapi rancangan tersebut tidaklah semudah seperti yang dirancangkan kerana segala-galanya berakhirnya dengan kejadian yang lebih mengerikan. Dan dia sebagai seorang abang terpaksa menerima takdir yang memilukan itu dan membuat sekadar yang termampu. Ya, ada kisah lain di sebalik Vila Sunyi ini, hanya mereka yang memasukinya akan tahu puaka Vila Ungu. Siapakah pembunuh Tuan Arif? Apakah misteri yang tersimpan di Vila Sunyi? Ada apa dengan Ungu Karmila? Rahsia itu seanggun namanya, Ungu Karmila!

Ulasan Saya

Akhirnya saya telah pun selesai menelaah segala isi buku ini, Ungu Karmila. Benar, nama itu seanggun rahsianya. Karya ini menggabungkan sedikit cerita mengenai alam mistik dari sudut sains. Pelbagai pandangan dari sudut sains dan bidang paranormal juga telah diadun dengan baik sehingga saya berterus-terusan membacanya, tidak bosan. Terkejut dengan kisah permulaan yang berakhir dengan tragedi pembunuhan. Anggapan saya, kisah ini adalah klimaks kepada cerita. Ternyata sanggahan saya silap, masih ada kisah yang mengerikan selepasnya. Sungguh, suatu kepuasan bagi saya setelah membacanya. Bagi anda yang menyukai cerita alam mistik untuk merungkai misteri ini, cubalah membacanya…mungkin ini kisah alam paranormal yang terlalu sukar untuk diuraikan. Selamat mencari siapakah pembunuh mereka yang sebenar!

“Ia makan untuk hidup, tetapi ia tidak pernah minum”

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

My Story

My Story - Dave Pelzer

Buku ini merupakan sebuah kisah benar sebuah realiti kehidupan, diceritakan kembali oleh seorang pakar motivasi jiwa yang terkenal iaitu Dave Pelzer. Merupakan sebuah karya teragung beliau bermula dari zaman kanak-kanak sehinggalah beliau menginjak dewasa. Kisah ini merupakan antara ribuan kisah benar kes penderaan kanak-kanak yang pernah berlaku di Barat. Bermula daripada seorang kanak-kanak yang ceria yang mempunyai ibu bapa yang penyayang, Dave membesar dengan keadaan yang baik. Segalanya berubah akibat daripada perubahan watak ibunya daripada seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut kepada seorang perempuan yang tidak berhati perut menyebabkan hidup Dave sengsara dan derita. Hari-hari yang dilaluinya bagaikan sebuah mimpi ngeri yang penuh dengan kepayahan. Hidupnya hanyalah bersulamkan derita dan air mata akibat daripada perbuatan ibunya yang tidak bertanggungjawab, dia sudah lali dengan segala sepak terajang, maki hamun dan caci maki seorang insan yang bergelar ibu. Sekolah bagaikan syurganya kerana ada guru-guru yang sering mengambil berat dan bertanyakan khabar dirinya, tempat untuk dia bermain-main dan bersukaria seperti kanak-kanak seusianya. Walaubagaimanapun, pelbagai amaran akan diberikan oleh The Mother untuk menyekat kebebasannya dan menjadi kewajipan baginya untuk menuruti segala perintah tersebut. Jika engkar, buruklah padahnya.

Kehidupan Dave hanya berubah setelah diselamatkan oleh beberapa orang guru yang bertanggungjawab di sekolahnya dan segalanya berakhir. Pengalaman tersebut sedikit demi sedikit mengajar Dave menjadi seorang insan yang tabah dan bertanggungjawab. Dengan penuh rasa tanggungjawab, beliau mula mengendalikan ceramah mengenai kes-kes penderaan kanak-kanak semata-mata untuk menyedarkan orang di sekililingnya mengenai kesan kes-kes sebegini terhadapan pembangunan mental kanak-kanak. Buku ini mengungkap segala kisah suka duka Dave, cabaran hidup seorang kanak-kanak mangsa penderaan. Apakah kesudahan cerita ini? Bagaimanakah hubungan antara Dave dan ibunya setelah dia menginjak dewasa? Kompilasi tiga buah buku ini merupakan karya agung realiti kehidupan yang harus kita selami. Ya, kanak-kanak itu suci. Jangan coretkan hidup mereka dengan calitan hitam kerana putih lebih baik.

