Written by kakeru on February 15, 2008 – 10:55 pm
Kolum ini saya buka untuk saya kongsikan bersama sedikit idea yang saya peroleh hasil daripada pelbagai bahan bacaan yang telah saya baca dan hadamkan semuanya, seperti yang disarankan oleh Dr. Irfan Khairi dalam buku terbaru beliau. Kadang-kadang bila dah terbanyak baca buku, macam-macam idea boleh timbul hasil daripada apa yang kita lihat, dengar dan baca. Tapi sayang sekali jika kita tidak berkongsi idea tersebut dengan orang lain, idea yang duduk diam dalam minda kita pasti tidak akan ke mana. Digunakan pun tidak, apatah lagi untuk dikongsi bersama…rugi bukan?
Memang benar, mungkin kita takut sekiranya idea kita diambil orang. Tapi bagi saya, itu tidak jadi masalah kerana otak kita memang diciptakan untuk berfikir. Jika ada satu idea yang muncul dari otak kita, means that otak kita memang cukup kreatif untuk memikirkan pelbagai lagi idea baru setiap kali kita berfikir. Jika satu idea kita diculik orang, apa kita kita janakan lagi minda kita untuk menghasilkan idea yang lebih banyak dan cukup bernas daripada idea yang pertama tadi. Jika tidak percaya, kita boleh flashback idea orang lama dulu-dulu.



































