Banner
Tag Pertama
This is my site Written by kakeru on April 3, 2008 – 3:53 am

Salam buat semua,

Entry kali ini sebenarnya dedicated to Beduz dan Dauz kerana dua bro ini telah menge‘tag’ saya rupa-rupanya. Seperti yang dikatakan oleh Beduz, saya juga kurang memahami apa itu ‘tag’, dan ini permulaan bagi saya mengenalinya.

Setahu saya tag untuk blog, tapi cari ini macam viral marketing strategi pula. Permainan tag ini telah dimulakan oleh saudara Afzai Afandi. Tajuknya ialah 5 perkara pertama dalam hidup anda. Syarat tag ini adalah seperti berikut:

1) Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.

2) Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.

3) Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

4) Jawab dengan segera sekiranya anda di‘tag’

Okey, di sini saya kisahkan 5 perkara pertama dalam hidup saya sebagai memenuhi undangan dari Beduz dan Dauz. Semuanya berkisar mengenai the journey of my life to be one of the great internet marketer. Selamat Membaca!

  1. Idola Netpreneur Melayu pertama ialah Dr. Irfan Khairi. Saya berasa sangat teruja dengan pencapaiannya sebagai Netpreneur Melayu yang pertama. Buku hasil tulisannya juga merupakan buku pertama yang membuka minda saya untuk mengenali dunia internet.
  2. Workshop pertama mengenai internet marketing yang telah saya hadiri ialah Power Success Marketing oleh xifu saya yang amat saya hormati, Mr. Dechen Lau. Selepas grad, saya mengikuti latihan industrial training di Shah Alam. Dalam masa yang sama, saya turut mengintai peluang untuk meneruskan cita-cita saya sebagai seorang Netpreneur yang berjaya seperti Dr. Irfan Khairi. Peluang terbuka bila saya menghadiri satu workshop preview mengenai dunia internet yang telah dijalankan di Hotel Summit Subang Jaya…masa ini terpaksa ambil cuti daripada training untuk meneruskan cita-cita. Mula-mula terkilan sebab tiada wang untuk membayar yuran untuk ke workshop selama 2 hari. Tapi, setelah berjumpa dengan anak murid xifu saya, terus saya bersemangat untuk meneruskan cita-cita. Saya dibenarkan membayar yuran workshop secara beransur-ansur sebanyak RM300/month selama hampir setahun, itu pun setelah ditolak 20% diskaun (kerana saya bergelar pelajar on training ketika itu)… Erm…memang suatu pengorbanan yang tak dapat dilupakan. Manakan tidak, elaun training hanyalah RM 500/ month tolak RM300 = RM200 sahaja…tambahan pula duduk di KL…sewa rumah dan bil-bil sahaj sudah sebanyak RM150. Can you imagine that? Alhamdulillah, masih ada juga rakan-rakan yang sudi membantu di kala itu. Tapi, bila lecturer masa training bertanya mengenai bisnes yang ingin dilakukan oleh pelajar, impian saya langsung tidak dipandang. Bagi saya tidak mengapa, ia satu cabaran buat saya!
  3. Web pertama saya ialah www.myartofdesign.com yang dibeli dari GoDaddy. Ini hanyalah web percubaan semasa mengikuti kelas, tak tahu nak letak nama apa lagi, maklumlah baru nak mengenali dunia internet. Sebelum tu istilah seperti domain, hosting pun tak tahu apa bendanya… Tapi sekarang, web tu sudah tiada lagi.
  4. Blog pertama saya yang mempunyai hosting yang dibeli sendiri ialah http://readercircle.com ini. Hosting untuk web sebelumnya itu adalah percuma setelah menghadiri workshop Internet Marketing tersebut. Blog ini berkisar mengenai review buku-buku yang telah saya beli dan baca. Terima kasih kepada saudara SmartZul di atas Ebook Panduan Wordpress beliau. Bagi saya saudara Zul juga merupakan salah seorang guru internet saya yang hebat! Sebelum ini pernah belajar di workshop pertama saya on how to setup blog using wordpress, tapi selalu konfius…
  5. Bayaran pertama yang telah saya terima dari internet ialah sebanyak $1.62 sahaja melalui sedikit komisyen hasil daripada penjualan sejenis barang di sebuah website di US. Terima kasih buat xifu kedua saya, Mr. Jeffery Tang! Banyak ilmu mengenai Google Adwords yang telah saya pelajari daripadanya.

