Banner
Idea 1: Bagaimana Mengawal Bajet Anda?
This is my site Written by kakeru on February 16, 2008 – 11:26 am

Bila saya mengunjungi kedai buku MPH di Mid Valley, saya perlu melalui pelbagai kedai di sekitarnya. Ada kedai roti La Bahome, Carrefour, KFC, Pizza Hut…nasib baiklah kebanyakan kedai tersebut berada di level bawah, jika tidak habis wang di poket saya… Bagi saya, inilah masalah kebanyakan orang lebih-lebih lagi bila gaji baru keluar ataupun baru dapat study loan. Macam-macam benda yang terlintas di fikiran kita, selalunya benda tu bukanlah penting sangat pun. Bagi saya, fenomena ini memang menyusahkan. Kadang-kadang kita keluarkan sejumlah wang untuk benda yang tidak perlu. Teringat pada suatu kata-kata yang pernah saya baca dahulu, dahulukan keperluan bukan keinginan. Tapi, bagaimana sekiranya senarai keperluan anda telah pun mencukupi?

Cara mudah yang pernah saya lakukan ialah dengan membawa wang sekadar yang mencukupi untuk barang-barang keperluan sahaja. Sebelum itu, tulis dahulu senarai barang keperluan yang perlu dibeli serta anggaran perbelanjaan. Benar, saya telah pun mempraktikkannya. Ketika singgah di Carrefour, saya hanya ada sedikit barang yang diperlukan. Tapi bila melihat ada diskaun hebat ketika itu, hati mula menimbang-nimbang…nak beli ke tak nak? Tak beli rugi… Tapi kalau beli, duit tak cukup…nanti tak cukup tambang pula nak pulang ke rumah… Ya, lihat! Situasi ini menyebabkan saya meletakkan kembali barang-barang yang tak perlu itu dan terus pergi ke kaunter untuk membayar barang-barang yang perlu sahaja. Mudah bukan? Jika saya tidak mempunyai rancangan untuk membeli apa-apa, saya hanya membawa sedikit wang yang cukup-cukup untuk tambang bas dan nasi untuk makan tengahari sahaja, RM10 sahaja sudah pun mencukupi untuk sehari. Sedikit sebanyak ia melatih saya untuk lebih berdisiplin dan menghargai wang yang sedia ada.

Tapi, bagi anda memiliki kad kredit, anda mestilah meninggalkannya terlebih dahulu di rumah. Jika anda membawanya bersama ketika anda membeli-belah, anda mesti menganggap anda memang tidak boleh menggunakannya kerana anda telah mempunyai bertimbun-timbun hutang di keliling pinggang! Jadi, perlukah anda menggandakan hutang anda? Orang lain menggandakan wang, anda pula menggandakan hutang? Siapa pula yang sanggup menanggung beban hutang anda setelah anda meninggal dunia?… Ya, jika anda memikirkan hal-hal seperti ini, pasti bajet bulanan anda adalah seperti yang dirancangkan.

Apa pula cara mudah bagi anda untuk mengawal bajet setiap bulan? Kongsikan idea anda untuk tatapan semua di sini. Lebih bagus jika anda pernah mempraktikkannya dan ceritakan keberkesanannya di sini!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

Leave a Reply