Written by kakeru on March 7, 2008 – 11:25 pm
Salam sejahtera buat semua!
Sebenarnya saya ingin mempraktikkan ilmu yang telah saya pelajari di dalam buku Teknik Melukis Kartun dan Komik seperti yang telah saya ulas sebelum ini. Tetapi jadi benda lain pula kerana saya tidak berkesempatan untuk melukis dan memaparkannya di sini step by step. Hanya selakar kartun yang mampu saya coretkan untuk tatapan semua. Sila lihat kartun di bawah:

Bagaimana? Mesti agak teruk
Ulasan Saya
Anda sepatutnya mempraktikkan segala ilmu yang telah anda pelajari, jadikan cerita ini sebagai teladan buat anda. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin mempelajari bidang ilmu tertentu, belajarlah daripada guru yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan pula belajar daripada ketam kerana ketam hanya akan menunjukkan jalan yang senget sahaja. Jika minat melukis, apa salahnya jika anda belajar daripada buku Teknik Melukis Kartun dan Komik. Anda pasti tidak rugi!




































sy setuju dgn ulasan tu..
wah! canteknya..ok pe baru try2 melukis da jd cantek..teruskan melukis kakeru..
Terims kasih, Beduz and Hafifi. Sebenarnya saya ada sikit2 pengetahuan mengenai cara melukis sejak zaman kanak-kanak dulu. Tapi bila baca buku ini, saya dapat mempraktikkan teknik2 melukis dengan lebih smooth dan bagus. Nanti saya tunjukkan dalam post akan datang jika awak berdua berminat.