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Bila Tuhan Berbicara

Bila Tuhan Berbicara

Novel drama sentuhan Faisal Tehrani ini bemula dengan tiga orang pemuda yang terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Sahlan, Saintis yang ingin menjadi wanita, Razlan pula seorang ektremis agama manakala Mazlan pula ialah seorang doktor yang masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka bangun kembali setelah tertidur beribu tahun lamanya dan telah dikejutkan oleh sebuah dunia baru yang diperintah oleh seorang wanita, Paduka Ratu. Pelbagai perihal Paduka Ratu, Mak Tua dan Memanda Menteri yang sedang mencari-cari guideline yang terbaik dalam membina negara ‘Dunia Baru’ mereka. Bukan mudah bagi mereka untuk mencari guideline tersebut sehinggalah mereka menemukan tiga orang pemuda ini bagi membina sebuah peradaban yang diidam-idamkan.

Ulasan Saya

Novel ini berjaya mengajak kita untuk berfikir akan keadaan kita pada hari ini. Selama ini Tuhan telah pun berbicara dengan kita melalui pelbagai bahasa seperti bahasa Tsunami, gempa bumi dan banjir. Hanya kita yang selalu tidak mahu memikirkan bahawa inilah bicara Tuhan, seringkali tidak memahami apa maksud yang tersirat di sebaliknya. Sahlan yang dilihat seperti seorang vulkanologis pengecut bijak menafsir kata-kata Tuhan melalui kajiannya. Razlan pula berjaya memperlihatkan sisi baik seorang muslim, merupakan seorang ilmuwan agama yang mempraktikkan ilmunya dan sentiasa bertidak sebagai pendamai. Mazlan, seorang doktor yang berpengetahuan luas dalam bidang perubatan telah menyumbangkan sedikit pengetahuan mengenai sejenis penyakit aneh yang dideritai oleh manusia di Dunia Baru. Atas titah perintah Paduka Ratu, mereka bertiga dikehendaki mengubati penyakit aneh manusia Dunia Baru tersebut. Berjayakah mereka dalam misi tersebut? Hukuman apakah yang menanti sekiranya mereka gagal? Prosa segar Faisal Tehrani ini memang harus dimiliki!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Nota Jutawan: Nota Motivasi

 

promo-pics.jpg
Buku ini merupakan karya terbaru Dr. Irfan Khairi, seorang jutawan internet melayu yang terkenal di Malaysia. Buku ini bukanlah mengenai perniagaan internet, tetapi merupakan sebuah nota catatan pengalaman daripada seseorang yang telah pun berjaya mencapai taraf jutawan. Siapa yang tidak mengenali Dr. Irfan Khairi? Seseorang yang merancang untuk menjadi jutawan ketika berumur 18 tahun, tiga tahun kemudian barulah beliau berjumpa dengan perniagaan yang secara kebetulan melalui Internet. Memiliki buku ini seperti menimba pengalaman seorang jutawan, amat wajar bagi anda yang berimpian menjadi seorang jutawan. “Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan”, ujarnya lagi. Anda bagaimana?

Ulasan Saya

Memiliki buku ini sememangnya amat memuaskan hati, setiap muka surat adalah berwarna penuh dan menggunakan kertas glossy. Saya kira buku ini memang adalah hadiah yang terbaik buat anda sekiranya pernah mengimpikan hidup sebagai seorang JUTAWAN! Ya, ini bukan fantasi seperti yang dikatakan oleh Dr. Irfan Khairi sendiri. Yang penting, anda mestilah mempunyai karakter, sifat dan mentaliti seorang jutawan. Bagaimana? Nota Jutawan: Nota Motivasi inilah jawapannya.

Bagaimana Menggunakan Buku Ini?

