Banner
Tag Kedua
This is my site Written by kakeru on April 25, 2008 – 1:07 am

 

Bila saya kena tag lagi, saya pun termangu-mangu mencari idea… By the way, thanks to komenebook dan IM Mohd Amirol kerana telah mengetag saya dengan jayanya. Sebagai makluman, tag ini bermula daripada Afzai Afandi.

 

Untuk mengetag, beberapa syarat wajib dipatuhi:

  • Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
  • Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
  • Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
  • Jawab dengan segera sekiranya anda di‘tag’

 

5 lagi perkara pertama di dalam hidup saya (yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan) ialah:

  1. Pertama kali duduk asrama ialah semasa di Tingkatan 4. Rasa seronok dan happy yang teramat. Inilah kali pertama berjaya melarikan diri dari rumah, even distance antara asrama dengan rumah cuma sejam sahaja…haha…tak kisahlah.
  2. Pertama kali belajar di negeri orang semasa level Pra-U. Itulah pertama kali bermastautin di Kedah, memang happening tahap excited terlebih. Kira kali kedua berjaya melarikan diri dari rumah dengan jarak yang agak jauh sedikit compare dengan waktu duduk di sekolah berasrama dahulu. Pertama kali juga belajar fly dari asrama dengan geng-geng satu dorm. Ya, pertama dan selamanya… Tak lari ke mana pun, sekadar makan-makan kat rumah family sahabat satu dorm di Seberang Jaya sampai petang. Sempat juga bergambar kenangan depan IPD Kulim sehingga terserempak dengan seorang pakcik bas kolej…ai..ai..habislah…
  3. Pertama kali tahu bahawa Malaysia mempunyai pelbagai loghat bahasa yang berlainan semasa study di Kedah dahulu. Ingatkan semua rakyat Malaysia menggunakan bahasa harian seperti yang saya gunakan. Rupa-rupanya jangkaan saya meleset sama sekali…haha…cetek sungguh ilmu saya. Tambah pula berkawan dengan orang Utara dan Pantai Timur, of course la…semakin banyak perbendaharaan kata saya. Ada yang sebut biskut tu roti, roti pun roti, ada yang kurang huruf, ada pula yang terlebih huruf… Oh, maafkan saya! Tiada niat untuk memburukkan sesiapa pun di sini. Kesemua pengalaman ini saya kutip ketika bersinggahan di bumi orang. Lain orang lain bahasanya, betul kan ? Patutlah orang kata jauh berjalan luas pandangan, inilah hikmah di sebaliknya.
  4. Pertama kali kerja part time di bahagian customer service (tukang angkat telefon) di sebuah syarikat makanan segera di PJ. Memang mencabar kerja di sini, kalau tidak kena marah sepanjang hari memang pelik. Kalau tak kena marah dengan customer, supervisor pula mengambil peranan. Then pengurus pula…boleh kata telinga ini semakin tebal hari ke hari menahan maki-hamun mereka, dah terimmune dah. Begitulah sukarnya ingin mencari sesuap nasi selepas tamat pengajian, pengalaman yang mengajar erti hidup. Segalanya mengingatkan saya akan kepayahan mak ayah mencarikan rezeki buat kami adik-beradik…
  5. Pertama kali pergi interview jarak jauh hingga ke Penang sorang-sorang. Sebelum ini pernah juga berbuat sebegini, tapi setakat sampai di Perak, takde hal sangat… Aci redah je pi sana, beli tiket on the spot terus ke Nibong Tebal. Sempat solat Asar, tahan teksi untuk terus ke kilang yang jauh di pedalaman. Around pukul 5 lebih baru sampai sana, masa interview pula sehingga pukul 7 petang. Habis interview, masalah lain pula timbul ~ tiada bas untuk keluar. Nak tumpang bas kilang pun tak dibenarkan, nak tumpang solat kat surau kilang dulu pun Pak Guard tak bagi…huhu… Call teksi tapi depa tak nak sebab jalan jam, maklumlah time tu ada Pesta Penang pulak, isk3x… Nak tak nak, tumpang van kakak-kakak minah kilang tu la, save gak budget. Sampai bus stand terus solat jama’, selepas tu terpaksa fikir nak naik bas jam berapa. Takut sampai pudu awal pagi, macam-macam hal boleh jadi. Alhamdulillah, Allah temukan dengan seorang kenalan, student master dari USM yang sama-sama ingin pulang ke KL. Sambil bersembang sedikit, seorang kawannya pula datang menjengah untuk menemaninya. Sempat pula rakan baru saya ini membawa saya berjalan-jalan sekitar USM (sebenarnya saya ingin mengeluarkan sedikit wang untuk membeli topup). Terasa seperti seorang pelancong yang bahagia menghirup udara malam yang segar, melewati padang yang luas dan bangunan-bangunan di sekitar kampus. Membonceng motorsikal dan bergaya dengan sut formal ~ ah, memang aneh! Akhirnya, kami selamat tiba di Pudu Raya pada keesokan harinya setelah beberapa jam perjalanan bermula jam 12 tengah malam. Rasanya inilah journey yang paling adventure dan bermakna dalam hidup. Even result interview tidaklah seperti yang diharapkan, setidak-tidaknya saya telah berjaya memberi peluang kepada diri untuk menghadirinya dan berani untuk memberikan presentation yang terbaik. Lagipun ini bukanlah kali pertama menghadiri interview dan mendapat keputusan sebegini. Apa yang lebih penting ialah pengalaman berharga yang dapat saya kutip along the journey ~ memang nervous, tapi Allah kan ada…

Another 5 person yang saya nak tag ialah:

1.Shueqry – blogger yang penuh dengan aura motivasi

2.Eiyra – blogger yang suka baca buku

3.Jagung – blogger yang gemar memberi komen bernas di blog ini

4.Orizz – blogger yang boleh memberi inspirasi buat semua

5.Koreen79 – blogger yang mempunyai blog berkaitan keusahawanan

Terima kasih buat anda jika sudi menjawabnya!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

6 Responses »

  1. thanks.Sudi panjangkan dan meriahkn blog ni.Suka dgn citer kelima tu :)

  2. ni mesti keje angkat col order pizza kn?!…comfem..aku pn pnah keje ctu..

  3. Thanx, bro Afzai. Cerita ke-5 tu mmg membekas di hati saya, pengalaman yg amat menyeronokkan!

    Azuwan, klu dah tahu senyap2 je tau… Syy… :p

  4. (salam) sori kakeru, lama tak singgah..jadual sendat! :-)

    nice story, boleh la saya tag lagi ni..sure storynya lebih panjang lagi…hohohoho

    p/s: tadi saya ada hantar ke kakeru satu email pada ruangan hubungi, hope kakeru check ya! thanks..

  5. […] Kakeru - Satu-satunya perempuan yang aku TAG […]

  6. Salam wat komenebook & emet,

    Owh, awak pun nak tag saya lagi ke..? ISh3, dahsyat juga kuasa tag ni ye… Kenal melalui tag je kalau suka blogging.

    Macam emet nih.. See, saya kena tag lagi. Thus ada 2 hutang tag, dr Cikgu Azleen & emet.

    Urmm…wait n c ya!

Leave a Reply