Sekadar tambahan, dedikasi saya yang terakhir:

  1. Rakan blogger yang pertama ialah Wan Abdul Aziz a.k.a. Wan, founder http://bolacyber.com. Beliau merupakan orang yang sanggup menolong saya untuk setup readercircle.com ini. Sungguh saya tak sangka, ada juga insan yang begitu baik hati untuk menolong saya. Sepanjang satu hari saya menghadap laptop dan menumpukan sepenuhnya kerja membina blog, letih rasanya kerana dihadapkan dengan pelbagai benda yang memeningkan. Akhir sekali selesai juga kerja tersebut di atas pertolongan Hamba Allah yang baik hati ini. Terima kasih sekali lagi buat Wan. May Allah bless you!

Okey, dah habis… Maaf jika anda letih membaca dan menghayatinya, sekadar dedikasi buat yang pertama. Ya, biasanya yang pertama ialah perkara yang selalu diingati. Bak kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang…

Di sini saya turut tidak melepaskan peluang untuk menge’tag’ 5 orang blogger lain yang saya kenal di dunia maya ini:

  1. Wan – Founder http://bolacyber.com, rakan blogger yang sangat dihormati.
  2. Labanon – Adik Netpreneur yang berjaya. Terima kasih kerana menolong saya memahami Google Adsense.
  3. Cikgu Azleen – Seorang cikgu yang telah membuat review yang sangat bernas ke atas readercircle.com ini.
  4. SmartZul – Seorang penulis Ebook Panduan Asas Wordpress.
  5. Admin http://komenebook.com/ – Seseorang yang rajin melawat blog saya.


Bagi anda yang telah saya tag ini, bolehlah melangsaikan permintaan ini secepat mungkin ya. Terima kasih di atas segalanya!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Posted in  

16 Responses »

  1. Terima Kasih sis sebab membalas tag saya :)
    Barulah saya mengenali sis untuk lebih dekat..

    BAYARAN PERTAMA??Wah hebat jugak tu..walaupun sedikit saya pasti sis gembira dengan hasilnya :)

    Nampaknya sis pun minat kat Dr. Irfan Khairi :)

  2. salam kakeru! maaflah lama sangat2 tak jenguk sini.. sibuk? buat2 sibuk tu ada la :) walau apa pun teruja membaca artikel ini.. rasanye sikit je bantu tu.. panjang pula ingatan kakeru ni ye.. hmm nampaknya ni first time kena tag, kekok juga ni, tapi insya-Allah akan cubalah penuhi permintaan tu hm tempoh pun lambat lagi kan.. sempat sempat,

    Alhamdulillah dah makin maju blog ni.. pengunjung pun dah makin ramai good luck n congratulate

    Kat sini ada promo la Kakeru:
    http://maribaca.blogspot.com/2008/04/clearance-sale.html

  3. Terima kasih wat Dauz dan Wan. Sebenarnya saya pun tak pernah kena tag, so konfius juga…Tak tahu nak tulis apa, terlalu byk yg pertama, hehe.. :)

    Dauz, dari dulu saya memang suka dan seronok mendengar cerita Dr. Irfan yang sgt2 berjaya. Kejayaan yang sangat mengkagumkan! Beliau dapat menjadi contoh kpd anak2 Melayu di Malaysia ini terutamanya org2 yg berimpian spt awak. Betul kan?

    Wan, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ni. Masih byk kurangnya blog ini. Alhamdulillah ada Cikgu Azleen tolong review blog ni. Insya Allah saya nak wat change sikit2 nanti. How ur bolacyber.com?

  4. thank kakeru coz jwp tag ni..
    banyak jugak pengalaman kakeru dalam dunia internet ni ye.
    saya doakan kakeru boleh berjaya setaraf Dr Irfan suatu hari nanti…

  5. Kalau kakeru berjaya kelak, saya ingin jadi orang pertama yg mengucapkan tahniah. Hehehe..pengalaman awk banyak persamaannya dgn saya! Kakeru, kalau awk berhenti buat bisnes ni, sy tak akan maafkan awk! BE STRONG OK!!! huhuhu…

  6. Thanx alot wat Beduz n Wanwma!

    Beduz,saya cuma ada sedikit experience jer dlm bidang ni. Masih byk yg kena dipelajari setiap hari, masih lg di peringkat newbie. Pasti tak sama mcm IM yg lain… Ape pun, saya memang suka utk menambah ilmu di dalam bidang ini…seperti Dr. Irfan Khairi? Insya-Allah…Amin

    Wanwma, awak takkan maafkan saya ke klu saya berhenti drpd bidang ini? Kalau begitu, saya pasti awak akan jadi salah seorg dr org yg pertama yg mengetahui kejayaan saya suatu hari nanti! Usah tanya bila, tp saya pasti akan lakukan sesuatu utk mencapainya! Bersemangat saya membaca kata2 awak ni. Awak pun sama ya, tunggu saya di tangga kejayaan nanti, chaiyuk!!