Pertama kali saya melihat buku yang mempunyai rules yang tersendiri, unik bukan? Terdapat 5 rules yang perlu anda ikut jika anda benar-benar ingin mendapat manfaat dari buku ini, iaitu:

  1. Beli sebuah. Meminjam baca tidak memadai. Dr. Irfan bertanya, “Apa yang anda patut labur jika hari ini anda memiliki RM 39.90?” jawapannya, “Beli, buku ini!”
  2. Baca berulang kali, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terulung negara berkata: “Anda perlu baca 21 kali untuk dapat menghayatinya.”
  3. Salin atau tulis quotation dalam buku ini yang menarik perhatian anda. Baca setiap hari. jangan meminjamkan buku ini kepada kawan.
  4. Anda hanya boleh meminjamkan wang untuk dia membelinya.
  5. Beli sebuah lagi untuk anda hadiahkan kepada orang yang anda sayangi: Suami anda… bos anda… pengurus anda… anak didik anda… bapa anda… ibu anda… pak cik & mak cik anda… cikgu anda… murid anda..

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Rahsia Blogger

Buku ini telah ditulis oleh salah seorang daripada internet marketer yang ada di Malaysia iaitu Mohd Suhaimy Abu Bakar a.k.a. Shuth dan Mohd Farid Sulaiman. Kandungan buku ini adalah berkaitan dengan Blog, sesuai dengan newbie yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging.

Pelbagai tips dan teknik yang menarik mengenai dunia blogging telah dihuraikan di sini, antaranya ialah bagaimana mempromosikan blog, bagaimana membuat duit dengan blog dan tips-tips untuk menghasilkan sebuah blog yang hebat!

Jika anda seorang blogger yang ingin menjana pendapatan melalui blog, sudah tentu buku ini merupakan satu buku yang bernilai buat anda bagi memulakan langkah awal anda.

Ulasan Saya

Pertama kali menatap buku ini di MPH, saya berasa cukup tertarik melihat buku ini. Ya, sememangnya buku inilah yang saya cari selama ini. Pelbagai benda baru mengenai dunia blogging telah saya pelajari melalui buku ini, memang sesuatu yang bernilai untuk saya miliki.

Isi kandungannya memang sangat sesuai untuk seorang newbie seperti saya, sedikit-sedikit saya menelaahnya dan memahaminya satu-persatu. Jika boleh saya tidak mahu ketinggalan dalam memahami ilmu-ilmu blogging ini walau sedikit pun kerana saya tahu di sini peluang saya lebih luas lagi.

Ditambah pula dengan tips-tips hebat yang telah dipraktikkan sendiri oleh penulisnya, tentu saya juga boleh menjadi blogger seperti mereka. Harga buku serendah RM29.90 memang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Tidakkah anda mahu menjadi seorang blogger yang hebat seperti mereka? Apa kata jika anda milikinya sekarang?

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Menjejaki Jutawan Senyap

Jutawan Senyap

Buku ini telah ditulis oleh Datuk Dr Haji Rusly Abdollah @ Chef Li. Beliau merupakan seorang bekas pegawai bank yang telah berjaya mebina empayar jutawannya sendiri yang dikenali sebagai Chef Li Training Centre (CLTC) atau dikenali sebagai Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Apa yang menarik di dalam buku ini ialah cerita mengenai kisah-kisah orang yang bergelar jutawan senyap yang ada di bumi Malaysia, iaitu orang yang paling hampir dengan kita. Kisah ini diceritakan dalam bentuk yang amat menarik, kisah yang bermula dari seorang insan kerdil yang berjaya mengatasi kekerdilan dirinya, seterusnya menjadi jutawan senyap tanpa sedar. Formula ini sama seperti seekor penyu yang menghasilkan telur beribu-ribu, lalu ditimbus dengan pepasir pantai, kemudian kembali ke laut bersama genangan air mata sahaja. Langsung tidak sama dengan kisah ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung. Mendalam maksudnya, bukan?

Ulasan Saya

Pada mulanya saya memang berminat hendak membeli buku ini setahun yang lalu, tapi disebabkan sinopsis yang saya baca di belakang buku adalah berkaitan dengan seorang chef dan bidang-bidang masakan, jadi saya pun kurang berminat untuk membeli. Hinggalah suatu hari dalam awal tahun 2008, hati saya terdetik untuk membeli buku ini. Ternyata buku ini mempunyai aura yang sangat dahsyat buat pembacanya, begitu mengujakan! Tidak sampai separuh hari saya telah pun selesai membaca buku ini dengan penuh tekun dan teliti, hairan sungguh…Kebiasaannya, masa paling singkat untuk saya menelaah satu buku adalah lebih kurang sehari. Kenapa agaknya? Apa ada pada buku ini?

