Banner
Ada Apa Dengan Zakat Pendapatan? (…Part 1)
This is my site Written by kakeru on March 13, 2008 – 11:43 pm

Saya terpanggil untuk menulis cerita mengenai zakat di sini. Segalanya bermula setelah seorang housemate saya, seorang guru bercerita mengenainya, membuatkan saya berfikir mengenainya. Beberapa hari kemudian, saya pun menjejakkan kaki ke Pusat Zakat Selangor yang berdekatan dengan tempat kerja saya. Daripada jadual zakat yang diberikan saya dapat mengetahui secara jelas berapakah jumlah wang yang saya perlu zakatkan daripada gaji yang diperolehi. Bagaimana dengan anda pula? Di sini saya coretkan sedikit info mengenai zakat pendapatan.

Zakat pendapatan bermaksud zakat perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Maksud Pendapatan

Gaji

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh: Gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat) dan lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Kepakaran

 

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh: Khidmat guaman, khidmat nasihat, Juru perunding dan rawatan perubatan.

Penjelasan Dalil

Dari surah Al-Baqarah (2:267), Firman Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”

Allah menjelaskan bahawa segala hasil usaha yang baik itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

(Artikel ini disunting daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat_pendapatan)

Jelas di sini bahawa zakat pendapatan merupakan sesuatu yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Tapi, adakah kewajipan ini terpikul ke atas bahu setiap individu muslim? Apakah syarat wajib zakat pendapatan sebenarnya? Saya tidak memikirkan hal ini sebelumnya sehinggalah apabila ada rakan-rakan yang bertanya: Adakah mereka wajib berzakat? Oh, nampaknya saya telah terlupa akan syarat wajib berzakat. Hal ini akan saya bincangkan di dalam post akan datang pula.

Hingga bertemu kembali!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

2 Responses »

  1. Pendapatan perlu dizakatkan. Tak ragu lagi. Dengan memberi Allah membalas dengan lebih agar kita dapat beri lebih. Cantik prosesnya. Cuma saya perhatikan kaedahnya tak jelas. Dulu Zakat Selangor beri pilihan. Ada potongan itu ini macam kaedah income tax pula atau 2.5% jumlah income. Mulai tahun lepas, dalam formnya dah siap dibuat potongan mengikut format dan input yg diperlukan. Akhirnya tengok tak perlu bayar zakat.

    Tapi bila pikirkan orang tanam padi kena bayar. Mereka miskin. Hati rasa “tak sedap” pergi kat pejabatnya dan jelaskan. Pegawainya tanya nak bayar berapa. Pada time begini memang duit tu sukar so saya bayar setengah daripada jumlah sekiranya dasarkan kepada kiraan atas total income. Hati masih tertanya2 betulke kaedah Zakat selangor tu atau ada pendapat lain?

  2. Mula2 saya rasa okey bila melihat kadar zakat yang sepatutnya dibayar oleh setiap org yg bergelar muslim. Kadar tertentu mengikut tangga pendapatan.

    Tapi, saya juga tidak dapat hendak menjawab persoalan rakan2 saya mengenai kadar sebenar, bagaimana jika mereka ada tanggungan yg lain. Cth: masih ada hutang dgn PTPTN lagi. Bagaimana agaknya?

    Tapi dalam risalah tersebut menyatakan bahawa jika ada tanggungan, zakat tersebut akan berlainan nisbahnya. Tapi ia tidak dinyatakan lebih jelas.

    Nampaknya saya perlu bertanya kepada pegawai zakat tersebut lebih lanjut nanti. Jika ada jawapannya, saya pasti akan kongsikannya bersama di ruangan ini. Boleh ya, Ishak?

Leave a Reply