  7. Wah wah.. Hari ni jer dah dua kali kena tag.. Terima kasih kerana tag.. InsyaAllah saya akan cari masa untuk balas tag ini.. Selamat berjaya Kakeru.

  8. (salam) buat kakeru dan komentars

    hari ni tetiba rasa nak ushar blog kakeru.

    tengah syok2 baca pasal experience kakeru, terpacul nama saya sebagai salah sorang pelawat yang rajin melawat blog kakeru.. :-), terkejut jugakle..hehe thanx..

    apapun, some great honestly story from you. i can feel it. sebenarnya, saya dah lama kenal dunia internet. frankly speaking, saya tak suka berforum, tak suka chatting dan tak percaya sangat pada dunia internet.just suke wat eksperimen dalam blogspot dan earn income from adsense.

    walaupun dah ada domain dan hosting lain (utk eksperimen), tapi tahun ni baru terbukak ati nak “tunjuk muka”. dan saya dah ceritakan sebabnya pada IM Amirol Webjualan kenapa saya nak tonjolkan diri.

    apapun untuk kakeru, hope you alwayz strong dan berjaya. since you’re very keen bout reading, jika ada masa yang sesuai, akan saya minta pandangan a.k.a review ikhlas untuk ebook keluaran saya..Insya’ Allah, tak lama lagi.

    It’s nice to tell the truth than bluff :-)
    (salam)

  9. Salam wat semua,

    Wah, Cikgu Azleen juga banyak kena tag! Baguslah begitu, tentu sudah ramai regular reader sekarang kan?

    Hi En.komenebook! Thanx coz selalu datang melawat blog ini. Baru menjana experience sahaja, still newbies lagi, hehe..Anyway thanx also 4 da advice, I’m really appreciated it!

    Saya sebenarnya bukanlah org yg pandai buat review sgt, klu Cikgu Azleen itu mungkin. Tapi jika En.komenebook benar2 memerlukannya, tidak menjadi masalah. Saya bersedia menolong sekadar termampu nanti :)

  10. (salam) buat kakeru dan komentars.

    terima kasih sudi luangkan masa nak review produk saya. sekarang ni masih dalam progress.

    anyway, saya baru post satu artikel hari ni, 8 april.dapat inspirasi dari latest post kakeru la jugak..my little experience..heheh. saya tribute nama kakeru 3 kali kat situ.
    harap2 lebih ramai orang akan berkunjung site kakeru ni. :-)

    so, sudi-sudi la baca ya..ops, lastly, jangan lah letak title Encik kat saya ye..komenebook saja dah ok..heheh

  11. pengalaman yang menyayat hati..semoga kakeru ( kak eru? berjaya ler hendaknya..kalau tengok dlm criter beliau, beliau seorang yg tabah jugak nih..good luck.

  12. Thanx a lot koreen79! Doakan saya utk memiliki impian saya, kata2 awak pun dah cukup memberi semangat buat saya. Thanx sekali lagi :)

    Buat komenebook, also special thanx 4 u! Pasal nama yg ada title Encik tu, maaflah…hehe… Taktau nak panggil apa sebenarnya. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini buat kali yg entah ke brp. Thanx a lot!

  13. hebat nya akak kekeru.. Best ade kawan-kawan bloger kan?

  14. Thanx Mista! Memang best ada rakan2 blogger, more merrier! :)

  15. saya masih kurang faham dengan konsep tag nie.hehehe.kita mempunyai idola yang sama.Buku pertama yang saya beli ialah buku dr irfan khairi.rahsia jutawan internet terbongkar.dia merupakan insan pertama yang memperkenalkan saya dengan dunia usahawan internet..dan sehingga sekarang,beliau masih lagi menjadi idola saya.

    salam sukses,salam usahawan,salam kejayaan

  16. Hi Paan!
    Owh, mula2 saya pun sama macam awak la..tak faham apa yg dimaksudkan dgn tag. Skang dah faham dah… Kira lebih kurang kita suruh orang menjawab beberapa soalan yg kita berikan, dan mereka pula akan menyebarkan soalan tersebut kepada orang lain pula. Jadi, macam soalan berantai la lebih kurang. Faham kan? :) Apa yang penting, kita dapat mengenali rakan2 blogger yg lain dgn program tag macam ni la.

    Awak pun jadikan Dr. IK sbg idola eh? Hehe…sama la kita, boleh la geng sama lepas nih :). Saya memang seronok dengar cerita dia, thus nak jadi macam dia juga suatu hari nanti…Insya-Allah. Amin :)

Leave a Reply

Dating Tips