Buku ini adalah seperti buku motivasi, tapi sebuah motivasi realiti dari pelbagai kehidupan yang berbeza yang telah diadun dengan begitu baik. Mengenali buku ini seperti membuka satu dimensi baru dalam hidup saya, baru saya faham siapa yang selayaknya bergelar jutawan. Minda saya baru terbuka dan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan berjualan air di tepi jalan sahaja boleh menjadi jutawan, setujukah anda? Sebelum ini agak sukar bagi saya untuk menerima pendapat sebegitu kerana saya tidak nampak dan lihat sendiri kejayaan orang-orang sebegini. Tapi, bila saya menatap dan menghayati kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini, ternyata ia memang benar dan saya rasa sudah jauh ketinggalan dengan pemikiran orang-orang “business minded” seperti ini. Saya baru berfikir sedemikian semasa menjalani training di bidang Quality Engineering, kami didedahkan dengan pelbagai aspek yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang Entrepreneurship. Matlamat training ini pun untuk membantu siswazah yang menganggur mendapatkan kerja. Di sinilah bermulanya langkah pertama saya mengenali dunia keusahawanan ini setelah diasak dengan pelbagai pemikiran yang mampu mencambahkan idea kreatif dan mematangkan pemikiran.

Percayalah, anda tidak perlu bermimpi menjadi seorang jutawan seperti Donald Trump, Robert Kiyosaki atau Bill Gates yang mungkin terlalu berbeza dengan dunia kita. Ramai lagi jutawan yang tidak diwar-warkan di Malaysia ini hanya kerana mereka bukanlah sesiapa dan itu lebih mudah bagi anda untuk mengikuti jejak mereka. Jika anda mahu mengenali Sutinah, Suzana, Hamidon serta beberapa orang warga Indonesia yang berhijrah ke Malaysia dan telah menempa nama sebagai JUTAWAN SENYAP, pelajarilah semangat mereka daripada buku ini! Selamat Membaca!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Dunia Ini Penuh Wang

Dunia Ini Penuh Wang

Buku ini telah ditulis oleh Razzi Armansur dan diterbitkan oleh Syarikat PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Buku ini menceritakan akan kepentingan wang dalam hidup kita, tetapi ia bukan bererti kita hidup demi wang. Wang untuk hidup dan hidup bukanlah untuk wang, berbeza bukan? Sekiranya hidup anda adalah demi wang, sudah tentulah anda akan menjadi hamba wang, anda akan menjadi rakus dan tamak haloba dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wang, halal dan haram pun sudah tidak penting lagi. Buku ini turut memperlihatkan anda supaya mempercayai bahawa dunia ini penuh wang. Tanpa kepercayaan sebegini, anda mungkin akan merasakan bahawa mencari wang adalah sesuatu yang sangat sukar. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan wang, tetapi kita perlulah mementingkan kualiti dahulu sebelum menjana wang dengan lebih hebat!

Ulasan Saya

Ada apa dengan kualiti?

Kerana wang akan datang selari dengan kualiti. Semakin tinggi kualiti yang ada, semakin tinggilah nilai pulangannya nanti. Tidakkah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Sebagai contoh, anda memiliki sebuah syarikat perunding motivasi, syarikat anda mendapat banyak undangan untuk sesi motivasi pelajar di sekolah-sekolah. Disebabkan sifat tamak dan haloba anda yang ingin mengaut keuntungan dengan cepat bagi setiap projek, anda menambah yuran motivasi tersebut sehingga berkali ganda lebih harganya. Akhirnya fokus anda hanyalah kepada jumlah wang yang akan anda dapat dan nilai kualiti yang sepatutnya diberikan untuk sesi motivasi terabai… Akhirnya syarikat anda yang baru sahaja hendak mula bertapak telah jatuh MERUDUM. Puncanya? Anda hanya GILAKAN WANG semata-mata tanpa meletakkan kualiti sebagai perkara yang utama. Silap bukan?

Saya amat mempercayai teori kualiti tersebut. Anda pula bagaimana?

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb